Pages

Friday, April 30, 2010

Paru Goreng Berlada

Paru Goreng Berlada

1/2kg paru lembu-direbus dahulu
Minyak untuk menumis
Garam & gula secukup rasa
1/2 cawan air

Bahan diblend
3 biji cili masak-saiz besar
2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih

  1. Panaskan minyak dan gorengkan paru yang telah di rebus tadi. Angkat dan ketepikan dahulu.
  2. Tumiskan bahan yang diblend tadi ke dalam kuali hingga naik bau dan sedikit garing.
  3. Tuangkan 1/2 cawan air.
  4. Masukkan paru dan gaulkan dengan rata. 
  5. Akhir sekali, taburkan garam dan gula secukup rasa.



Lil' 'A's got fever

Tengah hari semalam dah perasan badan Maryam panas. Tak pergi klinik terus coz balance ubat demam Maryam ada lagi so cuma bagi ubat tu and monitor suhu badan Maryam je. Petang hubby belikan cool fever untuk tempek kat dahi dia.


Maryam demam sebab nak tumbuh gigi kot..

Azziz pulak petang lepas bangun tidur baru kena demam. Tapi lepas bagi milo satu cawan dengan wafer, dia cool je. Macho la tuh. Ahaks!

Bila tengok Azziz dah cool, ingatkan dia dah ok. Tapi tak pun. So Azziz kena makan ubat jugak. Lepas je makan ubat, terus je dia golek-golek kat depan tv.

Pukul 5.00am dah kena bagi Azziz dan Maryam makan ubat. Lepas tu saja je nak tengok kot-kot Abbas pun dah kena demam. Memang pun................Uiks! 3 orang demam serentak!

Disebabkan badan Abbas yang panas dan Maryam yang tak berapa nak kebah demamnya, lepas dinner tadi terus je bawa Abbas and Maryam pergi klinik. Azziz pergi klinik jugak tapi sebagai pengikut je lah sebab dia dah sihat.


Azziz dah tak demam..bolehlah main sakan..

Abbas yang sedang berehat..

Nasib baiklah klinik tak ramai orang so tak payah nak tunggu lama. Doktor cakap demam Abbas agak tinggi. Doktor terus suruh nurse masukkan ubat ikut punggung untuk cepat turunkan suhu badan. Maryam demam sikit je.

Sampai je rumah, terus bagi budak-budak tu makan ubat. Lepas tu terus mandikan Abbas seperti yang disuruh doktor. Tujuannya untuk turunkan suhu badan. Selain dari tu, doktor pesan suruh monitor suhu Abbas. Takut nanti bila suhu tinggi boleh kena sawan.

Nasib baiklah sekarang ni diorang dah senang makan ubat. Dulu kalau bagi makan ubat kalau tak pasang kekuda memang tak sah! :)

Wednesday, April 28, 2010

World Most Amazing Tornado Photo

Layan.. :)




















sumber : dalimunthe.com

Tuesday, April 27, 2010

Program hari Sabtu

Sabtu lepas memang penuh dengan program. Program kali ni nak survey rumah. Pagi dah keluar pergi ke Kota Kemuning. Lepas tu ke Klang. Rumah kat area sini cantik jugak. Modern design.

Habis je lunch kat Jalan Bellamy (popular dengan ikan & sotong bakar yang besar), terus ke rumah kakak.

Dalam pukul 4.00pm dah keluar pergi ke Cyberjaya. Hubby nak tengok rumah kat area situ pulak. Manalah tahu kot-kot lepas ni boleh jadi penduduk Cyberjaya pulak ke. Rumah tak buat lagi  so tengok mock-up model je lah. Memang cantik rumah kat situ. Pendek kata semua rumah yang kitorang survey memang cun lah. Tak ada yang tak cun pun.


Mana satu pilihan dihati..?

Lebih kurang pukul 6.00pm baru sampai rumah. Barulah dapat rehat sket. Program masak?? Oh tidak sama sekali. Kitorang dinner kat luar.

Dinner dengan keluarga en Ali dekat pizza hut Taipan. Malam tu memang dah plan dengan keluarga en Ali nak pergi visit anak kawan hubby yang baru lahir + baru keluar hospital. So lepas je habis balun pizza, kitorang pun ke Puchong.


Nyum..nyum..

Melayan diri sendiri..hihi..

Puchong bukanlah destinasi terakhir untuk program hari tu. Kitorang sambung lagi ke Kajang. Lepas je habis bergosip, barulah reti nak balik rumah. :)

Kesimpulanya dari Shah Alam ---> Kota Kemuning ---> Klang ---> KL ---> Cyberjaya ---> Shah Alam ---> Subang ---> Puchong ---> Kajang ---> Shah Alam. Memang jalan tak hengat!

Saturday, April 24, 2010

Coffee Bean session

Malam tadi lepak kat coffee bean macam biasa. Kali ni dah beralih angin. Kalau sebelum ni lepak dekat Subang Parade tapi sekarang ni lepak kat USJ sebab kat sini tak crowded macam Subang Parade. Nak handle ahli skuad yang tak berapa nak duduk diam pun senang.


Kali ni tak beli kek..tengok je..

Macam biasa, hanya 2 keluarga yang mengikuti coffee bean session ni. My family and keluarga en Ali. Ali ni kawan hubby time belajar dulu. Wife dia pun satu U dengan hubby.  And ada satu-satu time tu  sampai 3-4 keluarga jugak yang menyertai session ni tapi jarang sekali lah. Bila lepak macam ni banyak lah jugak gosip yang disembangkan.


Loving couple..Mr & Mrs Ali..

So ice latte for hubby  and vanilla ice blended with coffee for me. Malam ni kitorang tak share minuman coz hubby beli regular size. Itu yang boleh ada 2 jenis tu. Biasanya beli satu yang large size. Tak kisahlah size apapun coz apa yang penting is hubby yang bayar. Hihihi


Vanilla ice blended with coffee..slurpp!..

Lepak pun tak lama. Ahli skuad dah tak boleh duduk diam dah. Azziz duk menyakat Abbas sampai dua-dua sekali menangis and Maryam semacam mintak nak balik rumah. Gara-gara tak puas tidur la tuh. Belum lagi esok punya program. Sure tak cukup tidur jugak. Tapi Maryam jenis baby yang tak banyak ragam sangat. Dia cool je. Ahaks!


Hubby menenangkan Abbas yang tengah nangis..

Inilah kerjanya..main straw..

Maryam dengan uncle Ali..

Itulah aktiviti kami sekeluarga malam tadi.

Friday, April 23, 2010

Maher Zain - Open Your Eyes [To All Photographer Open Your 'Lens']

..How Ruben (Abu Bakr) became a muslim..

Tuesday, April 20, 2010

Cerita My Cinta

Teringat pulak dekat Abbas. Jangan salah tafsir pulak. Abbas bukannya pergi mana pun tapi dia ada kat tempat tidur dia and sedang diulit mimpi-mimpi yang indah.

Setiap kali nak masuk tidur mesti dia nak peel. Peel nak tidur dengan mama dia je. Kalau dulu bila time dia baby boleh lah tapi sekarang dah nak masuk 4 tahun and manalah boleh. Katil ni bukannya king size. Kalau tidur melintang, tergantung lah kaki mama and papanya. Kalau join tidur kat tempat dia, sakit pinggang lah jawabnya. Tilam tu tak sesuai untuk orang yang berat seperti mamanya.

Kekadang tu bila dah pagi, dia dah join sekali. Dah jadi macam sandwich yang padat dengan khazanah timun dan saladnya pulak. Azziz memang releks je. Tak sama macam Abbas yang manja.

Rasa kesian jugak bila dia sampai nangis nak mintak tidur ngan mama dia. Macam tadi (saat tengah baca blog) seboleh-boleh Abbas tahan mata sebab nak tunggu mama dia. Mata tu dah ngantuk tapi tetap nak tahan jugak. Tapi akhirnya Abbas mengalah jugak and terus tidur kat tempat dia.

Lately ni pun dah jarang bacakan bedtime story untuk ahli skuad tercinta. Kalau dulu, setiap kali masuk tidur mesti dah standby buku and disuruhnya mama atau papanya baca. Sampaikan buku mewarna pun disuruhnya baca. Papa dioranglah yang kena buat ayat sendiri berpandukan gambar kat dalam buku tu.

Abbas dah kenal ABC and 1 to 10. So its time for me to teach him alif ba ta pulak. Satu masalah Abbas ni bila nak ajar alif ba ta, selalu je bagi alasan  "Abbas tired", "later lah mama" dan yang paling tak tahan tu boleh cakap "Abbas don't like alif ba ta. ABC's only ".

Geram jugak kadang-kadang tu tapi tak kan nak paksa pulak. Tak nak lah nanti dia rasa bosan pulak nak belajar. Give him time.

Satu progress terbaru Abbas sekarang ni ialah dia dah boleh baca doa tidur. Yup! as a mother i'm very happy and proud of him. And Azziz masih lagi dalam progress nak belajar ABC. My little princess still meniarap lagi. :)





Love them very much!

Sunday, April 18, 2010

Korean Food lagi

Hari ni tak dinner kat rumah tapi dinner di Sunway Pyramid. Disebabkan semalam teringin nak makan Korean food so malam ni sudah tertunailah  hajat tersebut.

Tapi kali ni hubby tak join sebab dia ada annual dinner kat 1 World hotel. So pergilah kami 4 beranak dan adik ipar sekali. Selain dari teringin nak makan Korean food, salah satu diantara sebabnya nak belanja adik ipar and nak ambil kesempatan atas diskaun 50% tuh.

Malam ni pun order set yang sama macam hari tu. Cuma kali ni tak selicin macam last two weeks. Tapi yang paling best sekali dapat diskaun yang tersangat berbaloi-baloi. Dah lah dapat 50% diskaun on total bil untuk pemegang kad CIMB. Lepas tuh ditambah pula diskaun RM20 bagi set yang kitorang order tu..

Kalau sebelum ni total bil RM60.66 tapi dinner tadi cuma RM37.66! Wah! kalau macam ni, boleh makan sampai tekak kembang lah. (Tak ada maknanya dik non ooii..) Kekekekeke..


Inilah gambar hot pot chicken bipim yang tak sempat tak snap hari tu..

Abbas and  Azziz dapat candy yang sama lagi..

Habis dinner terus balik je. Nak ronda pun dah tak ada gunanya. Banyak kedai yang dah tutup. Sampai je rumah, buat apa yang patut and lepas tu tidurkan ahli-ahli skuad tercinta. Bebudak tu pun dah ngantuk.

So its time for me to berceloteh kat blog ni. Sambil berceloteh sambil menunggu hubby balik. Manalah tahu kot-kot malam ni hubby dapat cabutan bertuah yang best ke. Whoops! kalau tak ada lucky draw pun tetap tunggu jugak lah..hihihi..

Hubby sampai rumah dah nak pukul 1.00am and cuba teka apa yang mr hubby dapat??

Jeng
#



Jeng
#



Jeng
#



Jeng
#


Jeng
#



Jeng
#



Jeng
#



Jeng
#



Jeng
#



Berapa banyak jeng jeng jeng daa..? :)



Sekali hubby dapat door gift je lah..tak tahu apa nama khasnya tapi ianya payung..covernya macam botol..

And itulah yang my hubby  idamkan selama ni..siap cakap "nasib baik i tak beli hari tuh". Hurm..okey lah tuh! :)


Saturday, April 17, 2010

Cage of Death

Layan je lah yerk..!







Sekali kena ngap..ish ish ish..

Tengok kaki buaya tu..kalau kena tampar dengan saiz macam tu, boleh berpusing agaknya..hihi

Gambar kat atas tuh untuk pelancong yang berani nak dekat dengan buaya air masin dekat theme park Australia. Ada berani? :)

Friday, April 16, 2010

TAG from IdzaLia

Kali ni dapat TAG dari IdzaLia. Mula-mula tak sure gak nama yang dia tag tu. Tapi lepas je tengok dia highlight nama tu, memang komfem dia tag i.

So inilah tag nya..

Apakah anda mempunyai lesen memandu?
Mestilah tak ada..hehehehe..blom ada lagi lesen memandu la..tapi i/c ada.. (",)

Bilakah anda mengambil lesen memandu?
Belum ada lagi tapi lesen tu akan tetap dibuat hujung tahun ni or awal tahun depan..so nanti senang nak hantar anak pergi sekolah.

Berapa lamakah pengalaman memandu anda?
Hurm..pengalaman tahun tu tak kira la pulak..sebab bila tak ada lesen ni tak boleh nak bawa sangat. Tapi zaman belajar dulu dah berani bawak kereta.

Pengalaman pahit ketika memandu?
Pernah accident sket.

Pengalaman manis?
Pernah rasa bawa kereta yang ada turbo. Itu kereta kawan hubby and time tu guna sebab nak hantar kopi panas and kuih karipap kat hubby. Wah! romantik la kononnya..(padahal hubby tak sempat nak breakfast kat rumah).Guna kereta tu pasal kereta hubby dah kena culik. Lagi satu time bawa kereta dari KL sampai Terengganu. Tak sangka boleh bawa sejauh itu.

3 Tabiat ketika memandu?
  • Mesti dengar muzik
  • Mesti berstory-mory kalau ada orang kat sebelah laa.
  • Kena fokus selalu
3 Pantang bila memandu?
Sekarang ni memang amat jarang nak bawa kereta..tapi bila hubby bawa kereta..
  • bila ada pemandu lain yang guna lane kanan tapi bawa macam kat lane tengah/kiri. Lepas tu boleh buat dek je.
  • ternampak ada orang kat dalam kereta lain buang sampah kat luar.
  • kalau ada kereta lain yang sibuk nak bagi horn sesuka hati. Ntah apa yang nak dikejar pun tak tahulah.
Tag pada pemegang lesen keta...
Ct
Rafida
Datin El
Tiey

Thursday, April 15, 2010

Made in Sarawak

Semalam kakak sekeluarga baru balik dari Kuching. Macam-macam cerita yang digosipkan. Padahal balik seminggu je. Sesekali balik sana ada lah jugak beli buah tangan dari Kuching. Alah mesti korang dah tahu apa bendanya kan.Siapa yang tak tahu, tak dapek lah den nak nolong..hikhikhik..Mestilah ikan terubuk masin dengan kek lapis. Itu kan memang popular dekat Sarawak.


Kali ni memang besar yang dipilih..

Lepas ni kalau goreng ikan terubuk tu, sure Abbas mengadap punya. Bukan setakat ikan terubuk masin, spesis ikan masin yang lain pun dia layan je. Azziz boleh nangis pulak bila tengok ikan tu.

Biasanya kalau dapat terubuk masin, cuma buat goreng je. Tak pernah try buat resepi lain pun. Apapun sekarang ni macam dah tak heran sangat dengan terubuk masin. Mungkin pasal abang ipar orang Sarawak kot. Ialah, kalau balik sana mesti akan tapaukan terubuk masin untuk kitorang. Bukan setakat seekor, tapi berekor-ekor yang di tapau. Kekekeke..

Dulu punyalah jakun tak ingat dengan terubuk masin ni. Jiran sebelah bagi seekor pun nak kecoh satu kampung. Bila dapat, terus nak goreng je ikan tu.


Kek lapis durian & coklat walnut..

Kek lapis durian tu katanya resepi baru. Sedap jugak. Tak adalah teruk sangat rasanya. Abbas memang ambil masa lah jugak untuk dia habiskan kek tu. Ini sebab Abbas memang tak makan durian. Dia kata durian tu busuk. Disebabkan dia tak tahu itu kek lapis durian and dia beriya nak makan jugak, memang dia kena habiskan.

Dulu papa dia siap kejar dia sampai bilik pasal nak bagi Abbas rasa kenikmatan durian tu. Tapi buang masa dan buang tenaga berlari je. Abbas memang tak minat pun.

Bukan setakat tu je. Sumpit pun diorang beli jugak. Gerangan siapalah yang nak disumpitnya. Hihihi. Tapi belum sempat nak buat perhiasan kat rumah, dah patah. Kena guna sellotape la jawabnya. Kesian.. :)

p/s: tetiba rasa nak makan cendol dan korean food..(tetiba je)

Tuesday, April 13, 2010

Ringkasan Hari Ini

Pagi tadi tak buat breakfast. Balance mee hoon goreng malam tadi masih banyak and cukup lah untuk kami 4 beranak makan. Setakat sediakan minum pagi untuk hubby and susu untuk Abbas dengan Azziz.


Inilah mee hoon yang penuh dengan khazanahnya..hehe..

Semalam tengah buat kerja kat dapur, ternampak pulak susu cair. Rasanya susu cair ni akan dibeli bila nak buat dadih untuk bebudak ni. Baru teringat yang serbuk dadih ada tersimpan dalam kabinet. Lor..memang ada pun. So hari ni terus je ambil periuk and masak dadih tu. Asalnya memang nak buat malam tadi. Tapi tak jadi pulak.

Bila bagitahu yang mama diorang nak masak ais krim, masing-masing sibuk cari stool nak tengok. Actually diorang ni panggil dadih tu ais krim. Tak kisah lah, ais krim pun ais krim lah.. :)


Jangan amalkan tanpa pengawasan orang dewasa..cewah!..

Bila dah siap, masing-masing dah tak sabar nak makan. Kejap-kejap cakap "nak ais krim". Fridge tu sentiasa di buka je. Kalau boleh tak nak tutup pintu fridge tuh. Ish budak-budak ni..


Dadih perasa epal..

Sekarang ni kalau nak angkat baju kat ampaian, berebut lah Abbas dengan Azziz nak tolong. Lepas tu tak habis-habis mulut Azziz duk menyanyi "yeah yeah help nana (mama)" sampai lah masuk dalam rumah. Bila time nak lipat baju pulak, diorang berdua pun sibuk nak join jugak. Kalau ada CD diorang, lagi rajinlah mereka berebut nak lipat.


Boleh diharap jugak bebudak ni.. :)

Awalnya tadi nak bagi diorang tengok kartun tapi bila keluar rancangan So U Think U Can Dance kat channel AXN, terus tak jadi. Mama diorang nak layan kejap rancangan tu. Kekekeke.. Tak lama kemudian Abbas and Azziz dan keluarkan bakat yang terpendam. Segala macam aksi yang ditunjukkan.


Wah! dah macam zapin je..

Abbas cakap ni macam burung..

Ini sesuai untuk mama and papa diorang..wakakakaka..

Petang hari ni goreng nugget untuk minum petang diorang. Belum sempat nugget tu habis digoreng, sudah di ngap oleh mereka berdua.Kekekeke..

Kesian pulak tengok Maryam bila dia tengok abang-abangnya makan. Tak apa Maryam, umur awak dah 6 bulan mama akan masakkan porridge untuk awak kay sayang.

BBQ Chicken Nugget..


So itu saje entry untuk kali  ni. Hikhikhik.. :)

Monday, April 12, 2010

Kisah Epal

Kat rumah ni memang selalu ada stok epal hijau. Sesungguhnya ianya memang digemari oleh Abbas dan Azziz. Biasanya epal hijau ni memang sinonim dengan rasa masamnya. Tapi stok epal yang hubby biasa beli memang tak masam pun. Tapi tak adalah semanis epal merah. Budak-budak ni kalau mengadap epal, 2 biji seorang sekali makan pun boleh. Itu baru waktu pagi. Belum lagi lepas lunch ataupun dinner. Memang sekejap je lah epal tu nak bertempek kat dalam fridge.


Actually epal hijau ni memang banyak kelebihannya.

  • Membantu mencegah pembinaan kolesterol dalam dinding salur darah.
  • Membantu kesihatan membran paru-paru.
  • Membantu kesihatan tulang dengan menambah bahan kimia (boron) pada mineral tulang.
  • Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolesterol darah.
  • Untuk mereka yang mempunyai masalah sembelit atau sistem penghadaman.
  • Mengurangkan tekanan penyakit asma.

Epal hijau ni memang mampu susutkan lemak yang bersarang kat badan. So sesiapa yang bercadang nak kurangkan berat badan, boleh amalkan makan sebiji epal 30 minit awal sebelum waktu makan bagi mengurangkan kelaparan.

Seeloknya juga jangan buang kulit epal tu sebab kat kulit tu lah yang ada sejenis bahan yang dipanggil flavonoids. Flavonoids ni menyimpan pelbagai khasiat epal seperti anti kanser dan anti inflamasi.

Untuk kesegaran kulit wajah pula, potong epal hijau dan rendamkan seketika dalam air batu selama 5 minit. Kemudian letakkan hirisan epal hijau tersebut di atas muka dan biarkan selama 15 minit.



Dulu memang hari-hari duk mengadap epal hijau. And memang berjaya menurunkan berat badan jugak. Tapi that time memang tak tahu yang epal hijau ni boleh kurangkan berat badan. Bila lepas je tahu info kelebihan epal hijau ni, barulah terdetik "patutlah tetiba berat badan dah turun"

-image by google-

Sunday, April 11, 2010

Crave for Korean BBQ..?

Ada sesiapa yang teringin nak makan Korean BBQ? Jom baca entry ni sampai habis. :)

Gara-gara layan tentang makanan orang Korea kat national geographic petang tadi, terus je rasa nak dinner kat Korean BBQ. Lepas maghrib terus gerak ke Sunway Pyramid. Nama restoran yang dituju ialah Che Go Korean BBQ.


Che Go Korean BBQ..

Ambience kat situ ok jugak. Ada 2 pilihan tempat makan. Nak duduk atas kerusi or nak duduk bersila (actually bukan bersila pun). And tempat bersila yang menjadi pilihan dihati.




Interior..

Menu yang diorder ialah family set yang ada chicken meat (tapi hubby minta tukar beef), fried korean pancake , hot pot chicken bipim , hot pot kimuchi soup and 6 varieties of kimuchi. Minum pulak cuma order watermelon juice and green tea (boleh refill).


Set A..

 
 Daging yang tengah tunggu untuk di grill..

Hot pot kimuchi soup..

Fried Korean pancake..

  
6 jenis kimuchi..

Gambar hot pot chicken bipim lupa nak ambil..Hihihi..Total bil cuma RM60.66 selepas 50% diskaun untuk pemegang kad CIMB.  


Status halal..

So dinner tadi memang berbaloi-baloi. Selain dari dapat diskaun, apa yang paling penting sekali ialah halal. Anyway, diskaun ni valid till next week.

p/s: kalau ada sesiapa yang pernah makan Korean BBQ, boleh lah share info sekali..


 

Related Posts with Thumbnails