Pages

Saturday, July 31, 2010

Safety Gate for My Lil' Princess

Yup! memang safety gate tu dibeli khas untuk Maryam. Usia baru 7 bulan dah pandai baring atas anak tangga. Itu belum lagi bila bab xplore tangga secara mendalam. Mahu penat dibuatnya nanti.

Actually safety gate ni dah hampir seminggu dibeli tapi selama tu lah benda tu duk teperap dalam stor gara-gara cara pemasangan yang jadi tapi macam tak jadi. Mula-mula tu extension yang dibeli terlebih saiz. Tapi bila dah tukar saiznya pun still tak berjaya nak pasang seperti dalam gambar yang ditunjukkan kat dalam manual book. Tak tahulah sebabnya. Sampai luka jari hubby duk berusaha nak pasangkan safety gate tu.





Tadi pun sejam jugak lah nak pasang benda tu tapi still tak sama macam yang sepatutnya. Boleh pula pintu gate tu tak nak tutup rapat. Kalau untuk mengelakan Maryam dari naik tangga, memang melepasi piawaian (mengikut usianya sakarang) tapi sekiranya abang-abangnya yang membuat kajian kat gate tu nanti, tak dapek la den nak nolong. Jangan sampai pintu gate tu tercabut sudah.


Haish..kenapalah pintu safety gate tu tak boleh tutup rapat macam gambar yang kat dalam manual book.

Tuesday, July 27, 2010

Maryam ketika ini..

Baru lepas tidurkan Maryam. Sekarang ni memang susah Maryam nak dengan orang lain. Setakat beberapa minit tu bolehlah tapi bila nampak je mamanya, terus je menangis minta mamanya ni dukung.

Bila tiba time mood tak baiknya datang, papanya pun di atak heran. Selagi mamanya tak dukung, selagi tu lah dia akan menangis seperti budak yang baru lepas jatuh. Bak kata hubby "tak boleh nak berenggang langsung". Maryam ni pulak bukan jenis yang boleh diagah agar dia berhenti menangis. Makin diagah makin kuatlah dia menangis.
 
Sebelum bawa dia masuk tidur tadi pun i dah start letak dia dalam baby carrier. Biasanya orang lain pakai baby carrier bila keluar pergi jalan tapi berlainan pulak dengan i. I boleh pakai baby carrier tu kat dalam rumah.

Ada juga terfikir nak guna kain batik and buat ala-ala baby sling. Tapi takkan nak buat macam tuh selalu. Lenguh lah bahu nanti. Aduhai..

Thursday, July 22, 2010

Urusan yang selama ini tertangguh

Still berada di rumah PIL and hari ni pergi buka akaun kat Tabung Haji. Hubby awal-awal lagi dah ada akaun kat TH and alang-alang hubby dah ada time nak buka akaun wifenya ni, itu yang terus masuk bandar Kuala Terengganu.

Sampai je area TH, bukannya terus dapat parking. Kena pula tawap lebih kurang 8 kali sebab nak cari parking. Tension betul! Time tu dah rasa nak balik rumah balik and plan nak buka akaun tu kat KL je. Memandangkan ada benda lain yang nak diuruskan kat situ, kitorang redah je. Last-last hubby suruh i turun dengan Azziz and dia pergi cari parking.

Masuk je dalam TH dengan harapan agar orang tak ramai menjadi sia-sia. Kat kertas nombor giliran tu tertera nombor 146. So kena tunggu lagi 32 orang lagi barulah dapat berurusan dengan pihak TH.

Baru je nak pergi kat tempat menunggu, terpandang pulak satu nota yang sungguh istimewa. Kat nota tu ada bagitahu siapa yang ada membawa bayi dibolehkan berurusan dengan kadar segera. Apalagi, terus je call hubby sebab nak tinggalkan Azziz kat hubby sebab nak bawa Maryam. Bila dah bawa Maryam (bayi), seriously memang tak lama duduk dekat tempat menuggu. Kejap je pihak TH dah suruh pergi ke kaunter.




Sebelum balik rumah, menuju ke Noor Arfa Craft Complex (NACC). Sememangnya dari dulu lagi nak singgah kat NACC. Manalah tahu kot-kot dapat harga murah kalau beli direct dari tempat asalnya. Apa yang menariknya kat sini, bukan setakat baju dan kain pasang yang dijual malah ada juga barang kraftangan lain yang dijual.




Selain dari kain pasang, baju kurung yang sudah siap dijahit pun ada dijual. Tapi semuanya tak berkenan dihati. Masa pergi kat butiknya di One Utama, ada juga baju yang menjadi tarikan dihati and harganya boleh Taaahaaaaaan la jugak. Itu yang berhajat nak cari design yang sama macam kat cawangan One Utama tu kalau-kalau harganya jauh lebih murah. Bila dah tengok kat NACC, tak ada pulak.

Kain pasang memang banyak dijual. Tapi tak adalah i nak tengok sangat designnya. Ialahkan, kalau beli kain pasang, bila pulak nak pergi hantar tempah. Tailor of course lah dah tak ambil tempahan baju kurung sekarang ni. Kalau setakat beli sekarang tapi nak pakai raya next year, baik beli next year. Lagi puas hati.

Bagi sesiapa yang mencari baju batik untuk lelaki, kat NACC memang ada banyak pilihan. Macam-macam warna yang ada. Nak yang striking colour pun ada.

Lepas je puas ronda-ronda kat dalam NACC, akhirnya hand fan yang dibeli. Hurm..lain yang dicari tapi lain yang dibeli.


 Pelbagai warna ada dijual..

Yeay! dah dapat hand fan yang baru..

Tuesday, July 20, 2010

Semalam di Cherating

Minggu ni akan balik rumah PIL kat Terengganu so sebelum sampai sana hubby dah plan nak bercuti 1 malam dekat Cherating. Ahad pagi kami dah bertolak dari Shah Alam and dalam pukul 2.00pm kami sekeluarga dah tiba di destinasi penginapan kami iaitu The Legend Resort Cherating.

  Sewaktu dalam perjalanan..

Terus je check-in and kami beristirehat di dalam bilik dahulu sebelum memulakan aktiviti seterusnya. Perut masing-masing pun dah menyanyi lagu keroncong so kitorang anak-beranak soru dulu. Menunya nasi goreng istimewa for me  (share with Abbas and Azziz) and sandwich for hubby.

 Nasi Goreng Istimewa..

Bilik yang kami stay tu agak luas (Deluxe Room) juga serta lengkap dengan private balcony. Jadi balcony ni memang sesuai sangat lah untuk hubby mencari ilham sambil menghalau nyamuk di malam hari. Apalagi kalau bukan merokok.

 Kiddos with their new sand buckets..







Private balcony..

View from private balcony..

Dah petang sikit barulah kami buat aktiviti kami iaitu lepak dekat swimming pool. Dekat sini ada 2 swimming pool with a separate children's pool. Kat pool kami tak lepak lama sebab bebudak pun tak berapa nak syiok sangat main air. Faktor ketakutan la tuh. Kat Legend Resort ni ada disediakan 3 jenis pool dengan kedalaman yang berbeza. So kami lepak dekat children's pool.

Children's pool..



 Ni yang paling dalam..rasanya dalam 5.5ft..

Next barulah kami terus bercanda di tepian pantai main sand dan layang-layang. Awal-awal lagi memang dah bawa sand bucket dan layang-layang dari rumah. And jangan tak tahu yang semua peralatan tu dibeli malam sebelum kami nak bertolak ke Cherating!

 Sukanya Maryam dan mamanya..



 Nampak macam papanya yang lebih-lebih.. :)



  Istana Menanti..hihihi..





 Turn Azziz main layang-layang..

Tempat ni ada disediakan playground sekali and before nak balik bilik, kami lepak dekat playground dulu. Bukanya main slide sangat tapi sambung main sand kat situ.



 Percutian di Cherating ni kami memang banyak habiskan masa kat dalam kawasan hotel sahaja. Kalau nak keluar kawasan hotel pun nak buat apa. Takkan nak pergi shopping keropok lekor pulak. Pagi keesokkan harinya pun selepas breakfast kami terus pergi swimming pool. Berbanding dengan hari sebelumnya, kali ni memang agak lama la jugak kami lepak kat pool. Abbas dan Azziz pun dah ada sedikit keberanian untuk masuk dalam pool tu. 

 Breakfast time..

 Relaxing nampak..

Actually pool untuk kanak-kanak cuma 2.5ft sahaja kedalamannya. Untuk budak yang belum tahu berenang seperti Abbas dah kira okey la tu tapi untuk Azziz memang tak sesuai. Bila Abbas dah berjaya memberanikan diri masuk dalam pool, terus dia lupakan aktiviti sand kegemarannya tu. Time ni juga hubby and i bawa Maryam main air kat dalam pool tapi sekejap je lah. Takut dia sejuk.





Dalam pukul 2.00pm dah check-out. Sepatutnya pukul 12.00pm waktu check-out tapi hubby minta extra 2 jam. Kemudian perjalanan seterusnya kami menuju ke Terengganu. Kami sekeluarga akan berada disini lebih kurang seminggu.

**Walaupun hanya 2 hari 1 malam percutian kami di Cherating, namun masa yang telah kami luangkan bersama amatlah istimewa.**

Sunday, July 18, 2010

Baju raya..

Rasanya ada yang dah pergi hantar tempah baju raya awal-awal and tunggu masa nak ambil and nak melaram dengan baju tu. Tak pun ada yang dah merasmikan baju raya terlebih awal kerana awal-awal lagi baju tu dah siap.

I baru je bagi kain ela untuk dibuat baju raya pada kakak. Bukan kakak yang jahitkan tapi kain itu nanti akan diberi pada kawan satu tempat kerjanya untuk dijahit. Baju raya sebelum ni pun memang hantar kat kawannya. Sedap juga bila dipakai berbanding yang dihantar dekat tukang jahit sebelumnya. Upahnya pun memang murah. Kalau tak silap tahun lepas upah yang diambil cuma RM20 sahaja. Tapi tahun ni tak tahulah berapa upahnya.

Sepasang itu je lah yang dihantar. Nak cari kain lain untuk dibuat baju kurung macam dah tak teruja pulak. Kalau this year raya nak ada 2-3 pasang baju kurung yang baru, nampak gayanya terpaksalah beli yang dah siap dijahit.

Macam tahun-tahun sebelum ni, memang kami sekeluarga tak pilih apa-apa theme colour pun. Macam-macam warna yang kami pakai. Setakat ni memang kami tak adalah pakai warna yang sama. Macam last year, hubby pakai brown, i pakai putih + 2-3 warna yang lain (alah..baju kurung kan ada ton warnanya), Abbas pakai hijau and Azziz pakai merah. Maryam??..That time Maryam belum lahir lagi.

Actually i and hubby memang kureng sket bila bab pakai sama warna atau pun sama design. Bagi yang suka tu, terpulanglah. Itu kan hak individu. Mungkin juga lepas ni family potrait kami akan kelihatan semuanya pakai baju yang sama warna. Manalah tahu kan. Cuma setakat ni, kalau ada baju kiddos yang sama warna, designnya pasti berbeza. And kalau designnya sama, warnanya pasti berbeza.

Untuk kiddos memang tok (belah hubby panggilan untuk nenek ialah tok) mereka yang jahitkan baju melayu diorang. Tahun ni tok diorang cuma jahitkan baju melayu untuk Abbas and Azziz. Untuk Maryam memang kami (me n hubby) tak belikan dia kain ela sebab she's too small for baju kurung. Next year lah baru Maryam pakai baju kurung.

Hurm..Bila cerita pasal baju raya..tak sabar rasanya nak pasang lampu bling-bling dan pelita. Halahai Puan Sue..

Friday, July 16, 2010

Minggu Bancian

Pesanan dari kerajaan Malaysia meminta agar masyarakat memberi kerjasama dalam bancian yang diadakan pada 6 Julai sehingga 22 Ogos 2010.

Pada mulanya agak risau juga kalau-kalau ada orang yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan atas bancian yang sedang giat dijalankan ketika ini dengan mengatakan " saya wakil dari Jabatan Perangkaan ingin membuat bancian".

Ditambah pula dengan respon masyarakat (kes yang tidak memberi kerjasana) yang takut akan maklumat peribadi akan diketahui oleh orang yang tidak bertanggungjawab serta risau kalau-kalau golongan ini mengambil kesempatan dengan mencuri barang di dalam rumah.

Macam hari tu sewaktu ada wakil dari Jabatan Perangkaan ni datang nak buat bancian, risau juga kalau-kalau orang tu tipu ke..tapi bila tengok perwatakannya yang boleh dipercayai serta waktu yang dia datang pada waktu orang balik dari tempat kerja. (Time ni boleh dikatakan agak busy sikit orang keluar masuk rumah masing-masing + anak-anak jiran yang baru balik dari sekolah). Itu yang boleh layan soalan-soalan nya. Benda ni tak adalah nak ambil masa lama pun. Tup-tap tup-tap..segala macam jenis soalan habis di jawab. Ialahkan, dah nama pun pembanci tu sedang menjalankan tugas. Bukannya bermesyuarat tingkap.

Dipendekan cerita, bancian kali ni adalah yang kelima semenjak diperkenalkan pada tahun 1970 dan objektif bancian pada tahun ini adalah bertujuan untuk mengumpul maklumat perangkaan yang menyeluruh berkaitan penduduk dan perumahan negara disamping menyediakan maklumat yang meluas tentang bilangan penduduk dan isi rumah serta ciri-ciri demografi, sosial dan ekonomi termasuk bilangan tempat kediaman mengikut jenis, ciri dan kemudahan asas yang disediakan.

Disamping itu ia juga bertujuan..
  • menyediakan data asas penduduk dan perumah di pelbagai peringkat geografi sehingga ke kawasan yang keci.
  • Mendapatkan maklumat terperinci berkaitan migrasi dalaman dan antarabangsa untuk melihat pola imigrasi.
  • Asas kepada penyediaan geran daripada Kerajaan Pusat kepada Kerajaan Negeri.
  • Input kepada anggaran dan unjuran penduduk semasa.
Pada sesiapa yang telah melaksanakan tanggungjawab ini seperti saya (cewah)..syabas! Anyway, selain dari pengumpulan data melalui temu ramah,  kaedah pengisian sendiri (drop-off and pick-up dan e-Census) juga diperkenalkan dimana pembanci akan meninggalkan (drop-off) Kit Bancian untuk responden mengisi sendiri dokumen berkenaan dan kemudian pembanci akan mengambil semula (pick-up) dokumen yang telah lengkap diisi pada tarikh yang dipersetujui.

Selain dari tu, responden boleh mengisi dokumen secara online melalui www.statistic.gov.my. Butir-butir pengenalan (ID) akan dibekalkan ke dalam Kit Banci bagi membolehkan responden mengekses ke sistem e-Census.

*untuk tujuan kawalan, pengisian sendiri soal selidik hanya melibatkan kawasan tertentu sahaja iaitu kawasan bandar besar atau kawasan yang susah diekses*

Wednesday, July 14, 2010

Yeay!..play tent for Abbas

Entry sebelum ni ada cerita pasal nak beli play tent untuk Abbas. So lepas je breakfast  (last saturday) kami sekeluarga menuju ke Bandar Sri Damansara sebab disitu ada dijual play tent yang kami cari.

Rasanya harga play tent yang dibeli tak adalah mahal sangat. Kalau beli online harganya RM45 tapi kami dapat diskaun RM5 sebab kami ambil direct kat kedainya. Kalau nak di ikutkan lagi berbaloi beli online. Jimat sikit minyak dan tol. Tapi dah memang nak pergi tengok sendiri, itu yang main redah je. Sambil tu boleh lah bersiar-siar.

Hubby pun sempat juga belikan salah satu play tent yang ada dekat situ untuk diberikan kepada anak kawannya sempena sambutan hari jadinya pada keesokan hari. And kesimpulannya, awal-awal lagi Abbas dah dapat hadiah dari mama and papanya.:)



Perasmian play tent Abbas dilakukan di kampung. Maknanya hari tu kami balik ke Melaka. Cadangan awal nak pergi ziarah sepupu hubby yang sakit dekat Negeri Sembilan. Dah alang-alang nak pergi Negeri Sembilan, kami teruslah bermalam di kampung. Sampai je kampung, terus je di pasangkan play tent Abbas. Tapi kalau pasang kat rumah, memang size nya makan ruang la jawabnya. Memang seronok bila tengok Abbas excited dengan play tent nya. Siap sidai baju kat dalam tu!

Salah satu aktiviti yang dilakukan kat kampung adalah petik rambutan. Sekarang ni memang musim rambutan so memang melayut-layut lah rambutan kat pokok tu minta di petik. Tak payah susah-susah nak pergi beli. :)









Bila sampai Shah Alam, hubby pasangkan semula play tent Abbas (mudah di pasang dan di buka). And pada malam tu juga sehingga saat entry ni dibuat, Abbas dan Azziz sedang tidur lena di dalam play tent tu. Bila tengok mereka berdua, dah macam sedang bercamping pulak...hihihi..gud nite sayang!
                                          

Tuesday, July 13, 2010

My lil' princess

Lena sungguh Maryam tidur. Lepas ni kena letak dia dalam baby cot balik.

  ****************************************************************************

Sekarang ni hubby dah rendahkan ketinggian baby cot Maryam atas sebab Maryam yang mula menunjukkan aksi-aksi yang membahayakan. Dia dah boleh berdiri kat dalam baby cot tu. Bukan setakat aksinya sahaja malah Maryam juga jenis yang suka masukkan barang ke dalam mulutnya. Apa yang ada depan matanya pasti akan dimasukkan ke dalam mulut. Pernah satu malam tu Maryam hampir nak makan lipas yang dah mati. Nasib baiklah mak long nya nampak.

Warna pensel milik abang-abangnya pun dia masukkan ke dalam mulut. Habis berbelang macam misai kucing pipinya dek kerana warna pensel tuh. Yang dia tahu hanya senyum sahaja. Aish!..terus je mama nya cair dengan senyumannya.



Bab mengemas belum aktif lagi. Cuma sesekali tu memang saja je i buka kabinet suruh dia mengemas. Itupun bila time dia dah start merengek minta dilayan. Pendek kata nak alihkan perhatiannya sahaja. Itu pun bila mama nya sedang sibuk buat kerja di dapur. Tapi bila atuknya datang, atuknya lah yang melayan dia.



Sekarang ni mulutnya pun dah bising. Memang seronok tengok perkembangannya dari hari ke hari. :)

Monday, July 12, 2010

Cubaan kedua..

Pukul 2.00pm dah settle buat donut. Tapi bukan boleh terus makan lagi. Kena tunggu lebih kurang 1 jam untuk biarkan doh donut tu kembang lebih kurang 2 kali ganda dari saiz asal.

Ini kira second time buat donut. First time dulu tak berapa nak menjadi sangat. Macam biasalah bila dah duduk kat dapur and especially bila sibuk bermain dengan tepung, Abbas dan Azziz pun turut ambil stool masing-masing untuk melihat sendiri proses pembuatan donut dari air tangan mamanya sendiri. Hihihi..

Tangan masing-masing tak payah nak cakaplah..ada saja yang nak diusiknya. Tak boleh nak lepa sikit.

Sementara menunggu donut siap digoreng, Abbas and Azziz lepak kat luar makan ais krim. Seronok je bila tengok mereka berdua ni lepak makan ais krim sama-sama. Mama mereka pun turut join sekali. Kalau Maryam dah boleh makan ais krim, pasti dia akan join juga!



Tunggu punya tunggu, akhirnya siap juga donut yang boleh dikatakan agak lembut jugak. Baki doh donut tu terus disimpan dalam freezer. Bila teringin nak buat, tak payah nak bancuh lagi.


Inilah hasilnya..


Resepi Donut

1kg tepung gandum
1pkt dry yeast
7 sudu besar gula pasir
1 sudu garam
1 cawan susu segar
1 cawan marjerin
2 biji telur
Air secukupnya
Gula icing / gula pasir yang telah diblend untuk di sira di atas donut.

  • Bubuh yis kedalam 1 cawan susu segar yang sedikit suam. Kalau susu tu dari fridge, boleh campurkan sedikit air panas. Kacau rata dan biarkan selama 10-30 minit atau pun sehingga buih nak ke bibir cawan.
  • Masukkan tepung gandum, gula pasir, marjerin, telur dan susu yang telah dicampur denagn yis tadi ke dalam besen.
  • Gaulkan adunan tersebut dan masukkan air sedikit demi sedikit sambil menguli adunan hingga menjadi doh selama lebih kurang 30minit.
  • Tanda adunan yang telah cukup diuli ialah apabila doh tidak / kurang melekat pada tangan.
  • Apabila sudah siap menjadi doh, tutup dengan kain dan biarkan di tempat yang hangat supaya ia dapat mengembang dengan cepat dan sempurna. Biar selama lebih kurang 1 jam.
  • Ambil doh yang telah kembang dan uli sekali lagi lebih kurang 30 minit.
  • Bolehlah dileperkan doh tadi dah dicetak dengan pencetak donut.
  • Doh yang telah siap dicetak dibiarkan seketika lebih kurang dalam 30 minit. Doh yang telah sedia untuk digoreng apabila saiznya telah mengembang.
  • Bolehlah diroreng dalam minyak panas selama 10 saat. Pastikan minyak cukup banyak untuk bagi doh tu tenggelam.
  • Toskan donut selama 15 minit dan barulah disira dengan gula icing / gula pasir yang telah diblend.
Bagi yang tiada pencetak bonut, boleh gunakan alternatif lain. I cuma guna acuan untuk mengoreng telur dan acuan kuih raya. Hihihi..Kalau nak guna teknik asli, buat je ring donut tu pakai tangan. Habis cerita.. :)

Thursday, July 8, 2010

Mana nak beli agaknya..?

Bulan ni bulan July so tarikh istimewa yang jatuh pada bulan ni ialah tarikh hari lahir Abbas. Memang teruja nak beli kek + hadiah + buat sedikit makan-makan untuk keluarga.

Biasalah kalau nak tempah kek mesti kena order 3 hari awal so rasanya tahun ni beli kek 1kg sahaja. Designnya akan ditentukan nanti. Cerita pasal hadiah pula, masih lagi duk terfikir hadiah apa yang nak dibeli. Setakat ni ada 2 pilihan-stationery set or play tent.

Tapi bila tanya pendapat hubby malam tadi, katanya stationery set tu tak perlu lagi. Takut nanti sekejap je dah hilang batang pensilnya dan set-set yang lain. Hurm, logik juga pendapat tu. Nampak gayanya sekarang ni kena survey play tent di pasaran la jawabnya.


Kalau bebudak dapat ni mesti suka agaknya..image by google..

Kalau yang ni lagi lah suka bila tengok pelbagai jenis pilihan warna..image by google..

Itu hari ada pergi survey play tent dekat JJ Bukit Tinggi tapi tak berapa nak berkenan. Ianya tak sama seperti yang diingini oleh hubby dan wifenya ni. Ada juga try google Toys R Us tapi tak berapa nak berkenan jugak. Kalau boleh nak cari yang tidak terlau besar dan tidak terlalu kecil saiznya.


Lebih kurang macam ni la..image by google..

So bila keluar ahad lepas, awal-awal lagi Abbas dah dapat hadiah dari hubby iaitu tools set ala-ala Handy Manny dalam playhouse disney channel and sekarang ni Abbas tengah syiok layan tools set dia. Set tu lengkap dengan hammer, saw, spanar, screwdriver, drill, bolt dan ada lagi 2-3 jenis barang yang tak tahu nama panggilannya. Hammer tu siap diketuknya kat dinding.


Pakej lengkap dengan topi demi keselamatan..hihi..


Kalau tak dapat beli play tent, kena lah cari hadiah yang lain...ni yang kena fikir ni..*nail biting

Wednesday, July 7, 2010

Tiada lagi dia yang dipanggil nenek..

Khamis lepas dalam pukul 5.00pm dah sampai kampung. Balik kampung kali ni agak berbeza sedikit kerana tujuan berada disana kerana atas permergian nenek buat selama-lamanya. Semoga rohnya dicucuri rahmat..amin..
Related Posts with Thumbnails