Pages

Saturday, October 30, 2010

Tofu telur dan Bebola Ikan berkuah Sos Tiram

Bahan-bahan
5 peket tofu telur-dipotong bulat dan digoreng terlebih dahulu
1 peket bebola ikan
4 sudu sos tiram
3 cawan air
1 sudu besar tepung jagung-yang telah dicampur dengan air
Gula secukup rasa
Minyak untuk menumis

*tidak diperlukan garam kerana sos tiram memang dah sedia masin.
*time nak goreng tofu telur tu, kena angkat tofu tu dengan hati-hati supaya nanti tak adalah  hancur tofu tu.

Bahan diblend
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
3cm halia



  • Panaskann minyak dan tumiskan bahan yang telah diblend sehingga naik bau.
  • Masukkan bebola ikan dengan sos tiram.
  • Kemudian masukkan air dan kacau rata.
  • Masukkan tepung jagung.
  • Bubuh gula secukup rasa. Tunggu sehingga mendidih.
  • Masukkan tofu telur.
  • Kacau perlahan-lahan dan siap!

Kita Enjoy!..

Semua anak-anak dah tidur and mr hubby?? Owh! dia baru je sampai rumah dari melaram dengan kasut futsalnya yang baru.

Anyway, mr hubby pun dah berhenti dari memberi khidmat pada tempat kerjanya yang bla..bla..bla..bla..and mr hubby tengah bercuti sementara nak masuk kerja kat tempat lamanya. So.................mari kita enjoy!






Image by google..




Haaishh..senyum lebar nampak.. :)

Thursday, October 28, 2010

Sambal Tempe dengan Ikan Bilis

Bahan-bahan
2 genggam ikan bilis-digoreng dahulu
2 peket tempe-digoreng dahulu
1 cawan air
4 sudu besar cili boh
1/2 sudu teh asam jawa paste
1/2 sudu teh Tumix ikan bilis
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis

Bahan Untuk Diblend
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih



    
  • Panaskan minyak.
  • Tumiskan bahan yang telah diblend sehingga naik bau.
  • Masukkan cili boh dan biarkan sehingga sedikit garing / pecah minyak.
  • Masukkan asam jawa paste.
  • Kemudian masukkan air dan dikacau rata.
  • Bubuh Tumix ikan bilis.
  • Masukkan garam dan gula secukup rasa. Kacau rata dan barulah api ditutup.
  • Masukkan tempe serta ikan bilis yang telah siap digoreng.
  • Siap untuk dimakan dengan nasi.

Wednesday, October 27, 2010

Zoom in Genting Highlands

Aktiviti di genting ni dilakukan pada Sabtu yang lepas and perancangan dibuat 3 hari sebelumnya serta dibatalkan sehari sebelum hari Sabtu sebab tangki air rumah buat hal pulak. Kalau nak pergi kena repair dulu and baru pergi.

Bila dah batalkan sessi membuang masa digenting, awal-awal lagi mr hubby dah fikir apa yang nak dibuat pada hari Sabtu tersebut iaitu lepas bangun pagi dah kena pergi hardware untuk cari peralatan baiki tangki + repair tangki. Kemudian akan masuk KL untuk mencari remote control dan singgah rumah kakak serta program ke genting adalah program yang terakhir berada dalam list.

Memandangkan mr hubby ni tau apa yang perlu direpair, segalanya settle dalam masa lebih kurang 45minit and dan-dan tu la "jom genting"!.

Yeay! ketika ini mr hubby sungguh happy lagi girang kerana dapat betulkan tangki air. So tak jadilah nak masuk KL mencari remote control and nampak gaya kena pakai manual la jawabnya kalau nak tengok dvd.

Lepas lunch terus kitorang bertolak menuju ke genting. Ada 2 family yang turut berada disana. Time tu masih 50-50 lagi samaada nak stay 1 night kat situ or tidur kat rumah je. But semua kelengkapan memang dah standby kot-kot tiba-tiba jadi stay kat situ kan.


Check dulu.. :)
 
Baru sampai..dalam pukul 4.45pm..

Sampai sana terlebih dahulu masing-masing buat aktiviti dengan family sendiri. Kitorang satu family pusing-pusing kat indoor theme park and sesungguhnya kiddos memang tak main segala macam game yang ada kat dalam tu. Nak suruh diorang naik keretapi yang terang-teranglah untuk kanak-kanak pun diorang tak nak. Mr hubby sudah save disitu..hehehehe..

Mr hubby : Abbas nak naik train tak?
Abbas : Don't want..

Mr hubby : Azziz nak naik train?
Azziz : Na nak (tak nak)..scared..


Ini tak scared..kononya macam main..

Bila dah jumpa geng lepak ni, sure ada tajuk kopi session. Cuma bezanya bukan Coffee Bean session tapi Starbucks session.




Habis je bersantai di Starbucks, we all sambung  ke Kenny Rogers untuk sessi mengenyangkan perut - dinner. Banyak jugak tempat makan kat situ tapi Kenny Rogers jugak menjadi pilihan dihati. Lagipun tempat makan yang lain tu macam was-was je. Mana yang terang-terang non-halal tu pun memang ada.





Ingatkan lepas dinner nak check-in sana terus tapi memandangkan tiadanya lagi aktiviti yang akan dilakukan melainkan aktiviti tidur and time tu pun belum lagi pukul 10.00 malam so me and mr hubby pun bercadang untuk balik Shah Alam. Lagipun bukannya jauh sangat perjalanan nak balik ke Shah Alam and cuaca pun tidak menghalang untuk kami turun dari genting malam tu. Syukur..

Sampai rumah..

Mr hubby : Rumah kita banjir..
(sungguh tidak sesuai perkataan banjir tu kan)
Me : Banjir amendanya?
Mr hubby : Air dari tangki keluar lagi..
Me : Pulak dah..

Lepas angkat bebudak yang tengah syiok tidur, mr hubby terus salin uniform and terus settlekan apa yang patut. Lepas je repair apa yang patut and guess what?????






































Betul nak tahu?



































Kitorang boleh lepak tengok cerita Lagenda Budak Setan sambil menunggu baju yang sedang dibasuh dalam mesin sehingga pukul 4.00 pagi! Memang tak ada kerja kitorang kan.. :)


P/s: Nak juga baca novel Lagenda Budak Setan yang first dikeluarkan..nak cari kat mana ek?

Tuesday, October 26, 2010

Nasi Ayam

Sediakan air rebusan ayam terlebih dahulu..

Bahan Untuk Air Rebusan Ayam
1 ekor ayam yang telah dipotong.
Air
Sedikit garam
5cm halia
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
Perencah sup / sup bunjut Adabi

  • Rebuskan ayam dengan halia, bawang putih, bawang merah dan perencah sup / sup bunjut adabi.
  • Masukkan sedikit garam.
  • Rebus ayam dengan air yang banyak kerana air rebusan tu akan digunakan untuk memasak nasi, menyediakan sos nya dan juga sebagai sup nya.

Bahan Untuk Nasi
1 cawan marjerin
2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
Air rebusan ayam-sukatan mengikut anggaran beras yang nak dimasak.
Sehelai daun pandan

  • Panaskan marjerin sehingga cair.
  • Tumiskan bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau.
  • Masukkan air rebusan ayam dan kacau.
  • Masukkan daun pandan dan biar mendidih.
  • Masukkan beras. Biar sampai nasi tu masak.

Bahan Untuk Sos Cili
6 biji cili masak
5 ulas bawang putih
5cm halia
1 1/2 sudu besar cuka
Garam dan gula secukup rasa


  • Blendkan sekali cili masak, bawang putih, halia dengan air rebusan ayam.
  • Kemudian masukkan cuka, garam dan gula secukup rasa.

Bahan Untuk Sup
Baki air rebusan ayam
Garam secukup rasa
Bawang goreng
Daun sup

  • Satukan kesemua bahan diatas.

Bahan Untuk Ayam
Ayam yang telah direbus
Kicap manis
Minyak untuk menggoreng

  • Panaskan minyak dalam kuali
  • Gaulkan ayam dengan kicap manis
  • Gorengkan ayam tersebut sehingga sedikit garing. Tak perlu terlalu lama kerana ayam sudah sedia masak.

Bahan Sampingan
Salad
Timun
Tomato



*untuk kicap pula, i just campurkan kicap manis bersama sedikit kuah sup*


p/s:Kalau ayam tu dipanggang dalam oven memang sodap! :)

Monday, October 25, 2010

Pneumococcal Vaccine for Lil' Princess

Baru semalam Lil' Princess dapatkan dos pertama bagi vaksin pneumococcal. Ambil kat tempat yang biasa Maryam terima vaksin wajibnya.

Kalau mengikut jadual untuk vaksin ni, bagi baby yang berumur bawah 1 tahun, 3 dos diperlukan dan sekirannya baby berusia 1 tahun ke atas, hanya 2 dos diperlukan. Untuk yang 2-3 tahun ke atas, i tak pasti pulak. :)

So masa Maryam dapat vaksin tu semalam, dia baru nak masuk 11 bulan (kiranya lagi 5 minggu Maryam 1 tahun) dan atas perbincangan kami (mr hubby & me) dan paed, Maryam hanya akan dapat 2 dos sahaja. Maybe sebab perbezaan untuk umur Maryam 1 tahun tak ada lah kami rasa beza sangat.

Paed memang ada cakap yang sebolehnya biar 3 dos coz Maryam belum 1 tahun lagi tapi paed juga tak menghalang kami untuk memilih 2 dos sahaja. Mungkin sebab tengok kami betul-betul nak ambil vaksin tu malam tadi.

Info:

Pneumokokal berlaku disebabkan jangkitan kuman pneumokokus atau streptokokus pada organ di dalam tubuh. Selepas bakteria pneumokokus menyerang dan ‘menakluki’ saluran pernafasan atas, ia boleh disebarkan secara setempat atau memasuki aliran darah atau cecair serebrospina (csf) dan menyebabkan pelbagai penyakit.

Sekiranya jangkitan berlaku pada bahagian atas salur pernafasan yang menyebabkan bakteremia (jangkitan kuman dalam darah), sepsis (keracunan dalam darah), meningitis (jangkitan bakteria dalam membran tulang belakang atau otak) dan pneumonia. Jika kuman streptokokus merebak dari dalam hidung ke bahagian atas saluran pernafasan, ia menyebabkan pneumonia (radang paru-paru), otitis media akut (radang pada bahagian tengah telinga) dan sinusitis (radang dalam hidung).

Jika ia tidak dirawat atau gagal dirawat, penyakit pneumokokal boleh menyebabkan kehilangan pendengaran, masalah pembelajaran, gangguan pertuturan, lumpuh kecacatan otak dan kadangkala maut.

-susuibu.Com forum-

Actually untuk vaksin pneumococcal ni adalah pilihan ibubapa sendiri. Abbas dan Azziz memang tak pernah ambil vaksin ni. Mungkin kesedaran tentang kelebihan vaksin ni yang buatkan me and mr hubby nak ambil untuk Maryam. Bagi yang nak ambil vaksin ni untuk buah hati tersayang, harga untuk vaksin pneumococcal ni sebanyak RM250 untuk 1 dos. I ambil dekat Taipan (SMC punya paed). Kalau kat tempat lain, i'm not sure.


Love them very much!..Selepas balik dari Taipan and tengah menunggu makanan sampai..



.

Thursday, October 21, 2010

Bila adanya FB

Mengikut pengamatan diri sendiri rasanya dah 2 tahun lebih wujudnya FB dalam hidup i. Pada awalnya memang tak pernah nak ambil tahu dan juga tak berminat nak ambil tahu tentang FB ni. Tapi sebelum adanya account FB ni, i ada account Friendster dan dah lama pun i tak buka Friendster tu.

Mulanya mr hubby yang duk melayan FB ni. Bila ada masa terluang je, mr hubby akan mengadap FB. Time tu seriously memang i sendiri selalu mengeluarkan bakat yang terpendam-berleter!..hihihi..

Me : U buat apa lagi duk mengadap laptop je ni?
Hubby : Saje je tengok FB..tadi tengok Paul Tan..(blog automotive)
Me : FB amendanya dah tua-tua ni. Tak payah lah nak berFB.
Hubby : U buka lah satu account FB (wah! dah macam buka akaun bank dah ni)..
Me : Tak ada maknanya. Buang masa i je..

Lebih kurang macam tu lah dailog kitorang suami isteri pasal FB ni. Bila mr hubby buka FB je, terus lah wife dia ni pot-pet pot-pet. Time tu dalam kepala ni fikir kalau-kalau dia berchating dengan orang lain. Ialah kan, dah nama pun social networking.

Tapi ada satu malam tu, dengan tetiba je tanya mr hubby pasal selok-belok FB ni. And dalam bulan February i dah pun ada akaun FB. Dari satu benda ke satu benda yang i belajar pasal FB ni. Nak tahu macam mana nak reply komen la..nak buat status la..nak upload gambar la..and bla..bla..bls..bla..

Biasanya hujung minggu i akan dating dengan mr hubby sampai lewat malam. Masing-masing duk mengadap laptop. And time tu la yang kusyuk denagn FB ni. Siap layan maggi sekali tu!

Lepas tu berjinak-jinak pula dengan game yang ada kat FB. Pada mulanyya memang tak heran langsung pasal game ni. Tapi semenjak tengok one of my friend yang selalu share dia punya game tu, terus la nak try. Time tu start dengan game Farmville. Game yang suruh kita bercucuk tanam sambil menjaga ternakan tu. Sekali hambik kau! Terus hari-hari bercinta dengan Farmville ni.

Bangun tidur je kutip hasil tanaman. Lepas kutip hasil tanaman, bercucuk tanam semula. Kemudian bagi ternakan makan. Fuh! makcik kayo!

Me : Bi, hari ni i dapat banyak duit..
Hubby : Boleh la beli rumah nanti..
Me : Errk..?

Dipendekan cerita, lepas tu i pun main game yang jaga ikan pulak (lupa pulak nama game tu). Bukan itu sahaja..game Sunshine Ranch dan Barn Buddy pun i layan jugak. Ingat lagi time bulan puasa..sementara nak tunggu azan subuh tu, i boleh kutip hasil tanaman dan bagi ikan makan sambil mencuri hasil tanaman orang lain lagi. Sunshine Ranch dengan Barn Buddy tu memang ada time untuk kutip hasilnya and kalau tak kutip, orang lain boleh curi. So sebelum nak start tanam tu, i memang dah budget time untuk hasilnya boleh dikutip. So kalau agak-agak hari tu nak keluar, memang tak becucuk tanam la i. :)

Tapi itu time dolu-dolu la. Now satu game pun dah tak main. Buka FB pun bila rasa nak buka je. Bila dipandang satu sudut, FB ni bagus sebab kita dapat berhubung dengan rakan, saudara, guru, lecturer yang dah lama kita x jumpa or berhubung. Kira konsep keep in touch la.

Selain tu kita kena ingat juga bahawa FB ni pun ada keburukanya. Don't over the limit okey..

P/S : tadi ada google baik buruk FB ni..ada artikel tentang pengasas FB..kalau nak tahu, korang google sendiri and boleh share pendapat ok.. :)

Tuesday, October 19, 2010

Coffee Bean session at The Curve

Ingatkan semalam  memang bersantai di rumah tapi tidak sama sekali. I likeeeee.....hehehehhehe.....Lepas mr hubby pergi hantar kereta betulkan alignment (errk! betul ke ejaannya ni?), we all pergi lepaking kat coffee bean The Curve Damansara. Dah nama pun coffee bean kan..so coffee bean session la. This time ada lagi satu family yang join our coffee bean session. So ni kira first time lepak kat coffee bean The Curve.




Mr & Mrs Ali..

Mata and mulut ni asyik memerhati dan melayan kerenah anak-anak yang tak reti nak duduk diam. Kejap-kejap nak tengok air pancut la, nak donut la, nak balloon la, nak book la...and bla..bla..bla..bla..

Bila dah banyak la la la, terus la mamanya bawa pergi masuk kat MPH. Itupun lepas Azziz nangis bila kena sakat dengan kawan mr hubby. Serious riuh sekampung dek lontaran suara Azziz yang sungguh tinggi.

Masuk je MPH bebudak ni terus menuju ke bahagian mereka. Macam biasa, masing-masing dah start nak pilih buku kegemaran sendiri. Kejap-kejap nak book itu la..ini la..itu la..ini la..Pastu bila sebut je "then go back home la", ha..tahu pun tak nak. Lepas duk pilih buku-buku kat situ, akhirnya dapatlah beli 2 buah buku cerita untuk mereka.


Then terus pergi dinner dekat area Damansara. Nama restoran tu Ghulam Mee. Ramai jugak orang yang lepak makan kat situ. Tapi seriously servicenya slow. Dah la time tu tengah pedas, air pulak tak sampai-sampai lagi. Air yang first order tu dah habis pasal aisnya lebih banyak dari air. Itu yang sekejap je habis.

Menunya nasi goreng kampung for me, mee hailam for hubby and keow tiow sup for Abbas-share with Azziz. Lil' Princess makan roti hasil pemberian dari aunty Fadh. Sup gear box pun ada and itu for Ali and mee goreng mamak for his wife, Kak Fadh a.k.a Fadh. Tak lupa juga kupang masak chinese style yang mahal harganya.

Bila dah sampai rumah, tak ada dah nak gedik buka tv lagi. Terus je mandikan budak, bedtime story, solat and zzzZZZzzzZZZzzz...Yang terus ZZzzzz tu mr hubby and kiddos je..

Time dinner tu ada diselit sikit bab penyediaan barang semasa dalam berpantang (Mr & Mrs Ali tengah menantikan kelahiran baby mereka). Teringat pulak time dolu-dolu masa pertama kali menjalani sessi berpantang. Kalau nak dibandingkan dengan istilah berpantang macam orang yang duk menampal pilis sambil rambut diikat tinggi macam sup bunjut Adabi tu, memang i tak buat. Apatah lagi makan jamu. Sampai dah masuk anak 3 pun memang i tak ambil mana-mana jamu. Teringin juga nak try makan tapi.......(memanjang tapi je)

My mom and MIL memang duk bising apsal tak makan jamu pastu duk cerita yang diorang dolu-dolu ada ambil jamu. Jawapan dari  mr hubby and i  is "doktor tak bagi coz baby minum susu badan and takut panas". So mereka cakap "sukahati korang la"..

And i tak pantang sangat pun tapi cuma pantang nampak. Masa dalam 3 minggu berpantang lepas lahirkan Abbas, dah lepak makan steamboat kat Dusit Thai Sunway Pyramid. Then time berpantang lepas lahirkan Azziz, dah pergi (lupa pulak pergi mana tapi memang dah keluar umah pun). And bila time berpantang lepas lahirkan Maryam, masuk minggu ke-3 dah pergi Carrefour Subang.

Ada juga orang kata "ko tunggulah bila dah tua nanti".."badan kita ni nak pakai lama".."ko tak reti duduk rumah ke?"..And susah juga nak jawab soalan-soalan yang cepu emas tu. Pernah sekali tu i siap google pasal pantang ni and rupanya cara berpantang ni agak berbeza mengikut bangsa dan negara.

Macam "ko tunggulah bila dah tua nanti"..biasanya ayat tu datang dari orang yang tak berapa nak tua pun tapi macam mana diorang dapat buat ayat yang macam tu? Kalau orang tu merujuk pada pengalaman orang tua yang berpantang betul dengan orang tua yang dulunya pantang nampak (pantang yang-yok je), tak bermakna itu betul sebab i pernah baca satu story pasal pantang ni dimana makciknya yang tak berapa nak ikut pantang ni sihat je bila dah tua and mak nya pula duk sakit itu ini lah padahal maknya yang betul-betul berpantang.

Tapi ayat "ko tunggulah bila dah tua nanti" tu memang menakutkan sampai mr hubby dan wifenya ni pernah bincangkan topik ni sesama sendiri.

Untuk statement "badan ni kita nak pakai lama" tu rasanya tak beza sangat pun dengan statement yang pertama tadi. And bagi statement "ko tak reti duduk rumah ke?".. memang jawapannya RETI.. :kalau keluar pun RETI..hehehehe..

Neighbour belakang siap pernah tegur apsalah tak nampak macam orang berpantang. Katanya tengok i jemur baju kat luar macam biasa je. Laaa...habis tu takkan nak duduk terbaring pula kan. Lagipun bukannya first day berpantang dah pergi menyidai baju kat luar.

Macam masa berpantang lepas lahirkan Maryam, my mum tak dapat nak jaga sama macam first time i berpantang and mr hubby pulak dapat cuti 3 hari + 2 hari yang dia apply sendiri dan bibik yang yang awal-awal lagi kitorang dah booking pulak demam. So nak buat macam mana? Kenalah juga uruskan sendiri. Mula-mula tu kekok la juga sebab nak kena handle semua tapi lama-kelamaan sampai hari ni, dah lali dah pun. And ayah pun ada juga tolong tengokkan budak-budak ni so tak adalah terkejar-kejar sangat.

Ada orang cakap tak boleh makan ayam masa pantang nanti gatal and tak kurang juga ada yang kata tak ada masalah pun nak makan ayam.

Ada orang kata jangan makan sayur sawi masa pantang sebab sejuk and tak kurang juga ada yang kata tak ada masalah pun nak makan.

Kesimpulannya: Waktu berpantanglah untuk kita memanjakan / merehatkan diri selepas bersalin. Itu semua bergantung pada diri sendiri and apa yang i type panjang-panjang tu hanyalah sebagai info sahaja. Bagi i, ikut mana yang perlu dan selagi tidak menyusahkan diri sendiri like...

Kena makan ikan kering / masin masa tengah pantang..
Sanggupkah anda mengadap ikan kering sepanjang tempoh berpantang? Kang tak pasal-pasal dapat darah tinggi..

Tak boleh banyak minum air masa tengah pantang..
Sanggupkah anda mencatu minuman anda sehingga kena sembelit?..

Pernah sekali masa dalam pantang (time ni dah start tidur dalam bilik dengan siap berair-cond lagi) tetiba je time tengah tidur badan jadi sejuk lain macam..siap terus keluar bilik sebab tak tahan sangat..orang kata itu meroyan..pulak dah..Tapi mr google kata tak ada kena-mengena dengan meroyan.

Dah la..taknak story panjang-panjang..



p/s: Selain berurut 2 perkara yang dibuat ketika berpantang is bertungku dan memakai bengkung. Teringat pulak sup ayam dengan lada hitam yang my mum sediakan masa dalam pantang..yummie!

Monday, October 18, 2010

Sekiranya..

Sekiranya anda mempunyai cash yang banyak di dalam wallet anda..
Belanja satu family makan and sudah tentulah i akan memanjakan diri untuk bershoping sakan. Dah nama pun cash yang banyak di dalam wallet kan..apa yang nak ditunggu lagi. Cash tu mesti baru dikeluarkan dari mesin ATM dan tujuan dikeluarkan tu tentulah untuk digunakan. Takkan nak diperamkan pulak kan. Tapi kalau ada yang ikhlas memberi, sebahagian dari duit tu akan dimasukkan ke dalam akaun.

Sekiranya diberi peluang untuk memilih ais krim, ais krim apakah yang akan dipilih anda..kenapa?
Ada 2 jenis ais krim yang i nak pilih. Yang first Haagen-Dazs dan yang keduanya Baskin Robbins kerana sejujurnya memang tak pernah rasa pun ais krim dari jenama tu. Mungkin pasal harganya yang boleh tahan kot. Tapi kalau sesekali nak try apa salahnya kan cuma memanjang lalu depan HD dan BR tu tak adalah pulak nak beli. Kena tunggu dapat cash yang banyak tu kot..hehehehehe..

Sekiranya anda keluar, apa yang anda simpan di dalam handbang anda..?
Ada lipstik, lip gloss, lip balm, compact powder, hand fan, handphone dan tisu. Tapi kekadang tu ada jugak bawa 3 helai bib untuk 3 orang kekasih hati dan cermin mata. Hurm, eloklah tu..cermin mata simpan dalam handbag. Kalau ada sesiapa yang duk lambai or senyum dari jarak jauh dan senyuman serta lambaian itu tidak dibalas, tolong jangan fikir sombong pulak. Ini kerana handbag yang pakai cermin mata bukannya tuan empunya handbag tu yang pakai walaupun tuan empunya handbang itu sendiri yang rabun.

Sekiranya diberi pilihan, coklat atau bunga?
Nak pilih bunga la. Wah! bestnya dapat bunga..kalau dapat sejambak bunga, lagilah suka! Kalau nak compare bunga dengan coklat, memanglah bunga tak boleh nak makan and if dapat bunga segar, bunga tu akan mati. Tapi dah soalan pun "sekiranya diberi pilihan" kan. Kalau dapat toblerone yang besar tu memang best! Toblerone tu halal atau tidak ye?

Sekiranya anda ingin keluar rumah, apakah perkara yang akan anda lakukan?
Kalau keluar nak balik kampung atau bercuti, i akan pastikan gas masakan ditutup (ni memang tugasan mr hubby coz i memang tak reti bab ni), tutup meter air, sampah dibuang, pintu dikunci and rumah dikemas terlebih dahulu. Nanti tak adalah bila balik dari kampung, tengok rumah berselerak. Dah lah penat pastu balik rumah pulak tengok rumah bersepah. Lagilah bertambah penat. Tapi kalau setakat nak keluar bersiar-siar, biasanya akan kemaskan segala macam toys budak.



P/s: dah banyak beli pokok bunga tapi tak berapa nak menjadi..

Saturday, October 16, 2010

Tidur..tidur..tidur..tidur..

Lepas maghrib dah sampai rumah. Actually petang semalam balik kampung Melaka sebab pagi tadi ada buat kenduri arwah. Memang tidur semalam je so dalam 6.25 petang tadi dah gerak dari kampung.

Kesian kat lil' princess sebab tidur siangnya tak lena sangat. Mungkin sebab dia tengok ramai orang + suasana yang tak boleh buatkan dia tidur siang sangat. Ditambah pulak demamnya yang masih ada tinggal sisa lagi. So masuk je dalam kereta terus bagi susu and lil' princess pun tidur lena sehinggalah saat entry ni dibuat.

Mamanya pun letih gak. Dapatlah juga terlena dalam 45minit masa menidurkan semula lil' princess yang tetiba terjaga. Abbas and Azziz main la kerjanya. Mereka berdua dah puas tidur siang tadi.

Tidur lepas ni?? Owh tidak lah kot sebab nak kena simpankan lauk-pauk yang ditapau dari kampung tadi. Tapi kalau hubby dah tolong simpankan, sangatlah berterima kasih..hihihi. Then nak kena pastikan Abbas and Azziz kemaskan segala macam bentuk toys yang mereka berdua main sebelum mereka masuk tidur. Ini kerana mamanya kureng sikit bila bangun tidur je tengok rumah bersepah.

Program untuk esok hari pulak setakat ni tak ada lagi. So 100% stay bersantai kat rumah je. :)

Friday, October 15, 2010

Saje je bercerita.. :)

Hari ni dah masuk 3 hari sakit kepala. Adakah faktor setiap malam tidur lewat or faktor pertukaran hormon?? Nak kata tidur lewat, memang ye pun..tengoklah average time entry yang dipublishkan,(x guna auto publish) sure time lewat-lewat pagi. Orang lain duk berdengkur, yang kita ni duk mengadap skrin laptop. Tapi tak adalah sampai tak cukup tidur. Nak katakan perubahan hormon? Entahla.. :)

                                    ****************************************

Rasanya sekarang ni mesti dah heboh pasal konsert Maher Zain di Malaysia. Sampaikan isu tak puas hati dengan cara pengendalian tiket konsert pun ada. Dekat FB tak payah nak cakap lah..ada saja peminat yang duk share youtube Maher Zain. Memang fenomena!

Tapi kan ada jugak terfikir, sebab utama kita-kita ni sebenarnya suka dengan Maher Zain pasal lagu yang disampaikan or kerana wajahnya yang persis jejaka terhebat? Rasanya la kan, kalau lah Maher Zain tu seperti Kuman, ada tak kita-kita ni teruja bangat dengan MZ ni?.

Don't get me wrong kay. I'm not saying that i mengutuk, menghina, mengeji or mengata orang-orang yang berbadan besar. But cuba u ingat balik zaman AF5 (yes! suatu ketika dahulu memang i pernah demam AF. Siap AFUNDI lagi). Kalau tak ingat zaman AF5, tak dapek den nak nolong.

Time tu Aizat yang popular dengan taglinenya "kasi gegar" tersingkir padahal suara tak adaah teruk sangat pun. Sampaikan Hattan sendiri katakan yang orang ramai tak pandai menilai bakat.

See? I think Aizat terkeluar pasal bentuk fizikalnya yang maybe XXL. Cuba dengar lagu-lagu Aizat yang pernah popular kat radio..selain dari melodinya yang best, vokalnya pun sedap juga didengar kan.. ditambah pulak dengan penampilannya sekarang ni yang dari XXL ke L (ye ke L? or M?). Kira pakej lengkap lah untuk mempunyai peminat yang setia. Cuba kalau pakej tu dibawa pada zamna AF5..agak-agaknya Aizat terkeluar ke tak? Yang penting semuanya afundi kesian...........................hihihi........

Actually first time i tahu info about MZ ni when abang ipar share satu info kat FB. Lepas tu terus google empunya suara tu and start dari tulah i boleh tahu tentang MZ ni. Siap google pasal biodata dia sekali. And tak sangka pulak boleh terus popular and dah nak buat konsert kat sini.

Ada satu hari tu.....

Me : Dik, cd Maher Zain kat bahagian mana ek?
Pekerja : Ala kak, cd Maher Zain dah habis la kak..
Me  : Oooo..tak pelah, thanks..

Kesimpulannya : I punyalah teruja nak pergi beli cd MZ, tapi SOLD OUT!


P/s: suka lagu Open Your Eyes by MZ..

Wednesday, October 13, 2010

My first fruit tart..boleh laa..

Fuhh! lebih kurang pukul 1.00am baru settle buat fruit tart. Itupun tak habiskan kesemua bahan-bahannya (tart shell & fruits).

Sebelum nak mulakan proses-prosesnya, kena bagi lil' princess tidur dulu. Nanti tak adalah bila time tengah buat fruit tart tu, dia merengek nak tidur.

Proses untuk buat fillingnya memang awal-awal dah siap. So maknanya dalam pukul 11.30pm baru start bubuh filling dan aneka buah kat tartlet shell tu. Resepi fruit tart i ambil dari My Resepi.com.

Dalam resepinya ada diubuh coklat cair tapi i tak letak sebab first time buat kan..risau la jugak kot-kot tak berapa nak menjadi. So nanti tak adalah membazir beli coklat cair tu. Rasanya kalau tak letak pun tak apa kot sebab bila survey resepi fruit tart yang lain, tak ada pulak dibubuhnya coklat cair. So ibarat mengoreng mee tanpa taugeh la. Nak bubuh taugeh pun boleh, tak bubuh pun boleh jugak. (Sesuka hati je buat statement macam tu).

Tapi untuk tart shellnya i tak buat sendiri coz beli yang dah siap dari bakery shop. Itu yang lagi mudah je nak buat respi ni. :)

 
Bahan-bahan
Tart shell
Buah-buahan segar - strawberry, kiwi & anggur

Bahan-bahan untuk filling
300ml susu segar
3 biji kuning telur
20g tepung gandum
20g tepung jagung
1 camca teh esen vanilla
2 camca besar marjerin / mentega

Cara untuk menyediakan filling
  • Panaskan susu hingga menjadi suam.
  • Dalam satu bekas yang lain, satukan kuning telur, gula, tepung gandum dan tepung jagung. Kacau gunakan whisk hingga berkrim.
  • Tuangkan susu yang suam tadi sedkikit demi sedikit sambil terus mengacau.
  • Tenggekkan bekas berisi adunan tadi keatas air yang mendidih (kaedah double boiler) dan terus mengacau hingga adunan menjadi pekat dan licin.
  • Matikan api dan masukkan esen vanilla serta marjerin / mentega dan kacau hingga sebati.
  • Alihkan ke dalm bekas yang lain.

Cara penyediaan 
  • Letakkan filling ke dalam tart shell tersebut dengan menggunakan piping bag / sudu kecil.
  • Susun buah-buahan segar diatasnya.
  • Bagi yang inginkan fruit tart kelihatan berkilat, boleh gunakan apricot glaze.  
  
p/s: Seronok tengok hubby dan Abbas menikmati fruit tart ni..Azziz lebih suka makan tart shellnya je..Maryam?? ada juga bagi dia rasa sikit. So sesiapa yang belum try buat resepi ni, kena try sebab best.. :)

Ikan Bawal Masak Taucu

Bahan-bahannya
2 ekor ikan bawal-digoreng dahulu
3 sudu besar taucu masin
3 cawan air
1 sudu teh asam jawa paste
Minyak untuk menumis
1 biji cili hijau

Bahan untuk diblend
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
3cm halia


 
  • Panaskan minyak.
  • Tumiskan kesemua bahan yang telah diblend sehingga naik bau.
  • Masukkan 3 sudu besar taucu masin.
  • Tuangkan 3 cawan air serta masukkan sekali 1 sudu teh asam jawa paste.
  • Tunggu sehingga mendidih.
  • Masukkan ikan bawal yang telah siap digoreng dan kacau rata.
  • Taburkan cili hijau dan siap!

* tidak perlu garam kerana taucu tu memang dah masin.. :)

Monday, October 11, 2010

Lil' Princess..hmmm..

****************************************



Belum sebulan baik dari demam...
.kini Lil' Princess demam semula..hmmmm..




*****************************************

Beriadah di Forest Research Institute Malaysia (FRIM)

Weekend kali ni kitorang (with my sister sekali) beriadah di Forest Research Institute Malaysia (FRIM) yang terletak di Kepong. Bila survey pendapat orang yang dah pernah pergi sana, kata mereka kalau pergi waktu pagi memang best. Udaranyanya sejuk gitu. Tapi tak adalah sesejuk macam kat Genting Highlands.. :) Dalam pukul 8 pagi dah keluar rumah. Tapau sandwich dari rumah so maknanya kitorang breakfast kat sana.


Location map..image by google..

Sebelum nak masuk ke dalam kawasan FRIM tu, dikenakan bayaran sebanyak RM6.00. Bayaran tu termasuk RM4.00 untuk kereta dan RM1.00 untuk dewasa. Budak pulak tak tahulah sampai umur berapa dikenakan charge tapi kiddos memang FOC je.






Sampai je terus bawa keluar basikal kiddos. Seriously memang suka bebudak tu. Anyway, selain dari orang yang datang untuk berjoging, yang datang untuk berbasikal pun ramai jugak. Ada satu tempat makan tu memang penuh dengan group-group yang berbasikal (berdasarkan pemerhatian pada basikal yang banyak parking kat tepi tempat makan tu)



Sebelum memanjangkan masa untuk berbasikal, kitorang lepak dekat kawasan yang boleh nampak air terjun untuk breakfast. Kira picnik la. Kat tempat yang kami picnik tu airnya jernih juga. Boleh nampak 2-3 ekor ikan duk berenang-berenang.

Abbas and Azziz ni macam biasalah bila dah jumpa pasir. Tak diherannya nak breakfast. Mula-mula tu diorang berdua ni memang takut nak main dengan air. Padahal tempat yang kitorang lepak tu tak adalah dalam mana pun. Air paras betis je. Last-last berani juga..Tapi kena pegang juga bebudak ni coz takut kalau-kalau terpijak dekat batu yang licin.




 









Kiddos with their Mak Long..

Lil' Princess with hubby..
 




Time ni dah nak sambung sessi berbasikal..

Dah puas berpiknik, bersihkan kiddos and sambung pulak mengayuh basikal dekat kawasan lapang. Orang lain berbasikal siap ada helmet safety, elbow pad dan knee pad tapi kiddos???? Itu yang boleh luka kat siku dan lutut gara-gara tak tahu fungsi break. Haishh..ini yang kena cari segala macam peralatan safety ni.

Bab makanan kat situ memang tak ada survey sangat tapi yang perasan time kitorang sampai tak adalah pulak nampak banyak tempat makan kat situ. Yang ada pun dekat tempat group berbasikal duduk minum. And kat situ ada dijual burger.


Ini kawasan tempat makan..


First time beriadah dekat FRIM ni kira okey la juga. Bila tengok FRIM official website, kat situ ada canopy walkway, Kepong botanical area, wetland area, malay traditional houses dan picnic area.

Tak habis jejalan pun kat situ tapi bagi yang suka berbasikal,sesekali boleh lah try berbasikal kat sini. Jogging tak payah nak cakaplah kan..sure boleh. Pendek cerita memang sesuai sekali. Hijau je..Bagi yang duduk dekat dengan area situ, tak ada masalah la kot kalau nak datang selalu. Tapi kalau macam i nak datang selalu dari Shah Alam ke Kepong, minta maaflah ye..memang tak dapek den nak nolong. Sesekali memang boleh.. :)

Pukul 11.00 pagi dah keluar dari situ and terus menuju ke Subang Parade (pejabat pos) sebab nak pergi buat lesen hubby yang hampir seminggu dah luput tarikhnya. Abang polis jangan marah ye..

Friday, October 8, 2010

Teringin nak buat fruit tart

Malam esok ingatkan nak ajak hubby pergi ke pusat bekalan bakery beli bahan-bahan untuk buat fruit tart. Teringin pulak nak cuba buat fruit tart. Resepinya dah survey and tempat yang nak pergi esok tu siap ada dijualnya tartlets shell. So nanti bila mood nak buat tu datang, sebagai permulaan tak payahlah nak buat shell tart tu lagi. :)


Harap menjadi la fruit tart tu nanti ye..

Stress ke..?

Semua orang sure pernah rasa stress. Kalau ada yang diantara kita tak pernah rasa stress, jawapan dari i ialah NO COMMENT.

Stress sebenarnya merujuk kepada tekanan, beban, konflik, keletihan, ketegangan, panik, perasaan gemuruh, anxiety, kemurungan dan hilang daya. Gejala ini berhasil apabila seseorang itu merasakan keperluan melebihi dari keupayaan atau sumber yang ada pada dirinya....bla...bla....bla....bla...

Bila cerita tentang stress, merujuk juga pada hubby yang sekarang ni (semenjak tukar kejar baru) stress. Jangan salah sangka pulak, bukannya stress yan melampaui batas sampaikan anak bini pun kena jadi mangsa stress. Kalau macam tu, komfem i akan call talian nur...:)

But really respect my hubby coz dia tak ada pula nak balik kerja pastu nak buat muka stress. Paling kuat pun sekadar sms yang dihantar yang mengatakan dia stress. Hubby still macam sebelum ni, balik dari kerja je, tanya tentang hal anak-anak + main dengan anak-anak. Pendek cerita, hubby memang pandai menangani stress cuma i je i kesian kat dia.

Sometimes tu bila tanya macam mana dengan harinya di office, mesti ada diselitkan "stress". Well, ada juga i buat jokes mengatakan nanti i akan panggilkan otomen tolong settlekan stress dia but itu je lah yang i mampu. Takkan lah pulak i nak pergi serang office dia sambil nak memekik " Tolong jangan buat En Fadzil stress boleh takkkk?". Itu terang-teranglah i yang terover stress.



 Image by google..

Anyway, bukan hubby atau i sahaja yang kena bijak menangani stress, but semua yang diluar sana pun kena tangani stress dengan bijak. Bila diperhatikan semula, hubby punya stress ni pasal tempat kerja dia yang punyalah bla...bla...bla...bla...bla...


p/s:Jangan ingat housewife pun tak ada stress tau..

Wednesday, October 6, 2010

Keliru

Baru lepas tidurkan Lil' Princess...ZZZzzzzzzz..Abang-abangnya layan channel 613 sambil menunggu pau yang sedang dikukus untuk sedia dimakan.

Mata ni pulak tak habis-habis duk keluar ketimbir. Mungkin ada yang panggil lain kot tapi yang pastinya ada timbul benjolan kecil macam jerawat dekat kelopak mata and kadang-kadang tu bahagian bawah mata. Sebelum raya dah 2 kali keluar. Itu sebelum raya..sebelum puasa pun ada jugak. Haaaissshhhhhh............kompius betul. Ibarat diri ini dah sinonim dengan ketimbir. Agaknya nak kena pergi beli permata hijrah kot. Huahuahuahuahuahua.....

Itu satu hal la kan..yang satu hal ni pulak memang tak tahulah nak cakap macam-mana.Ini cerita tentang seekor kucing (lebih dari seeokor pun ada jugak). Boleh pulak kucing tu buat projek pelaburan kat laman rumah! Kalau tak hubby yang kutip hasil pelaburannya, i lah yang akan kutip. Kalau tak kutip, mau keluar bau yang sungguh semerbak selain dari takut kalau-kalau kiddos terpijak.

Mengikut pemerhatian selama ni, kucing tu macam milik neighbor kat belakang rumah coz pernah nampak anak-anak dia duk main dengan kucing tu. Tapi kenapa neighbor belakang tu tak nak train kucing dia tempat yang sesuai untuk membuat pelaburan. Dalam pada masa yang sama pulak, tengok kucing tuh duk kehulu-kehilir macam tanpa penjaga. Kompius betul!

Berhajat jugak nak tanya neighbor tu samada itu memang kucing mereka atau tidak. Tapi bila fikir balik, kalau jawapannya YA, macam mana pulak nak terangkan pasal status kucing tu yang selalu buat projek kat laman rumah ni. Kalau jawapannya TAK, nampak gayanya kena transfer kucing tu ke tempat lain la.

Pernah sekali tu i nak halau kucing tu sebelum kucing tu sempat nak buat bahan kumuhnya kat laman, tapi tidak lah berhasil kerana kucing tuh tetap meninggalkan kesan bahan kumuhannya sebelum melarikan diri. Halahai.........

Nak marah sangat kat kucing tu (kadang-kadang mengeluh lah jugak), memang lah tak boleh tapi nak buat macam mana?


P/s : respect pada yang pandai train kucingnya..

Saturday, October 2, 2010

Program di awal pagi

Kononnya nak tidur awal malam ni tapi still nak berlaptop juga. Macam biaalah, bila dah on laptop ni, sure anak-anak tersayang telah lena diulit mimpi yang indah. Kalau tak, tak ada maknanya dapat fokus kat sini.

Dua hari lepas awal pagi dah keluar rumah. Kami menuju ke KLIA. Tujuan kesana bukannya nak pergi naik flight tapi untuk menghantar my SIL yang study medic kat Mesir.

So me and anak beranak memang breakfast kat airport. Untuk kiddos mamanya belikan sausage mcmuffin with egg kat McDonald's and yang lain breakfast dekat Food Garden at level 2. Banyak juga stall kat situ seperti Thai Corner, Noodles & Sizzling, Delight Chicken Rice Shop, Nasi Padang Pagaruyung, Nyonya Meals and......dah tak ingat ler... :)


Yummie!..

Menyakat Maryam pula..

Image by google..



Lil' Princess with SIL..

Tapi apa yang pastinya, i menunggu keow teow kerang dengan perasaan yang geram. Lambat betul nak masak. Disebabkan dah bayar lah yang buatkan i tunggu depan kaunternya dengan penuh 'kesabaran'. Ada seorang makcik dengan anaknya pun mengalami benda yang sama. Aduh! tensionnya...... Anyway price keow teow kerang tu RM6.10. So kira okeyla..




Flight pukul 10 lebih so lepas je sessi bersalam-salaman, terus menuju ke Nilai untuk sessi berhari raya. Lama juga lepak sana sampai lunch kat sana terus. Rumah yang kami raya tu ialah rumah makcik (Mak Alang) belah hubby.

Sampai je kat rumah Mak Alang, kelihatan bunga-bungaan yang berwarna-warni dihadapan rumahnya. Sedap je mata memandang. Selain dari pokok bunga, banyak juga tanaman lain yang ada di tanam sekali. Ada kangkung, betik, pucuk ubi, terung pipit, ciku, daun kari, daun kesum, cili padi, pokok limau purut, pokok gajus, pokok mas cotek, mengkudu, kemangi dan mullberry. Sempat juga ambil gambar pokok mullberry tu.


Terung pipit..image by google..

Kemangi..image by google..

Mengkudu..image by google..

Pokok mas cotek..image by google..

Pokok mullberry..
Ini pula buah mullberry..image by google..

Dapatlah juga rasa buah mullberry yang fresh. Memang manis. Excited tu tak payah nak cakaplah. Ialahkan, tak sangka pulak mullberry ni boleh ditanam dekat sini. Kiranya itulah first time i makan mullberry. Siap dibagi sepasu (ada 2 anak pokok ditanam sekali) untuk ditanam kat rumah. Hubby pula dapat pokok kemangi. Kata hubby ulam kemangi ni best. Entahla..tak pernah try pun.

Harap-harap pokok mullberry i nanti akan membesar dan mengeluarkan hasil dengan jayanya. Semalam ada google pasal penjagaan pokok mullberry ni. Rupanya pokok ni senang nak jaga. Tak perlu direct sun. Yang penting cukup air. Lagi satu, daun pokoknya boleh dibuat teh. Kebaikan buah mullberry ni ada kat sini. Harap kali ni juga pokok kemangi hubby akan menjadi.





Related Posts with Thumbnails