Pages

Tuesday, November 30, 2010

Dinner at Thai Thai Restaurant .. unplanned version

Ahad lepas ada jemputan kahwin dekat Melaka. Tak jauh mana pun dengan kampung. Sampai je kat rumah pengantin, terus je lunch. Lauk rumah orang kahwin tak payah nak cerita la kan..of course tak ada beza sangat dengan majlis kenduri kahwin yang lain. Lepas je tengok pengantin berarak terus je balik kampung.

Biasalah bila dah balik kampung ni..sedikit sebanyak komfem ada buah tangan yang akan dibawa balik kerumah. Ada daun limau purut, lada hitam, petai dan juga setangkai bunga orkid. Nampak gayanya lepas ni kena sentiasa jemurkan lada hitam agar cepat kering.




Lada hitam yang fresh dipetik..

On the way nak balik Shah Alam, mr hubby ada mengusulkan untuk dinner dekat Sunway Pyramid-Korean food. Hai..mengidam nampak!

Kalau nak diikutkan memang malas nak keluar berjalan (jalan dari parking kereta ke restoran) tapi disebabkan mr hubby pun bersungguh nak makan makanan Korea, ikut je lah..(seronoknya tak yah nak sibuk masak didapur.. hehehe..)

Tapi bila sampai kat restoran yang dituju, dah tutup pulak. Tak tahulah tutup sebab renovation or sebab tak mendapat keuntungan. Kesian pulak kat mr hubby coz dia lah yang teringin nak makan Korean food. Nak bagi my sister, mak and sepupu i rasa Korean food malam tu pun tak dapat. Akhirnya Thai Thai Restaurant tempat yang dituju.









Menu wajib yang diorder is Mieng Kam (starter). Mieng Kam kalau orang lain tengok nampak macam nak makan sirih coz rupa daun kaduk yang nampak macam daun sirih. Daun tu dihidangkan sekali dengan kelapa goreng, kacang, bawang besar, cili padi, limau nipis, udang kering, halia dan sos nya.

Cara makannya sama macam makan sirih. Letak je kesemua bahan yang disediakan ke atas daun kaduk tu and lepas tu makan! Jangan lupa baca Bismillah dulu kay..hehehehe..

Kalau nak rasa pedas lebih, boleh bubuh cili padi tu lebih and kalau suka bawang, boleh letak lebih. Ikut tekak masing-masing. Pernah jugak try buat resepi Mieng Kam ni dulu. Memang simple!..


Mieng Kam..

Menu lain yang kitorang diorder malam tu is tom yam udang, green curry (beef), dried chilli chicken with cashew nuts, bihun tom yam, brocoli masak apa ntah..lupa daa..Tom yam udang memang pedasssss..tapi best!

Bilalah agaknya dapat masak tom yam sebegitu rasa. Ini yang kena belajar lebih gigih lagi ni.


Tom yam udang for 4-5 person..pedas..

Green curry (beef)..rasa macam daging masak lemak cili api je..

Dried chilli chicken with cashew nuts..sedikit manis..thai version kot..

Bihun tom yam..pedas..

Brocolli..

Kalau makan kat Thai Thai ni, nasi nya memang boleh refill..so harusssslah menambah kan..barulah dikatakan mempergunakan kemudahan yang diberi..hehehehe..

Daging Goreng Kunyit

Bahan-bahannya
Daging-dipotong nipis dan direbus
1 ulas bawang putih-dihiris
2 biji bawang merah-dihiris
1 biji bawang besar-dipotong bulat
2cm halia-dihiris
Kacang panjang-dipotong dlm 3cm
6 sudu besar minyak masak
Sedikit serbuk kunyit
Sedikit garam




  • Panaskan minyak.
  • Gaulkan daging yang telah direbus bersama serbuk kunyit dan garam.
  • Tumiskan bawang merah, bawang putih, halia sehingga naik bau.
  • Masukkan daging tadi dan kacau rata. Biar sehingga daging sedikit garing.
  • Masukkan bawang besar yang telah dipotong bulat dan kacang panjang. Biar sehingga kacang panjang sedikit masak.
  • Siap!


 *kalau nak bubuh Tumix ikan bilis pun boleh..

Saturday, November 27, 2010

Email with No Subject..

Lately ni ada terima email yang terang-terang datangnya dari orang yang i kenal. Dari my friend, my sister and also from mr hubby. Tak faham (memang tak faham) apsal lalety ni ada sahaja email tu muncul dengan 'No Subject'. Padahal bukannya diorang yang send. Haaisshhh..

Before this dapat email yang kekononnya dari maybank berhad. Tak lain tak bukan ini kes nak songlap duit dari akaun orang lain la tu. Sesuka hati je nak menyamar jadi wakil Maybank Berhad. Everytime guna M2U mesti lepas tu akan dapat email tu.

Email tu mengatakan ada third party yang cuba membuka my M2U so dioarang ni dapat kesan la kan. Then disuruhnya verify password dekat link yang disediakan. Banyak cantekkk!

Disuruhnya click kat satu URL yang disediakan. Ceh! ingat boleh terpedaya ke..terang-teranglah Maybank dah warning awal-awal supaya tak click mana-mana URL dari email melainkan terus click ke website Maybank tu sendiri. Nak tergelak pun ada bila baca email tu. Tapi sekarang ni dah tak dapat email tu lagi. I likee..  :)

Sebenarnya risau la jugak kan kalau-kalau ada sesiapa yang terima email dari my account. Macam pengalaman dari kawan i, boleh pulak email tu berkaitan dengan viagra. Pulak tu terus masuk ke email bos dia. Boleh????

Kata mr hubby email yang kononnya dari akaun dia tu virus. Owh...............tidaklah sama sekali i akan click. Kang tak pasal-pasal laptop ni kena virus.

PERINGATAN:  Bagi sesiapa yang menerima email from my account suhazren@yahoo with no subject or memang yakin itu adalah spam, please do not click kat URL yang dibagi and kalau keluar pasal viagra, sila abaikan ye. Apsal pulak i nak sibuk-sibuk pasal viagra. Banyak kerja lain yang boleh dibuat.

Tuesday, November 23, 2010

Hurm..

Done! Yeah..habis dah menyinggah blog-blog yang tersedia berada dalam simpanan bookmarks.

Pejam celik je kita dah nak sampai ke penghujung tahun. Lepas ni komfem masing-masing pun sibuk dengan azam yang baru. Anyway, azam yang sebelum ni dah terlaksana ke??

Lil' Princess pun dah nak masuk 1 year. Dari hari ke hari duk belajar tatih je kerjanya. Malam tadi percubaanya yang paling jauh sikit dia bertatih. I likeee..

Sempena ulangtahun kelahiran Maryam yang bakal tiba tak lama lagi, me and mr hubby dah plan nak buat barbecue. Lagipun dah lama dah tak buat barbecue kat rumah ni. Sekarang ni pun duk fikir hadiah untuk Maryam. Hurm..think..think..think..think..


Monday, November 22, 2010

Dried Chilli Chicken with Cashew Nuts

Bahan-bahannya 
Isi ayam yang telah dipotong dadu kecil
6 ulas bawang putih - dicincang
Biji gajus - roasted 
6 tangkai cili kering - dipotong 3
Daun bawang
Minyak untuk menumis


Bahan A
1 sudu besar kicap cair
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar minyak bijan
3cm halia - dipotong dadu
1/4 garam
1 sudu besar air
1 sudu besar tepung jagung

Bahan B
1/2 sudu besar kicap cair
1/2 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar sos Worcestershire
1/2 sudu besar minyak bijan
1/2 sudu besar gula







  • Perap ayam dengan kesemua bahan A dan biarkan seketika.
  • Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih sehingga naik bau.
  • Masukkan cili kering. 
  • Kemudian barulah dimasukkan ayam yang telah diperap tadi. 
  • Kacau rata dan biar sehingga ayam masak.
  • Masukkan kesemua bahan B dan kacau rata. Tunggu sehingga lebih kurang 2 minit.
  • Masukkan biji jagus dan daun bawang. Kacau rata dan siap!..

.

Monday, November 15, 2010

Tak selesa di rumah sendiri..

Lately ni memang me and mr hubby memang tak selesa duduk dirumah sendiri. Ini gara-gara anak kucing yang comel. Ituhari ada tanya kat parents pasal anak kucing tu and diorang cakap itu neighbour belakang punya. Aduh!..

Bayangkan kalau kitorang duduk santai kat rumah, pintu dapur terpaksa ditutup gara-gara tak nak bagi anak kucing tu masuk ke dalam rumah kitorang. Selama ni tak payah nak tutup pintu dapur..angin luar + cahaya pun boleh masuk direct. Tapi semenjak adanya kewujudan anak kucing comel, terus pintu dapur terpaksa ditutup. Kang tak pasal-pasal habis segala macam hasil peninggalan kucing tu kat dalam rumah.

Memang pernah ada pengalaman time duduk rumah lama. Kitorang terpaksa beli alas meja untuk diikat dekat grill belakang rumah untuk mengelakan kucing yang lebih dari 5 ekor dari masuk ke dalam rumah.

Ini gara-gara maid neighbour belakang rumah yang selalu bagi makan kat kucing-kucing tu. Itu yang kucing-kucing tu selalu lepaking kat belakang rumah. Kitorang pun memang pernah bagi makan kat kucing-kucing tu tapi secara senyap. Kalau bagi secara terang-terangan, komfem kucing-kucing tu akan selalu menyinggah tanya khabar kannn.... :)

Pernah sekali time kitorang tak ada kat rumah, boleh pulak kucing tu beranak kat belakang mesin basuh kitorang!..Bolehhhh??

So nak buat macam mana ni?? Perlu ke nak gantungkan manila card yang tertera  sila simpan kucing anda dirumah..kerjasama anda amat dihargai  dekat leher anak kucing tu??

I bukannya tak suka kalau ada orang yang minat bela kucing malah masa kecik dulu pun memang pernah bela kucing..namanya black sebab kucing tu memang warnanya hitam. Tapi bukan ke lebih sesuai kalau kita jaga kucing kita dengan sebetulnya. Mungkin kucing-kucing tu kurang latihan kot.haaishh..


p/s: sekarang ni memang dah tak berani nak pegang kucing..

"no hands..two legs only"

Me : Abbas..shut the door..nanti cat masuk.

Abbas : Okey..

Me : Abbas tak lock ke?

Abbas : Tak apa..cat no hands..ada legs only..two legs..so cat tak boleh nak masuk pun.

Me : Errrr..ok!..


p/s: Ntah-ntah time tu Abbas duk bayangkan kucing pegang tombol pintu..itu yang boleh keluar ayat "no hands" tu..hehehehehehhe..

Thursday, November 11, 2010

Sakit perut

Aduhai perut..salah makan apa lah agakya ni. Semalam sakit perut sampai senak jadinya sampai la saat ni. Mr hubby cakap puncanya datang dari sotong celup tepung yang dibeli dekat satu gerai yang first time beli kat situ. Ntah la..

Cerita pasal sotong celup tepung ni, actually memang sotong tu dah tak fresh + lembik semacam je. Tapi tangan ni gatal jugak nak sumbat ke mulut. Tekak dinosour ke apa ni????

Me : Sakit perut la..
Mr Hubby : I pun sama..i rasa sotong semalam la..
Me : Ye ke? habis tu dah tahu sotong tu ada rasa semacam, apsal suruh i habiskan???
Mr hubby : ----------------tiada jawapan darinya--------------------------

Wah wah wah wah..dah tahu rasa lain macam pastu suruh wife dia habiskan. Sangatlah pandai..

Tuesday, November 9, 2010

Live from TGG

Bersiaran dari kampung halaman mr hubby dan ketika ini cuaca cerah dan kebarangkalian hujan mungkin akan turun pada petang ni..(macam tahu je hujan nak turun kan..)

Petang ni me and mr hubby akan pergi ke pantai bersama kiddos sambil menikmati sotong celup tepung. Aktiviti pasir tak payah nak cakap la kan. Harussss ada!..

Kiddos punya sand buckets, lofti (nama samaran bagi excavator) dan lori bigfoot memang sedang menanti untuk dikotorkan. Yeeehaaaaa!.. :)

Thursday, November 4, 2010

Aquaria KLCC

Memang awal-awal lagi dah rancang nak pergi Aquaria. Saja je nak bawak budak-budak pergi tengok ikan. Kitorang bawa atuk diorang sekali.

Sebelum nak sampai ke destinasi, singgah Life Care kat PJ dulu sebelum meneruskan sessi menikmati santapan tengahari di Cozy House kat Ampark Park. Time kitorang sampai Cozy pun dah sama time orang pergi lunch (kitorang pergi weekdays). So ramai la nak makan kat situ. Tapi bab menunggu makanan sampai memang tak lama. Sekejap je dah terhidang kat depan mata. Wah! very the cepat! I likeee.......

Menunya black pepper beef, asparagus goreng cili dengan belacan, tofu with salted fish, dried chilli chicken with cashew nuts, 4 nasi putih, 2 air suam (FOC) dan 2 air kosong (FOC). Bagus kan..minum dengan air kosong je. Table lain punyalah bekaler-kaler air yang di order padahal macam lah kat rumah makan nasi dengan carrot juice kan. (statement orang yang takut bujet lari memang cenggini la..)..Hehehehehehehe..


Black pepper beef..

Asparagus goreng cili dengan belacan..

Tofu with salted fish..

Dried chilli chicken with cashew nuts..

Dari Ampang Park nak ke Aquaria kitorang naik train je. Sesekali nak bawa budak naik train. Tapi macam tak berapa nak puas la coz jarak station dari Ampang Park ke KLCC cuma 1 station je. Ibarat baru nak syiok letak punggung dah kena bangun balik. Yang penting dapat jimat duit parking..cuma kena berjalan kaki untuk sampai ke Aquaria.


Tut..tut..naik Thomas & Friends..


Bila datang time weekdays ni memang pengunjung pun tak ramai mana pun. Masa kat dalam Aquaria tu, kitorang dapat tengok 2 kali sessi memberi makanan pada ikan-ikan yang bermacam-macam size ada. Waktu ni lah pengunjung yang nak tengok sessi tu berlepak kat lantai depan aquarium. Kalau datang weekend, comfirm sesak !




Piranha..

Belangkas..

Rasanya ni Arapaima kot..seriously besarrrrrr..



Mula-mula masuk dalam Aquaria tu terus jumpa aquarium piranha. Then kolam belangkas. Patutlah ada istilah 'berkepit macam belangkas' sebab belangkas yang kat dalam kolam tu memang berkepit berdua je. 

Seronok bila tengok bebudak ni enjoy tengok ikan-ikan kat dalam tu. Kalau nak dibandingkan dengan pergi genting itu hari, lagi berbaloi bawak budak-budak ni pergi Aquaria. Sebelum nak balik cuci mata dulu kat area souviner (mesti akan lalu area ni sebelum nak keluar). Dapat lah beli 2 fridge magnet. Cukup lah tu kan..dah nama pun takut bajet lari.


Nak balik rumah dah..penat la tu..



Bukan setakat spesis ikan je..spesis haiwan dan hidupan air yang lain pun ada.

Tuesday, November 2, 2010

Lala Bercili

Bahan-bahan
1 1/2kg lala
2 1/2 sudip cili boh
Daun kunyit-dihiris
Serbuk Tumix ikan bilis
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis

*tidak perlu ditambah air kerana lala tersebut akan kecut dan dengan sendiri akan mengeluarkan airnya. Tetapi kalau nak ada kuah, boleh la kalau nak tambah air.

Bahan untuk diblend
3 biji bawang besar
5 ulas bawang putih


  • Panaskan minyak.
  • Masukkan bahan yang telah siap diblend sehingga naik bau.
  • Kemudian masukkan cili boh.
  • Masukkan Tumix ikan bilis.
  • Bubuh garam dan gula secukup rasa.
  • Masukkan lala dan kacau rata. Tunggu sehingga lala masak.
  • Taburkan daun kunyit dan kacau rata.
  • Biarkan lebih kurang dalam 5 minit dalam keadaan api yang sederhana barulah ditutup api.

Chili's at Empire Mall

Komfem ramai jugak yang tahu restoran Chili's ni kan. Tapi tak bermakna mana yang tahu restoran tu dah pernah makan kat situ. Termasuklah dengan tuan empunya badan ni. Yup! ini pertama kali i makan kat Chili's. Jakun ke?? Hehehehe..

Hari ni last day sale untuk permainan Lego. Kalau tak silap up to 50%. Okey la kalau harga asal dalam RM179.90 then ada 50% diskaun (tolong kira sendiri). Abbas and Azziz dah bising mulutnya nak itu lah..inilah..itulah..inilah..Mr hubby pun sibuk membelek satu persatu Lego kat situ. Haaishh..berminat nampak?

Abbas : Papa, Abbas want this can tak?
Mr hubby : Okey..we go eat ice-cream first.

Wah! mr hubby sedang cuba mengawal keadaan dengan memberi umpan ais-krim.




Ingatkan bila datang waktu ahad malam tak ramai pengunjung tapi tidak sama sekali. Kena tunggu turn pulak..lagi 25 minit baru dapat table. So lepas je bagi nama kitorang pun terus bersiar-siar (bersiar la sangat kan) kat dalam tu sementara nak tunggu lagi 25 minit.

Tengok-tengok je..


Punyalah bersiar-siar, invest lagi beli baju tidur untuk Abbas, Azziz dan Maryam. Untuk mama diorang? Errmm..takpelah..lain kali.


Ok..sampai chili's, kitorang order 2 main course and bebudak ni dapat makan free coz kat chili's, kalau order 1 main course dapat satu free meal for kid. So kitorang order 2 main course and dapatlah 2 free meals for kids. Bagus la sangat..jimat sikit!..Untuk desert pulak kitorang pilih Brownie Sundae..share anak-beranak.



Grilled Chicken Platter for Azziz..share with Maryam..

Cheese Pizza for Abbas..masam and memang lah Abbas suka..ini pun share dengan Maryam..

Flame-Grilled Ribeye for me..served with mashed potatoes, garlic bread & steamed broccoli..

Cajun Ribeye for mr hubby..served with black beans (x best), garlic bread &  jagung sebatang tu..

Brownie Sundae..

First time makan kat Chili's ni, bagi i, side dishes nya tak berapa menarik sangat. Sedap lagi dekat Kenny Rogers. Perasan tak ada macam satu scoop warna putih kuning kat atas ribeye tu? Itu garlic butter. Sedap jugak. Lepas ni kalau nak buat steak, nak letak garlic butter sekali.

Keseluruhannya i suka dengan steamed broccoli, ribeye, and desert yang kitorang order. Yang lain macam black beans, pizza and mashed potatoes tu kureng sikit. BUT...itu komen bagi menu yang i makan ok. Menu yang lain tu sendiri pergi cuba rasa.







Cuba mengajar isyarat 'best' kat Azziz..


Time me and mr hubby tengah syiok makan, Abbas dan Azziz dah tak sabar nak pergi beli Lego sampaikan tak nak tunggu ais-krim dia sampai. Padahal dari rumah lagi dah bising nak makan ais-krim. Last minit mr hubby pun buat keputusan nak belikan Lego untuk anak-anaknya tercinta.

Tapi apakan daya..time mereka bertiga nak pergi beli, tempat tu dah siap kemas-kemas nak tutup. Sebagai ganti, singgah kat 7-Eleven belikan toys untuk mereka bertiga. Barulah adil kan.
Related Posts with Thumbnails