Pages

Friday, January 28, 2011

Fish Lips

Siapa pernah cuba ambil gambar sambil memuncungkan bibir ataupun sambil menjelirkan lidah keluar. Apakah yang anda rasa??

Entahlah..tapi yang pastinya trend bergambar sambil melakukan kedua perkara tu memang dah sinonim dengan kaum perempuan.

Apakah motif sebenarnya yang cuba ditunjukkan. Adakah ia termasuk dalam aksi-aksi bergambar secara spontan ataupun ia sebagai ganti pada tanda dua jari dinaikkan (peace).

But serius lah..tak faham betul apsal nak bergambar macam tu. Nampak kiut sangat ke? kalau kiut, ni yang nak kena try buat ni..hehehehehehe..





*




*




*











Tak dapek den nak bayangkan kalau den buek.. :)

Wednesday, January 26, 2011

Kacang Panjang Goreng Cili

Bahan-bahannya
8 batang kacang panjang
2 ulas bawang putih-dihiris / diblend / ditumbuk
1 biji bawang besar-dihiris / diblend / ditumbuk
2 sudu cili boh
1 sudi teh pati ikan bilis
1/2 cawan air
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis


 
  • Tumiskan bawang merah, bawang putih serta cili boh sehingga naik bau.
  • Masukkan sekali pati ikan bilis.  
  • Tuangkan air. Biar mendidih.
  • Masukkan kacang panjang dan garam secukup rasa. Kacau rata.
  • Hidangkan panas-panas.

Tuesday, January 25, 2011

TAG..25 random thing about me..

Dapat TAG lagi..kali ni dapat dari kak kasih dari kasihredha. So bila dah dapat TAG ni, silalah buat ye..

 
"Once you have been tagged,you are suppose to write a note, with 25 random thing, fact, habits or goal about you. At the end, choose 25 people to be tagged. You have to tag the person who tagged you. If I tag you, it's because I want to know more about you. Your cooperation is highly appreciated."
Check it out!

  • Me merupakan anak ke-4 daripada 4 orang adik beradik. So kiranya yang bongsu and that's why my family panggil i adik.
  • Suka melihat kecantikan dan kesegaran bunga yang ditanam dilaman tapi tak tahulah apsal sampai je kat tangan i ni..terus lingkup tanaman tu. Orang kata itu maknanya tangan busuk..(sesuka hati je buat perumpamaan macam tu kan... Mini garden yang kononya beriya nak buat pun dah rupa garden tangkap muat je.
  • Mempunyai dua orang anak lelaki dan seorang anak perempuan.
  • Mr hubby cakap i pandai membebel. Dia yang cakap..bukan i yang cakap tau..hehehehehe
  • Suka dengan warna-warna yang berani macam merah. Hitam pun suka..semuanya suka lah..janji mata sendiri yang syiok je tengok.
  • Tak suka menunggu dan buat orang lain tunggu. Agak-agak kalau nak jumpa pukul 2pm, tolong sampai tepat pada waktunya. Tapi kalau agak-agak lambat sampai, tolong bagitahu. Jangan sesukahati je cakap "dah nak sampai " tapi hakikatnya diri sendiri tak sure lagi berapa minit nak sampai.
  • Paling lah pantang kalau bila call or sms tak dijawab tanpa sebarang alasan munasabah. Pernah sekali tu i jez nak call and sms sebab nak tanya komfem atau tidak untuk datang pada satu majlis ni..boleh pulak keesokkan harinya barulah call / sms i tu dibalas pastu "eh, semalam ada call / sms ek?". Wah..wah..wah..wah..terang-teranglah report sms tu memang mengatakan sms telah diterima and panggilan tu memang berdering pastu boleh pulak tanya soalan macam tu. Ceh! sabar je lah..Kalau tak nak datang, cakap je tak nak datang.
  • Seorang yang rabun.
  • Seorang yang boleh jadi loyar buruk, minah lawak and serius. Of course la kan..takkan most of the time nak loyar buruk pulak. Kang tak pasal-pasal orang keliling kita pulak tension dengan attitude kita.
  • Hampir setahun setengah tidak dapat menggunakan tangan ketika nak makan nasi tapi terpaksa menggunakan sudu dan garfu. Ini bukan pengaruh dari drama korporat kat slot samarinda tu ye. Tapi kerana disebabkan eczema pompholic yang secara tiba-tiba ada. What to do? anyone here yang ada petua? Share with me okey..
Fuhh! apalagi ek..15 more to go..

  • Pernah memiliki rambut panjang sehingga paras pinggang. Itu zaman sekolah rendah la..Sekarang ni tak boleh nak bagitahu la kan..
  • Sebelum wujudnya Uniquely Me..? ni, jangan haraplah nak stay sampai lewat malam melainkan dihujung minggu. Tapi sekarang ni pukul 3 pagi pun belum tentu dah tidur. 
  • Sebelum wujudnya blog ni juga, i lebih kepada bercucuk tanam di farmville, barn buddy dan sunshine ranch yang ada dekat FB tu. Pukul 5 pagi sanggup bangun nak kutip hasil tanaman sebab tak nak bagi orang lain curi. Tapi bila dapat curi hasil tanamn orang lain..perrgh, memang sukalah sangat. Masa bulan puasa lepas sahur sementara nak tunggu azan subuh, komfem kuitp hasil dulu. Itulah penangan game bercucuk tanam. Tapi sekarang tidak lagi.
  • Bukan jenis yang mengadap depan tv. Tapi sekarang ni tengah layan Lagenda Budak Setan the series dan slot lestari dekat tv3. Sinetron ke..megatron ke memang i tak layan.  So maknanya dalam seminggu tu 2 kali je lah i akan ingat drama yang i layan. Yang lain tu agak-agak mr hubby layan best yang jenis tak ada sambung-sambung, i follow je.
  • Suka dengan ulam petai, jering dan kerdas. Wahahaha..semuanya busuk! Tapi itu yang terbaik. And i lah yang menjadi guru kepada mr hubby agar makan maggi bersama petai mentah. Kemain suka dia. Lauk rebung dengan daging tetel pun my feveret..marvelicious! Baunya sungguh menusuk kalbu..hehehehe..
  • Boleh buat 2 benda dalam satu masa. Contohnya, sementara i menuggu lauk nak masak, i akan cuba lipat kain ke..sidai baju ke..mandikan kiddos ke.. Thats why mr hubby cakap i unique!
  • Me, my self and i bukan jenis yang bangun awal. Oh! jangan ingat i ni jenis yang over tidur ok. Cuba u bayangkan kalau i tidur pukul 3.00am or 4.00am. Don't expect i nak bangun awal ok. My body perlukan at least 6 hour untuk tidur. Lepas subuh komfem sambung tidur balik. Yang penting semua kerja dibereskan.
  • Suka bila tengok rumah berada dalam keadaan yang kemas dan teratur. Sedap je mata memandang.
  • I boleh mop lantai dan basuh baju di tengah malam which is orang lain pun tak prefer nak buat and suka vacum tak ikut time. Kalau tetiba malam tu nampak carpet ada benda yang perlu di vacum, pasti akan di vacum. Padahal time tu dah nak masuk tidur dah. Mr hubby dah sound dah. Tapi..(kalau tak ada tapi tak boleh ke?)
  • Masa kecil dulu pernah kena sampuk. Betulllll..tak tipu. Apa yang i ingat masa tu tengahari and lepas buat sampah terus pergi belakang rumah mak cik sebab nak tengok rambutan. Tetiba terus lari balik rumah and tidur. Lepas tu dah tak berapa nak ingat. Siap pandai cakap perkataan tamil tu. Tapi tak adalah dapat buat susunan ayat yang teratur. Sampai sekarang ada diantara sedara yang bila jumpa i komfem akan cakap "amma..appa"..Ceh! perli nampak.
  • Masa baru kawen dulu pernah drive secara tak halal all the way from KL to kampung mr hubby, Kuala Terengganu. Ini kes bagi muka la ni. Maklumlah baru lepas kawen. Lepas tu dapat saman ekor terus mr hubby tak bagi bawa kereta. Hambik kau! Tapi sekarang dalam proses nak ambil lesen.
  • Memiliki diploma dalam bidang rekabentuk dalaman. But seriously my sketching is very very bad. Tahap tak boleh blah. But i more to autocad. Pergggh! dah lama tak pratikkan.
  • Tak minat menjahit sebab memang tak reti dan malas nak ambil tahu. Pernah sekali dulu i hanya menggunakan gam gajah semata-mata nak lekatkan bahagian kain yang dah terbuka dan pernah juga menjahit butang baju kemeja dengan versi benang yang pelbagai warna. Dan-dan tu ada dalam 3-4 butang baju yang tercabut. So ada 3-4 versi warna benangnya la jugak. Time tu tengah bercinta dengan mr hubby and boleh pulak dia perasan. Nak tak nak dia kena redha je lah kan.
  • Sukar untuk membeli wallet dan sandal. Tapi kalau ada yang bagi free, amik je lah. Tak yah cakap banyak. Bukan selalu orang nak bagi free kan.
  • Itulah fakta paling jujur mengenai owner blog ni. Now my turn nak TAG blogger lain yang lain pulak. Maaflah kerana tidak bertindak mengikut arahan..tak cukup 25! :)


P/s: Lerrrr..Apsal entry kali ni banyak perkataan mr hubby ek? 

      Saturday, January 22, 2011

      Uniquely Me..? sudah setahun usianya

      Actually memang tak sangka akan mempunyai blog sendiri. Tapi pejam-celik pejam-celik dah pun setahun usia Uniquely Me..?

      Orang yang memberi sokongan is mr hubby. Dialah yang duk pot-pet pot-pet "you tak nak buat blog ke?". Katanya selain boleh tambahkan aktiviti masa lapang manalah tahu kot-kot boleh menjana RM ke. Wah!

      Isi masa lapang ye..entry pun banyak dibuat time yang sepatutnya buat tahi mata.

      Pada mulanya memang respon yang diberi pada mr hubby memang tidak memberangsangkan. Time tu fikir what for nak ada blog? nak buat cerita apa? and bla..bla..bla..bla.

      Akhirnya pada 22 jan 2010 wujudlah entry pertama my first blog..my first write up. And masa awal pembabitan dalam dunia blogging ni pun tak banyak entry yang dibuat. salah satu sebabnya masa tu macam tak sepenuh hati untuk berblogging and soalan yang kerap mr hubby dengar dari wife nya ni is "perlu ke untuk i cerita semua apa yang i buat? Tak ada privacy la macam tu".

      Dipendekkan cerita..walaupun mungkin tak sebanyak entry dari blogger-blogger yang lain tapi semakin hari semakin banyak entry yang dibuat. Bila difikirkan satu sudut, bagus jugak ada blog ni sebab salah satu label yang dibuat dalam Uniquely Me..? ni menceritakan hal anak-anak.

      So dapatlah kiddos baca bila mereka dah besar nanti. Benda ni kan tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas. Gambar pun komfem akan berada dalam keadaan yang baik.

      Dipendekkan cerita lagi (nampak sangat macam cerita ni panjang..hahahaha), i ingin mengucapkan terima kasih kepada mr hubby atas sokongan dan dorongan yang telah diberikan.

      Mr hubby lah yang memberi kritikan atas olahan ayat yang dibuat. Serius, bila baca entry yang lepas..macam kelakar je. Takpelah..terima je lah seadanya sebab dah bertahun tinggalkann ayat-ayat yang spesis karangan ni. Nak karang ayat cinta pun tak reti (eh! ye ke?)..inikan pula ayat spesis karangan kan.

      Tak lupa juga pada kak Liana kerana sudi membantu memberi ilmu selok-belok tentang blog. Really appriciate it!. Siap chating kat fb lagi tu sebab nak tanya macam mana nak buat watermark la..tukar template la.

      Ucapan macam lepas dapat award pulak..hahahaha..

      Akhir sekali untuk family members yang rajin jugak menyinggah dekat blog ni dan juga followers yang sudi follow Uniquely Me..? Thank you!

      Why Uniquely Me..? coz i think the uniquely itself is pretty much unique!..no other reason. :)



      P/s: Tetiba tengah buat entry khas ni, mr hubby tetiba datang dari belakang dan terus memberi kata perangsang. Wah! support bebenor ye..

      Santai bersama di waktu petang

      .









       Azziz.."yeah, i'm very strong"..





       Tendangan menggunakan selipar.. :)

      Hurm..apalah yang difikirkan Azziz tu.. :)


      .

      Friday, January 21, 2011

      Resepi Daun Bawang Putih

      Bahan-bahannya
      1/2kg daun bawang putih-dipotong selebar 3cm
      1 biji bawang besar-dihiris
      3 ulas bawang putih-dihiris
      1 sudu besar sos ikan
      1 biji lobak
      1 sudu teh serbuk pati ikan bilis
      1 cawan air
      Garam secukup rasa
      Minyak untuk menumis



      • Tumiskan bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau.
      • Masukkan lobak merah serta serbuk ikan bilis.
      • Masukkan air dan biar sehingga mendidih.
      • Bubuh garam secukup rasa.
      • Kemudian dimasukkan pulak daun bawang putih.
      • Masukkan sos ikan dan kacau rata.
      • Boleh dihidangkan.

      Mungkin ada yang panggil dengan panggilan yang lain dan ada juga yang panggil daun ni dengan panggilan sayur kucai bawang.

       Inilah rupa daun bawang putih tu..

      Wednesday, January 19, 2011

      Bantuan diperlukan..bloggers tolong sebarkan..

      Email baru sahaja i terima tengahari tadi dimana adik Muhamad Hairuman Bin Miskan yang sedang derita akibat terkena renjatan elektrik. Memamg agak terkejut ketika melihat gambar-gambar yang disertakan sekali dalam email tersebut.

      Antara kandungan email tersebut..

      “Salam sejahtera, Di sini Kami ingin berkongsi penderitaan adik Hairuman dengan anda semua. Untuk makluman anda adik Hairuman merupakan anak yatim piatu. Dia sudah kehilangan ibu bapanya sejak beliau berumur 5 tahun lagi. Hairuman merupakan anak keempat daripada 6 adik beradik dan dua orang kakaknya adalah golongan OKU.

      Kini hanya kakak Hairuman yg bertungkus lumus menyara keluarga dengan pendapatan tidak seberaapa iaitu dengan menolong suaminya menjual air buah. Sebelum ini Hairuman cuba membantu meringankan beban keluarganya dengan melakukan dua pekerjaan iaitu bekerja di kilang dan pemungut kelapa sawit. Malang menimpa keluarga ini apabila Hairuman ditimpa kemalangan semasa memungut kelapa sawit. Adik Hairuman terkena kejutan elektrik akibat daripada kabel elektrik yg berkuasa tinggi yg tiba2 terjatuh dan menimpa adik Hairuman. Badan adik Hairuman 50 peratus melecur dan memerlukan kos yang amat tinggi untuk menampung kos perubatan. Keluarga Adik Hairuman cuba meminta bantuan daripada badan2 yang berkenaan untuk membantu keluarganya dan dirinya tetapi sampai sekarang tidak mendapat sebarang jawapan…Di sini kami merayu kepada tuan/puan supaya menolong adik Hairuman..walaupun rm1 seorang sudah memadai meringankan beban adik Hairuman .Marilah sama-sama kita membantu adik Hairuman setakat terdaya. Disini saya sertakan bukti mengenai adik Hairuman.












      Hari ni dia memerlukan bantuan..manalah tahu esok lusa mungkin hari kita pulak kan. Semoga Allah membantu meringankan penderitaan adik Hairuman. Tolong sebarkan dan dermalah seikhlas hati.

      no acc maybank puan maryuni bt miskon,

      1620 3063 2448

      no acc cimb puan maryuni bt miskon,

      1257 0000 2035 29

      No telefon puan maryuni,
      018- 3807867
      Alamat puan maryuni,
      Alamat: No 28, Jalan Desa Mawar 2/11,
      Seksyen 2. Taman Desa Mawar,
      45500 Tanjong Karang, Selangor.


      Tajuk yang sesuai?

      Sambil berblogwalking tiba-tiba Abbas bangun dan menangis. Tak tahulah apa sebabnya. Tapi bila ditanya kenapa, katanya "Abbas tired".

      Oh sekarang Maryam pula menyusul. Yang pastinya Maryam tak tired tapi nak menyusu. :)

      Monday, January 17, 2011

      Entry ekspress.. :)

      Ketika ini hanya tinggal me and Lil' Princess berdua di rumah..Abbas and Azziz dah follow papa diorang pergi KL meninggalkan blocks yang bertaburan di atas lantai. Sabar je lah..hmmm sunyi pulak rumah ni..

      Apa nak buat? Semua kerja yang asas dah dibereskan. Ingatkan nak basuh stroller tapi cuaca tidak mengizinkan pulak. Tidur? Tak terasa pulak.. chatting? Lagilah malas. So marilah kita berblogging. Itu yang lebih afdal..hahahahaha.

      Sekarang ni sibuk duk promosikan astrok first kan..Tapi pada pendapat perbadi macam kesian lah pulak dekat industri filem tempatan. Ialah kan..dalam waktu yang sama filem tu ditayangkan dekat wayang, boleh lagi peminat-peminat filem yang lain tengok dekat rumah.

      Okey jugak kalau macam tu sebab bagi yang tak pergi panggung, tak adalah ketinggalan nak tengok filem tu. Akan tetapi..

      Cuba fikir satu sudut pulak..pihak astro ni tak terfikir ke kot-kot ada lanun-lanun pencetak ni yang langgan astro first diorang tu pastu rekod filem tu and copy dalam bentuk dvd. Tak ke lagi menyongkong lanun-lanun tu.

      Memang tak dinafikan yang i pun pernah beli dvd lanun tapi kalau tak adalah terang-terang nak support lanun ni macam yang astro first tu. Cover line lah sikit kan. hehehhe..

      Entahlah..mungkin pihak astro dah kaji sedalam-dalamnya sebelum buat apa-apa keputusan tapi rasa-rasanya kan..kalau ada filem yang ala-ala star wars ke..transformers ke..spiderman ke..tomb raider ke..ada tak ditayangkan dekat astro first?

      Sebab sekarang ni cuma 3 filem yang ditayangkan dekat astro first and ketiga-tiga tu adalah filem tempatan..*nail biting..

      Saturday, January 15, 2011

      Restoran Hokkaido

      Malam tadi dinner dekat restoran hokkaido yang terletak bersebelahan dengan Vistana Hotel Kuala Lumpur. Lama dah tak pergi sana..bertahun la jugak. Masa sampai sana rasa macam lain je sebab sebelum ni kalau makan komfem dekat meja yang ala-ala romantik siket (kurang pengcahayaan).

      Disebabkan malam tadi ramai customer + hujan, so kitorang lepak dekat zon berhawa dingin. Tak dapat lah nak beromantika bagai..

      Menu dinner malam tadi is chilli crab, sizzling tofu, butter prawn, pak choy, 2 plain rice, chinese tea and air tembikai. Actually tujuan datang makan kat situ pun sebab nak makan chilli crab.




      Chilli crab..

      Sizzling tofu..

      Butter prawn..

      Garlic pak choy..







      Lobster..



      Ikan yu..







      Luaran restoran ni memang sebijik kelihatan seperti restoran cina..ada dijual minuman keras sekali and memang tak nampak status halal kat situ (sebab ada jual air keras tu kot). Tapi memang ramai customer melayu makan kat situ and itu lah salah satu sebab kitorang berani makan kat situ selain dari ada tanda No Pork Served.

      Lagi satu, sepanjang makan kat situ, selain dari menu sayur kitorang just order seafood.




       P/s: Ada sesiapa yang tahu info pasal restoran ni? Bolehlah share info tu kat sini ye..

      Friday, January 14, 2011

      Tak berapa nak fresh..

      Rabu lepas badan rasa tak fresh. Dengan sengal kat tengkuk la..sakit kepala la..sakit tekak la..ulser la..sengal sendi la..and demam pun ada. Bila dah makan panadol lepas tu rasa fresh sikit. Tapi bila sisa panadol tu dah hilang dari badan ni, start la balik dengan pakej-pakej yang dah disenaraikan.

      Tak pergi klinik pun tapi dr sue (ya, diri sendiri..hehe..) kata memang komfem demam. Kalau tidak takkan lah semalam dengan cuaca yang agak cerah boleh pulak selubung dalam comforter. Padahal lepak bawah kipas je and bukannya duduk dalam kawasan air cond pun.

      Dalam bilik pun dah standby panadol kot-kot tengah malam bila memerlukannya, tak payah susah nak turun bawah pergi dapur ambil panadol. Tapi hari ni rasa fresh sikit. Panadol pun makan sekali je. Alhamdulillah..

      Wednesday, January 12, 2011

      Mineral Water or Drinking Water?


       

       
      MINERAL WATER : Bagi penutup botol yang berwarna selain dari putih (biasanya warna hijau ataupun biru) adalah diambil dari sumber air mineral semulajadi yang telah melalui proses tertentu dimana memang diketahui bahawa mineral semulajadi memang bagus untuk kesihatan.

      DRINKING WATER : Untuk penutup yang berwarna putih pula adalah di ambil dari bekalan air paip yang telah ditapis. No health benefits.

      Dulu-dulu tak tahu pun apa bezanya penutup botol yang berwarna putih dengan warna yang lain. Kalau beli komfem ambil yang murah. Tapi sekarang tidak lagi. Kalau tak bawa bekalan air dari rumah, penutup berwarna yang selain dari warna putih akan menjadi pilihan dihati. Alang-alang nak beli, baik beli air mineral kan.

      Patutlah harga pun berbeza padahal datangnya dari brand yang sama.


      *image and info by spritzer.com

      Tuesday, January 11, 2011

      Sambal Tumbuk Ikan Bilis

      Bahan-bahannya
      Segenggam ikan bilis
      3 tangkai cili padi
      1/2 sudu teh garam
      1 sudu teh perahan limau nipis / kasturi
       
      *kalau malas nak guna batu lesung, guna blender je. Tapi guna blender jenis yang kering. Jangan guna blender jenis yang basah tu..



      • Tumbuk / blend ikan bilis, cili padi dan garam sehingga sedikit lumat.
      • Bubuh perahan air limau nipis / kasturi dan gaul rata.
      • Siap!

      Monday, January 10, 2011

      Tak kelakar sangatpun..tapi tersengeh la jugak

      Khamis yang lepas kena gunakan dapur gas untuk masak nasi sebab periuk nasi tiba-tiba tak berfungsi. Padahal tengahari tu elok je panaskan nasi. Terus call mr hubby nak mengadu la kan. Sambil duk mengadu sambil duk pot-pet pot-pet kat dalam telefon.

      Me : Bi..nak tahu tak? 
      Mr hubby : Apadia?
      Me : Periuk nasi kita dah rosak. Tengahari tadi ok pulak.
      Mr hubby : Iya? So nak kena beli baru la ni?
      (Perlukah untuk wife nya ni menjawab soalan yang terang-terang dia pun dah tahu jawapannya? Yes! memang perlu kerana itu adalah satu soalan yang memerlukan jawapan!)
      Me : Yelah..

      Petang balik kerja mr hubby terus cuba on kan periuk nasi tu. Nak check jugak biar puas hati tapi tak berhasil. 

      So Sabtu lepas kitorang pergi lah beli periuk nasi. Sampaikan lebih kurang dalam sembilan kedai elektrik kitorang survey termasuklah Giant dan Carrefour. Mr hubby ni jenis yang suka survey barang sebelum nak beli. Katanya biar jadi pembeli yang bijak. Follow je lah..

      Akhirnya dapatlah beli periuk nasi yang baru kat Taipan. Siap dapat perangkap tikus as a free gift. Agak musykil jugak sebab apa kena mengena beli periuk nasi dekat kedai elektrik pastu dapat hadiah percuma perangkap tikus? Tapi ambil je lah. Janji free..hahahahaha..

      Sebelum dapat beli tu kitorang lepak dekat Secret Recipe. Mr hubby nak makan kek pulak. Time pergi SR tu pulak dapat percuma a cup of coffe / tea kalau beli sepotong kek. Beli 3 slices, dapatlah 3 cup. So haruslah suka kan..


       Chocolate strawberry..pilihan Abbas..

       Chocolate chip walnut..pilihan Azziz..

       Chocolate fudge..ini i yang pilih..hehehehe..

       White coffee..

       Abbas with his chocolate strawberry..

       Azziz with his chocolate chip walnut..

      Lil' Princess with her finger.. :)



      Okey..sampai je rumah and sebelum nak nak buangkan periuk nasi yang dah 5 tahun lebih berkhidmat untuk kitorang, mr hubby check lagi kot-kot wayar tak masuk rapat. Check punya check sekali boleh berfungsi pulak. Memang betul wayar tak masuk rapat.

      Dan-dan tu i baru teringat yang Khamis hari tu punyalah beria tekan button on sampai tergerak periuk nasi tu which is memang logik wayar belakangnya longgar. Kalau ada yang tak faham, buat-buat faham coz payah nak terangkan kat sini..hahahaha..

      Pendek cerita, semangat untuk merasmikan periuk nasi yang baru tidak tercapai. Jangan haraplah nak guna yang baru kalau yang lama masih lagi berkeadaan baik.

      Lepas tu masing-masing duk tersengeh-tersengeh. Dah lah beria pergi survey lepas tu boleh pulak menanak nasi kat dapur gas padahal periuk nasi still lagi okey.

      Pasta Goreng

      Bahan-bahannya
      500g small shell pasta-direbus dahulu
      Daging hancur-ikut sukatan sendiri
      2 ulas bawang merah-dihiris
      1 ulas bawang putih-dihiris
      2 sudu besar kicap manis
      1 mangkuk mix vegetable
      1 sudu besar chilli flakes
      Garam secukup rasa
      Minyak untuk menumis

      *kalau masak untuk anak yang tak makan pedas, boleh diasingkan terlebih dahulu sebelum chilli flakes dibubuhkan. So tak perlu nak masak 2 kali.



      • Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah serta bawang putih sehingga naik bau.
      • Masukkan daging hancur. Biar sehingga daging masak.
      • Barulah dimasukkan mix vegetable. 
      • Bubuh garam secukup rasa dan gaul rata.
      • Kemudian dimasukkan pula pasta yang telah siap direbus.
      • Masukkan kicap manis dan chilli flakes.
      • Gaul rata and sedia dihidang!

      Sunday, January 9, 2011

      Sunway Lagoon Theme Park

      Kembali bersiaran dilewat malam..hehehehe..okey, ni nak buat entry pasal program Isnin yang lepas. Actually last Monday kitorang pergi bermain air di Sunway Lagoon. Teringat pulak masa first time pergi sana sempena family day tempat ayah bekerja. Kalau tak silap masa tu masih sekolah rendah kot.

      Pergi hari Isnin ke? Iya..memang kitorang pergi hari Isnin sebab nak elakkan dari terlebih mencuci mata dihari Sabtu / Ahad..hehehehehe..Walaupun Sunway Lagoon tu terang-teranglah memang dibuka untuk public tapi kitorang malas nak pergi masa hari puncak. Kebetulan pulak mr hubby cuti pada Isnin lepas + tiket yang kitorang dapat pun valid till 3 jan je. So memang time yang sesuai.

      Sebelum nak bermain air tu, kitorang mulakan dengan aktiviti melihat spesis-spesis haiwan yang ada dekat dalam tu. Part yang paling best is bila jumpa dengan peacock. Pernah tak dengar cerita pasal burung merak yang bongkak?

      Rasanya si merak ni memang bongkak sebab bila tiba je orang ramai nampak si merak ni duk terkedek-kedek berjalan, dan-dan tu lah si merak ni terus kembangkan bulunya. Ala-ala show off gitu. Hahahahaha..

      Tapi memang tak dinafikan memang cantik je bila bulu merak tu dah kembang. Lepas tu pandai lah pulak si merak tu boleh pose. Kejap-kejap pose ke kiri..lepas tu ke kanan..lepas tu kedepan. Tapi bila ada seorang budak perempuan yang cuit belakang si merak tu, terus je si merak tu terkejut. Ala-ala terkejut macam makcik yang melatah.






      Time ni si merak nak menguncupkan bulunya..



       Ini ada arnab dan kura-kura..dah macam ikut buku cerita sang arnab yang berlumba dengan sang kura-kura pulak.. :)

       Ketiga-tiga ekor burung tu memang elok je duduk diam..

       Iguana..

      Gemuk kan ikan tu..

      Kemudian kitorang terus lepak main dekat permainan yang ada kat situ tapi tak semua yang kitorang main. Cuma main satu je. Entah apa namanya. Yang pasti jenis yang Abbas, Azziz and Maryam boleh naik sekali. Tapi mr hubby ada naik kapal lanun..sekali bila kapal tu dah bergerak, tak lama lepas tu kepala diatas and kaki dibawah. Memang scary!


      Haa..inilah yang kitorang 5 beranak naik..




      Tengahari dalam pukul 12.45 hujan turun sangatlah lebat. Sambil nak menuggu hujan reda sikit, mr hubby beli 2 cawan air and 1 popcorn dengan harga RM18.00. Sila percaya dengan harga itu ye! Tersangatlah mahal..Tapi memang dah tak ada pilihan so belilah juga. 

      Lepas selesai zohor and hujan pun dah reda, apalagi yang perlu ditunggukan..sessi bermain air terus dimulakan. Abbas and Azziz kemain xcited lagi tapi Maryam tak berapa nak enjoy coz airnya sejuk.  Kesian tengok Maryam yang menggigil. Lepas bagi dia minum susu terus je dia tidur sampai dah dekat nak balik barulah Maryam bangun.


       Ini memang khusus untuk kanak-kanak..



      Ini macam sungai la..













      Time ni Maryam memang dah start sejuk..

      Turn Maryam pulak naik pelampung ikan tu..



      Tolak jangan tak tolak.. :)


      Bercanda dipersisiran pantai buatan manusia..





      ZzzzZZzzzZZzz..

      Okey sekarang nak cerita pasal staff kat situ. Tak tahulah kenapa staff kat situ masing-masing bajet bagus je. Dalam 5-6 orang staff yang kitorang berurusan semuanya tak mesra pelanggan. Sampaikan ada seorang tu kemain bagus je tegur i tak boleh masuk surau kalau basah. Memang tak salah kalau nak tegur tapi cara dia pandang tu yang ntah apa-apa ntah. Sabar je lah.

      Lagi satu logik sikit la kan. Takkan lah lepas duk puas bermain air kat kolam tu terus je nak masuk surau pulak kan.

      Masa hari tu memang hujan lebat and sikit sebanyak memang ada kena air hujan so thats why lah sebelum main air pun i dah basah. Ceh! Dah lah sebelum tu bila tanya staff yang lain kat mana surau? boleh pulak dia jawab surau tak ada tapi bilik sembahyang ada. Ada beza ke?

      Aduh! siapalah nak bayangkan surau sebesar taman kat rumah i ni ada kat dalam Sunway Lagoon tu. Bilik khas untuk sembahyang tu terang-teranglah dipanggil surau. Tak tahulah kot itu sebenarnya memang dipanggil bilik sembahyang and bukan surau. Tapi kalau yang kat shopping mall tu pulak terang-terang tulis perkataan surau macam mana pulak?

      Belum lagi bab turn mr hubby berurusan dengan staff kat situ lagi. Tak apa..abaikan je. Anggaplah itu sebagai kelemahan yang perlu mereka perbaiki.

      Okey sambung balik..

      Kalau nak diikutkan memang ada beberapa area yang kitorang tak jelajah. Lagipun kalau setakat nak bagi budak main air, cukuplah lepak dekat children pool.




       Sementara tunggu papa diorang mandi, masing-masing buat kerja nak pam pelampung lagi..

      Lepas puas main air and bersihkan kiddos, terus masuk Sunway Pyramid bagi mengenyangkan perut yang dah menyanyi lagu keroncong. Kitorang lepak makan kat Hartz Chicken buffet and sangatlah berbaloi kalau nak dicomparekan dengan harga makanan dekat dalam Sunway Lagoon.


      Hartz Chicken buffet..

      Bagi sesipa yang nak masuk ke Sunway Lagoon, anda dinasihati supaya tidak membawa bekalan minuman atau makanan dari rumah kerana memang tak boleh nak bawa masuk kat dalam tu. Bag pakaian akan dicheck and sia-sia lah kalau ada yang bawa bekal mee goreng ke..nasi lemak ke..sebab kat situ juga akan kena buang. Air mineral botol besar tu pun jangan haraplah nak lepas masuk. So lupakan lah hasrat untuk bawa bekalan dari rumah ok. Sebelum nak pergi tu, makan lah banyak-banyak. Tapi kalau memang perut dah lapar sangat, nak tak nak kena beli jugak kat dalam tu.

      Related Posts with Thumbnails