Pages

Friday, February 24, 2012

Alhamdulillah..aktiviti harian bermula kembali

Selasa hari tu, Alli dan Maryam dah boleh nak golek-golek kat rumah. Meaning that diorang dah discharge. Yes! I'm happy but dalam masa yang sama jugak kerisauan masih lagi berada dalam hati ni.


 Maryam cakap barney dia pun fever..itu yang dia amik syringe bagi makan ubat kat barney..:)

 Nak pegang baby Alli jugak..

 Tunggu time nak balik rumah..


Tentang Maryam..
Masa awal dia dimasukkan wad disebabkan demam + positive with Leptospirosis, ada satu blood test yang dibuat dimana ianya dihantar ke makmal IMR (Institute for Medical Research) telah pun diketahui masa Maryam dimasukkan ke wad semula untuk episod ke 2.

Resultnya menunjukkan Maryam berkemungkinn positif Leptospirosis dan juga berkemungkinan negatif. So beberapa sehari sebelum discharge hari tu, paed ada buat blood test lagi sekali. Satu untuk dihantar ke makmal hospital dan satu lagi akan dihantar ke IMR semula. Yang hospital punya resultnya still positif tapi result dari IMR berkemungkinan akan diketahui sabtu ni.



*Paed ada terangkan kenapa result dari IMR sebegitu rupa tapi me dah blurrr kejap. So tak dapat nak terangkan disini.*



Itu lah yang menjadi kerisauan buat me and mr hubby. Tentang bone marrow pulak, procedure tu memang delay dulu. And seriously, we are still hoping yang tiadanya istilah procedure bone marrow dalam kamus hidup Maryam.

Walaupun itu sebenarnya jalan yang terbaik untuk dilakukan demi mengetahui tahap kesihatannya, jauh di sudut hati kalau boleh memang nak elakkan sebab dia terlalu kecil untuk semua itu. And of corse lah bila dah kena buat bone marrow ni dalam kepala dah duk fikir "serius sangat ke sakit Maryam?".

So far sekarang ni Maryam aktif and ceria seperti sediakala. Selera makan pun dah kembali normal macam dulu. Macam hari ni, pantang nampak makanan je, terus nak. Nak eat itulah, inilah. Lunch tadi pun memang kemain banyak dia makan. Suka sangat tengok dia makan tadi!

And me still pantau suhu Maryam. Siap buat rekod dalam graf lagi!

Tentang Alli pulak..
Sekarang ni kekerapan muntah dia dah mula macam dulu. Kalau dulu bila lebih minum susu je mesti akan muntah. Pastu lepas keluar dari wad masa first dia dia masuk dulu tu, elok pulak dia tak muntah. Cuma lately ni je muntah dia datang balik. Kompius jugak. Nafas dia pun still ada bunyi sikit. Hmmmmmm..

Ubat-ubatan untuk Alli tak yah nak cakaplah. Pelbagai jenis yang paed bagi. Dari yang botol kecik, hinga ke botol besar. Dua jenis inhaler pun ada.




 Seretide Evohaler..image by google..

Ventolin Evohaler..image by google..



AeroChamber..Seretide & ventolin evohaler tu akan dimasukkan ke dalam satu lubang khas untuknya (warna oren dekat dgn bear tu)..kemudian dipam terus..image by google..


 Image by google lagi..malas nak amik gambar sendiri..


So memang bersusunlah ubat kat dalam fridge.

And lately ni jugak lah kelihatan Abbas kurang aktif. Memang nampak dia lesu je. Macam kelmarin balik dari kelas, dia boleh tidur selama 4 jam setengah. Pastu malam senang pulak dia tidur. Kalau tak, manjang tidur siang, mesti susah nak tidur malam. Lagi satu Abbas ni jenis yang susah nak tidur siang. 

Sama lah macam semalam. Tak cergas sangat. Dia tak sihat ke?????????



.

Hari tu..My Birthday la..

.











Abbas and Azziz tak join masa ni sebab diorang berdua tengah beristirehat di rumah atuknya disebabkan demam dan batuk.

.
Thanks mr hubby!

.

Sunday, February 19, 2012

Masih disini

Masih berada dihospital. Kalau nak dicampur semua, dah 29 hari berada di hospital. Pada mulanya Alli yang 9 hari, kemudian Maryam yang 15 hari dan kini yang terbaru sudah masuk hari ke tujuh.

Alli sekarang ni pulak demam sejak malam kelmarin.Tak pasal-pasal dah kena tambah makan ubat demam. And kalau hari ni dia tak demam + tak batuk sangat, insyaAllah petang nanti boleh discharge.

Maryam pulak suhunya masih lagi ditahap sempadan. Paed pun ada tambah satu lagi antibitiotik untuk tempoh selama 48jam. Dalam tempoh 48jam berikut sekiranya dia tak demam, procedure bone marrow tak perlu dilakukan.

Dalam masa yang sama juga blood test Maryam dibuat lagi and macam biasa dengan harapan semuanya normal. Cuma result blood test yang semalam  menunjukkan plalet Maryam turun sikit. So nak siasat lagi.

Tengoklah macam mana nanti.

.

Friday, February 17, 2012

Abbas nak bagi mama henfon

.

Hari tu tengah sibuk bercerita mengenai birthday..


Me : Abbas, next week birthday mama. So Abbas nak bagi apa kat mama?

Abbas : Hah! Abbas tahu. Abbas give present henfon kat mama. 

Me : Henfon??

Abbas : A'ah..mama kan like game angry bird. So nanti Abbas belikan henfon same like papa punya yang ada angry bird tu. Then mama can play lah. Tapi kena tunggu Abbas grow up dulu then baru boleh bagi henfon kat mama. Okey tak? Mama like it tak?

Me : Hahahahahahahahaha.. 






P/s : Hari ni usia telah meningkat lagi setahun..bersyukur masih lagi bernafas dimuka bumi ini.. Happy Birthday to me! :)


Thursday, February 16, 2012

Nak mereka peroleh kesihatan yang baik

.
Alhamdulillah..setelah 15 hari berada dihospital, anak saya dibenarkan pulang ke rumah. Thanks to family members, rakan blogger dan rakan-rakan yang telah meluangkan masa untuk melawatnya dihospital. Tidak lupa juga pada yang memberi kata semangat dan bertanyakan khabar melalui sms, fb, email dll. Hanya Allah yang dapat membalas jasa baik kalian. Terima kasih juga atas doa kalian semua. Semoga anak saya akan terus aktif dan sihat sepenuhnya seperti sediakala. InsyaAllah.


Itu adalah status fb yang dibuat sehari selepas Maryam dibenarkan pulang ke rumah setelah 15 hari berada diwad. Tapi sehari selepas dia keluar dari wad tiba-tiba suhu badannya naik tinggi dan pada hari yang sama jugaklah me and mr hubby terus bawak dia ke hospital.

Dia ditahan wad lagi!

Sebelum nak discharge hari tu, paed ada cakap sekiranya suhu badan maryam naik, memang kena bawa terus ke hospital. Itu yang tengahari isnin hari tu terus kol mr hubby kat ofis. Hari ni je dah masuk hari ke empat Maryam diwad.

Kalau nak ditanya mengenai perasaan ketika ini, memang susah nak diluahkan dengan kata-kata. Apa yang pasti segala macam benda yang bermain dalam kepala ni. Sedih, takut. risau dan segala macam benda yang duk ada dalam kepala ni.

Perjumpaan dengan paed kali ni sesungguhnya menambahkan lagi kerisauan buat kami sekeluarga. Lapan jenis darah diambil termasuk juga urine.

7 result darah dah pun diketahui dan alhamdulillah semuanya normal. Result air kencing pun normal. Sekarang ni me and mr hubby hanya menunggu result untuk penyakit SLE.

Tapi sekiranya result SLE pun negatif jugak, paed dah bagitahu untuk kami bersedia sample sum sum tulang (bone marrow) Maryam diambil. Katanya lagi, itu adalah pilihan yang terakhir untuk pastikan apa sebenarnya masalah kepada punca demam dia yang berpanjangan.

Kalau resultnya nya normal, kami sekeluarga syukur sangat. Maknanya dia hanya mengalami infection biasa. Tapi kalau sebaliknya???? Hanya Allah yang tahu apa perasaan me and mr hubby.

Sedih? Manusia mana yang tak sedih bila tahu anaknya sakit. Sedangkan demam biasa pun dah sibuk nak cari cool fever. Inikan pulak sakit yang lebih berat.

Hopefully punca demam Maryam berpanjangan hanya disebabkan infection biasa.

Sekarang ni suhu Maryam masih lagi belum tahap stabil. Kadang-kadang dari 36.6 boleh terus jadi 37.8.Bila suhunya cecah 36, memang terasa lega sangat. Tapi bila naik tinggi, sampai 39 macam hari tu? Entahlah.......................

Kata paed "boleh jadi tanda awal kepada kanser". Yup! sesungguhnya kata-kata tu membuatkan me and mr hubby sebak. Tapi itu adalah katanya tapi hanya Allah yang tahu segala-galanya

And disebabkan itulah pilihan yang perlu dilakukan sekiranya kesemua blood test yang dibuat adalah negatif ialah dengan mengambil sample dari bone marrow Maryam. Itulah satunya cara yang dapat mengesan punca pemasalahan kesihatan Maryam selama ini sebab katanya lagi kadang-kadang blood test pun tidak semestinya dapat mengesan apa-apa tanda penyakit.

Kata orang mencegah itu lebih baik dari merawat and sememangnya itu adalah satu kata yang betul dan tepat.

Sekiranya sample bone marrow diambil dan didapati Maryam mengalami masalah kesihatan, dia akan dirawat dengan lebih awal. Tapi sekiranya sample tersebut tidak diambil dan sebenarnya dia ada masalah kesihatan dan mungkin dah stage kedua or ?????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????

Tapi kalau result SLE negatif and Maryam dah totally baik dari demamnya, itu adalah satu kegembiraan buat kami sekeluarga.




 Minum milo je..Time ni Maryam tak heran nak breakfast pun..lunch pun tak..papa dia belikan calsium pun tak diherannya. Last-last makan biskut gulung je..

 Kena buat nebulizer coz hari tu dia ada batuk and paed nak elakkan dia dari terus batuk..

 Siang hari..main dengan mamanya..

Tengah makan dia boleh nak tidur..dulu pernah jadi macam ni jugak..dia mengantuk atau dia tengah letih??..Itu yang terdetik dalam hati ni..


Sekarang ni jugak Alli pun sedang berada didalam wad disebabkan Acute Bronchilitis. Abbas dan Azziz pun dah demam dengan batuk sampai tengah malam pun Azziz dimandikan bagi tujuan kurangkan suhunya yang mencecah 39.2.




Satu ujian buat kami sekeluarga.

Setiap yang berlaku ada hikmahnya and hanya Dia yang tahu. Harapan kami sekeluarga agar mereka terus peroleh kesihatan yang baik. InsyaAllah..

Azziz is 4

9 Feb 2012..

Azziz is 4


 Nak sangat kek dinasour..nahhhh! terus je rendam dengan air panas beberapa ekor dinasour yang dibelikan mr hubby semata-mata nak letak kat atas kek tu.

 Siap sekali letak dengan pokok-pokoknya..

















 Macam biasa..mesti ada gambar sefamily kannnn..

 









 Empat beradik ni bergambar bersama mak long and nenek sekali..

 Ni kerja mamanya..

 Hadiah dari mama and papa..

Azziz sangat suka dapat basikal baru..


Happy Birthday Azziz!

Kali ni sambut birthday Azziz dekat hospital disebabkan Maryam yang tak berapa sihat and kini genaplah sudah Azziz 4 tahun..mama and papa sentiasa doakan yang terbaik untuk Azziz!

Love you!

.

.

Saturday, February 4, 2012

Maryam..positive with Leptospirosis

Nak mula kan macam mana ek? Hmmmmmmmmmmmmmmmmm..

Untuk minggu ni rutin harian ada sedikit bertukar. Kalau sebelum ni tak ada buat macam ni tapi sekarang ni dah kena buat.

Actually my cute Lil' Princess Maryam sedang berada dihospital. Malam ni atuk, mak long dan abangnya Abbas yang join temankan dia.

Biasanya siang hari lepas Abbas balik dari kelas, me akan terus ke hospital. Pastu bertempek lah kitorang anak-beranak kat dalam wad disebabkan Maryam yang positif dengan Leptospirosis atau juga dikenali dengan kencing tikus. Yup! kencing tikus. Okey..of course sangat terkejut dan sangat sedih.

Tak tahulah macam mana and dari mana Maryam boleh kena. Pada mulanya dia start demam since dec last year. Malah masa Alli masih dekat wad lagi dia memang dah demam. Dengan selera makannya yang totally hilang sampaikan me and mr hubby paksa dia makan tapi memang dia tak heran langsung. Dia boleh kemam nasi dalam mulut sampai dia boleh tertidur!

Tiga kali pergi Mediviron and tiga kali tu lah antibiotik jenis yang berbeza diberi dan kali yang ketiga tulah dibuat blood test.

Dalam masa yang sama bila dia makan antibiotik yang ketiga tu (hanya dimakan untuk 3 hari sahaja), condition dia memang nampak tak berapa beza sangat pun. Memang tak adanya lah nak tunggu lama-lama, tak sampai hari ketiga dah pergi ke hospital.

Hari tu jugaklah Maryam dah kena tahan wad tapi disebabkan katil penuh, next day tulah baru dia masuk. Macam biaslah bila dah masuk wad ni..buat blood test dengan urine test sekali. Result untuk denggi, kepialu dan malaria memang negatif. And urine pun okey. So tunggu result kencing tikus pulak.


 First day masuk wad..

The next day barulah result kencing tikus keluar and ianya positif!

Me : So memang komfemlah anak saya kena kencing tikus?

Paed : Yes! 

Me : Ok..

Paed : Sometimes air tin yang kita beli tu boleh dicemari dengan kencing tikus. Pastu kedai makan yang kotor dan yang telah tercemar..bla.. bla.. bla.. bla..

Hari yang sama result kencing tikus keluar Maryam terus dibagi antibiotik melalui injection. Kesian tengok dia..nangis masa nak masukkan jarum. Sedangkan tangan kita yang tua ni bila tersalah sikit pun dah sakit inikan pula dia yang baru 2 tahun. Tapi alhamdulillah masa proses nak masuk jarum tu memang nampak smooth je.


 Time ni tengah syiok conteng buku mamanya..



 Bila dah tahu mama dia amik gambar..terus dia suruh amik lagi dengan gayanya tersendiri..

 Dah ready untuk Maryam..

 Masih lagi boleh senyum sebelum paed mula masuk jarum..

 Nampak lagi matanya kemerahan lepas menangis..

 Dia macam pelik je tengok tag tu..

 Nangis nak makan lolipop..

 Lunch time..

 Sama macam abang-abangnya..suka dengan sup..masa ni dia dah ada selera makan..seronok sangat bila tengok dia mula enjoy makan..

 Masa ni tengah nyanyi lalalalala..

 Sampai tertidur..

 :(..


Hari ni je dah masuk hari ke lapan Maryam di wad. Ingatkan dia dah boleh balik tapi disebabkan demamnya yang still tak hilang, selagi tu lah paed tak lepaskan balik. Kata paed kalau kes macam Maryam ni memang lama sikit duduk wad. Malam tadi pulak paed tambah ubat antibiotik yang baru. Hopefully antibiotik kali ni akan buatkan dia tak demam. But if still tak jalan jugak, blood test akan dibuat sekali lagi untuk tujuan mengenal pasti masalah yang lain.

Ya Allah..semoga Maryam terus peroleh kesihatan yang baik dah kembali sihat seperti biasa.

Kesian sangat dekat dia. Time nak balik mesti dia nak ikut.

Me : Maryam, mama nak balik. Maryam sleep with papa ye. Tonight Papa ep (tepuk) Maryam tau.

Maryam : Nanak (tak nak). Mama ep.

Serius memang nak nangis.

Kalau tengah siap nak balik rumah mesti dia terus nak pakai selipar pastu cakap nak follow mama balik.

Sementara Maryam di wad, mr hubby yang menjaganya. Ialahkan..Alli baru je keluar wad. Itu yang lepas Abbas balik dari kelas je me terus pergi hospital.



 Hero-hero tersayang..sorang main angry bird, dua orang tengok tv and budak bam bam tengok mama nya..

 Tengah bagi ubat..

 Satu untuk Maryam and lagi satu untuk Alli..thanks to kompeni mr hubby!

 Kek tu sempena birthday mr hubby hari tu..thanks to George!

 


Xcited mama and papa dia bagi mainan baru..okey, mama nak mee goreng ye.. :)

 Bila abang-abang and mamanya dah sampai, kemain happy dia..itu sudah tentu! :) ..



 Makan koko krunch dalam almari..awak pun kreatif macam abang-abang awak jugak ke Maryam?..

 Masa untuk bagi ubat..

Mama's Lil' Princess..

Malam tadi..Abbas temankan Maryam sekali dengan atuk and mak longnya..


Ngantuk dah..esok dah kena bangun awal nak pergi hospital ada appointment Alli dengan paed di hospital yang sama.




P/s : Mama tetap akan berdoa agar kalian peroleh kesihatan yang baik.

.

.
Related Posts with Thumbnails