Pages

Monday, April 30, 2012

Resepi Pavlova

  
Bahan A
4 biji putih telur - pada suhu bilik
1/2 cup gula halus
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh cuka makan
1 sudu besar tepung jagung
Baking paper
  • Putarkan putih telur tadi sehingga gebu (soft peak). Bagi memastikan ianya telah gebu, sekiranya bowl diterbalikkan, putih telur tu takkan jatuh.
  • Kemudian masukkan gula sikit demi sedikit sambil terus mengacau adunan tersebut.
  • Putar sehingga ianya sehingga kental. 
  • Seterusnya masukkan pula tepung jagung dan teruskan putar selama 2-3 minit.
  • Kemudian, barulah masukkan esen vanilla dan cuka makan ke dalam bowl tersebut dan gaul sebati dengan menggunakan spatula. Guna sudu pun okey je..
  • Tuangkan adunan tadi ke dalam tray yang telah siap diletakkan greese paper.
  • Selepas tu boleh terus masukkan kedalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu.
  • Bakar pada suhu lebih kurang 120C selam lebih kurang 1jam.
  • Setelah masak, biarkan seketika didalam oven yang pintunya dibiar sedikit renggang sebelum dikeluarkan bagi mengelakkan pavlova tersebut retak. 
 *mungkin setiap oven berbeza-beza, so pepandailah adjust suhunya..hihihi.

*pavlova yang telah masak akan berwarna keperangan. Luar permukaanya lebih crispy dan tekstur didalamnya adalah lembut.

*sewaktu mengasingkan pavlova dari baking paper, perlu berhati-hati bagi mengelakkan ianya retak.

Putih telur yang telah digebukan..

Dicampurkan dengan esen vanilla dan cuka..

Adunan putih telur tadi diletakkan keatas baking paper dan sedia untuk dibakar..adunan ni memang untuk sebiji pavlova..tapi saje je bagi pada 4 bahagian..


Setelah pavlova masak, boleh terus sediakan bahan untuk toppingnya.

Bahan Untuk Topping
250ml whipping cream - khas untuk kek & desert (me guna brand Rich's)
Buah strawberry, anggur, buah campuran dalam tin.

  • Potong buah strawberry dan anggur pada beberapa bahagian dan ketepikan.
  • Dalam bowl yang lain, pukul whipping cream sehingga kental. Lebih kurang 10 - 15 minit.
*boleh guna buah kiwi, peach dan sebagainya. Ikut tekak masing-masing. Tapi jangan pulak guna buah yang senang lebam macam epal tu. 

*boleh kurangkan kuantiti whipping cream tu.




Whipping cream yang telah siap diputarkan..

Proses menyapu whipping cream dan juga meletakkan buah-buahan..

Susunlah mengikut kreativiti memasing ye..



Hasil deko dari Pavlova yang pertama dibuat..hmmm, sedap jugak desert ni..
.
Cara Penyediaannya
  • Sapukan whipping cream pada pavlova yang telah siap dibakar tadi dan hiaskan dengan buah-buahan. 
  • Akhir sekali boleh disejukkan dulu didalam fridge sebelum dimakan. 


P/s : Lepas ni nak cuba buat dalam foil cup pulak! :)

Friday, April 27, 2012

Sayur Campur Masak Sos Tiram

Bahan-bahannya
2 biji bawang besar - dihiris
4 ulas bawang putih - dihiris
1 batang lobak merah
2 batang sawi
Kobis bunga (lebih kurang segenggam)
1 biji cili merah
3 sudu besar sos tiram 2 cawan air
1 sudu teh pati ikan bilis
 Minyak untuk menumis


*tak perlu bubuh garam sebab sos tiram dah sedia masin. 
*Boleh tambahkan garam sekiranya perlu.




  • Panaskan minyak masak.
  • Tumiskan bawang besar, bawang putih dan cili masak sehingga naik bau.
  • Masukkan sos tiram, pati ikan bilis dan juga lobak merah.
  • Masukkan air dan biar sehingga mendidih.
  • Kemudian masukkan kobis bunga. Biar seketika lebih kurang 3 minit.
  • Selepas itu baru masukkan sayur sawi dan kacau rata lebih kurang 2 minit.
  • Angkat dan boleh terus dihidangkan!

Wednesday, April 18, 2012

Egg Tart

Bahan Untuk Tart Shell
200gm tepung gandum
50gm gula aising
1 biji telur
100gm marjerin
1 sudu kecil air sejuk

  • Adun semua bahan hingga menjadi doh.
  • Ambil sedikit doh tadi dan tekapkan ke dalam acuan dan trim ditepinya menggunakan pisau.
  • Cucuk ditengahnya dengan garfu.


 Doh yang telah siap ditekap ke dalam acuan tart dan dicucuk dengan garfu..


Bahan Untuk Filling
3 biji telur
80gm gular
100ml air
100ml susu segar
1/2 sudu teh pewarna kuning

  • Campurkan kesemua bahan dan kacau rata.
  • Tuangkan filling kedalam acuan yag telah siap di tekap dengan doh tadi.
  • Kemudian bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu lebih kurang 20 min / sehingga masak dengan suhu lebih kurang 170C.(suhunya me adjust sendiri je)


 Filling yang telah dituang kedalam doh yang telah ditekap tadi..

 Egg tart yang telah siap dibakar..



.

Monday, April 16, 2012

Lunch @ The Manhattan Fish Market

.


Mushroom soup..

Ice lemon tea..

Creamy mushroom pasta..

Manhattan flamming seafood platter..ada fish fillet, chips, fried oyster, fried calamari, prawn, garlic herb rice bersama brokoli dan lobak..









 Ni lunch untuk Alli..
.
Set BEST HITS untuk 3 orang..
  • 1 manhattan flamming seafood platter
  • 1 creamy mushroom pasta
  • 3 soup of the day (light)
  • 3 fizzy drinks
Price : RM69.90
SAVE : RM32.30

Friday, April 13, 2012

Bila tidur lasak..

.

Alli o Alli..

Disebabkan tidur lasak..separuh badan masuk bawah katil.. :)

.

Wednesday, April 11, 2012

Jemputan ke majlis harijadi..

.


   














 Mr hubby with his fren..kat sini sempena birthday anaknya yang ke 3 tahun..



































Birthday girl bersama mummy & daddy nya..

.

Tuesday, April 10, 2012

Main buat deko kek lagi..

.




Rainbow cake with cream cheese frosting..aduh! krimnya termanis sikit..





Related Posts with Thumbnails