Pages

Monday, July 30, 2012

Masa kat wad

.
Sahur kedua di wad..ayam masak kicap. sayur sawi goreng, buah oren, milo, sup bebola dan kurma..



Sangat suka bila dapat bergerak bebas..

Terpaksa juga biarkan Alli bergerak bebas kat lantai sebab Alli tak duduk diam kat katil..lagipun lantai tu tak terlalu kerap sangat orang duk lalu lalang..yang penting lepas tu memang kena bersihkan tangan!..

Me malas nak bagi Alli lepak lama sangat kat lantai so saja bukak netbook konon nak bagi dia layan katun tapi tak diherannya..

Mama suruh dia tengok katun, dia boleh nak main benda lain..

Thermos pun dia nak usik jugak..

Aksi "I'm very strong"..





Menu untuk berbuka puasa..daging masak halia, sayur buncis goreng, sup ikan, kurma, puding, air barli dan termasuk bubur nasi untuk dinner Alli..



Sahur ketiga..taugeh goreng, kari ikan bawal, tembikai, kurma dan milo..









Habis diterokai satu lounge area..



.
Alhamdulillah..Alli dah pun tidur dirumah. Hari jumaat hari tu dia dah discharge. Actually batuk Alli still ada lagi cuma tak seteruk sebelum dia masuk wad hari tu. So me and mr hubby just pantau condition dia di rumah.

Ubat tak yah cakaplah..sembilan jenis ubat yang paed bekalkan untuk Alli and this week pulak ada appointment dengan paed lagi.



Paed cakap jangan bagi Alli makan / minum yang direct dari fridge.

Okey..kena ingat tu!


.

Thursday, July 26, 2012

Alli masuk wad

Malam selasa hari tu kemain lambat nak beradu. Biasanya dalam kul 1am dah tido tapi hari tu rasa segar je. Mungkin sebab tido siang hari tu.

Disebabkan mata ni tak nak tido, terus amik handphone and melihat kembali gambar-gambar lama yang disimpan dalam handphone. Pastu cam biasalah, sengeh sorang-sorang bila tengok gambar-gambar kiddos.

Kemudian bila sampai ke gambar Maryam and Alli yang kena tahan wad awal tahun hari tu, terus je rasa sayu dan sebak. Rasa nak mengalir air mata pun ada.

Bila dikenang kembali saat berada dalam situasi tersebut, emosi ni memang banyak terganggu. Tapi itu semua telah pun berlaku dan Alhamdulillah, perkembangan yang positif jelas kelihatan terutama pada diri Maryam.
 
Begitu juga dengan Alli walau hakikatnya Alli kini sedang berada diwad disebabkan sakitnya yang datang balik. Tapi lagi better dari yang first dia kena tahan wad dulu tu sebab dia tak perlu buat fisio + sedut kahak.

Ada jugak me tanya dekat paed mengenai condition Alli ni. Katanya dalam usia Alli yang masih kecil sekarang ni, memang tak mustahil sekiranya sakitnya datang balik.

Hari ni dah hari ke-3 diwad dan sebanyak 9 jenis ubat disediakan untuk Alli. Nebulizer pulak dah nak lebih dari 10 kali. Aduh..tang nak bagi neb ni memang punyalah Alli ni tak suka. Kemain ditepisnya kalau nurse yang buat. Kalau mamanya buat, bukan setakat tepis tapi terus nak digigit benda alah tu.


 Baru je sampai wad..





Baru lepas nangis sebab buat neb..and now dah boleh senyum..

 Sahur yang disediakan pihak hospital..tapi habiskan lauk yang bawa dari rumah..



 Time me nak bagi neb..nak gigit benda tu pulak..





 Dekat lounge area..sukalah Alli dapat bergerak bebas..

 Uwaaaa..nak suruh mamanya keluarkan dari baby cot..

Kata paed dalam sehari dua lagi bolehlah discharge. So kalau kira sehari, Khamis lah dah boleh balik rumah. Tapi kalau kira dua hari, Jumaat lah nampak gayanya.

Harap semuanya okey je dan Alli sihat sepenuhnya. InsyaAllah.

.



Wednesday, July 25, 2012

Geram & Sabar

Hari ni sesungguhnya lebih mengajar untuk menjadikan diri ini lebih sabar dan sabar. Ye..saya tengah bersabar ni dan dalam masa yang sama juga dalam hati ni sungguh gerrrrrrraammmmmm!

Okey..sekarang ni memang bersiaran dari KPJ Selangor Specialist disebabkan Alli yang ditahan wad due to Acute Bronchitis dia yang datang balik.

Disebabkan single bed dekat wad kanak-kanak penuh (actually wad kanak-kanak tengah penuh sekarang ni), Alli diletakkan di wad lain untuk four bedded dimana bilik ni memang khas untuk kanak-kanak sebab wad paed kat tingkat 2 dah penuh.

Yang membuatkan dalam hati ni geram is patient sebelah ni. Actually lebih kepada penjaga pesakit. Memang tak ada kesedaran sivik langsung. Boleh bayangkan tengah malam tadi ringing handphone dia punyalah kuat ditambah pulak dengan bunyi ala-ala shuffle.

Fikirlah sikit yang dalam ni bukannya dia sorang yang duduk. Adalagi pesakit serta penjaga lain yang nak rehat. Dah lah tu, bila cakap kat handphone kemain kuat.

Itu baru pasal handphone yang masih lagi boleh diterima. Tapi belum lagi pasal dia duk berpot-pet dengan anak dia lagi. Kot ye nak bersembang, memanglah tak salah langsung tapi agak-agak lah volume suara tu. Bila bising je katil sebelah, Alli siap terjaga pastu terkebil-kebil mata sambil mendengar bunyi bising tu.

Please lah..ini hospital dan bukannya tempat riadah. Dah lah dalam ni ada pesakit dengan usia 7 bulan dengan lagi satu yang baru lepas buat operation malam tadi. Rasanya lagi 2 penjaga kat depan ni agaknya meluat dengan atitude orang yang tak ada kesedaran sivik ni.

Macam tadi..ntah mana pergi lah si minah ni. Boleh pulak dia tinggalkan anak perempuan dia dalam usia lebih kurang 9 tahun untuk jaga anak dia yang sakit tu. Dah lah tu anak dia yang sakit tu melalak nak mak dia. Mahu tak haru dengan kebisingan suara budak tu kat dalam bilik ni.

Kalau melalak sebab sakit tu, memang faham lah tapi ini melalak sebab mak dia dah keluar. And saat menaip entry ni, dengan selamba duk bergosip dengan tak kontrol volume suara tu. Anak-anak lain yang lepak sini tak yah nak cakaplah. Macam-macam pitching ada kat sebelah ni.

Agak-agak nak buat macam rumah sendiri, pergilah masuk single ward.

Habis cerita!


kaf lam ya nga lerr..


.

Nak sahur jugak

Alhamdulillah..dah masuk hari ke-5 Ramadhan. Syukur masih diberi kesihatan yang baik bagi meneruskan puasa kali ini.

Puasa kali ni memang sambut dekat rumah orang tua tersayang. Maklumlah sekarang ni kitorang sefamili dah menumpang rumah mak sementara menunggu rumah kitorang boleh diduduki.


 Sahur dihari pertama, ada lauk sayur cendawan, ikan bilis goreng kering..sup ekor dan kangkung goreng tapau dari kedai pun ada..

Abbas..ngantuk la tuh..hari pertama sahur tapi tak puasa..

Setakat ni Abbas baru je puasa sehari setengah. Dia dapat puasa penuh masa ramadhan ke-2 and masih ingat lagi hari tu dah nak pukul 6 barulah nampak dia dah mula letih. Tapi Alhamdulillah dapat juga dia bertahan sampai waktu berbuka. 

Semalam pulak dapat bertahan separuh hari je. Tapi tak sangka jugak yang dia boleh bertahan sampai dah nak pukul 2pm sebab pagi tu dia tak bangun sahur. 

Bukannya dia malas nak bangun tapi me saja tak kejutkan dia.

Alih-alih bila kejutkan dia bangun nak pergi sekolah, kemain menangis dia sebab mama nya tak kejutkan dia sahur. Sanggup tak breakfast sebab tekad nak berpuasa jugak!.

Kadang-kadang Abbas n Azziz buat bangun sahur ni nampak macam satu aktiviti makan malam yang sangat diorang teruja nak buat. Macam hari tu, boleh pulak Azziz menangis sebab dia nak sahur.  Padahal pukul 1 pagi pun belum lagi.

Tapi bila bangun tido, tak sampai berapa jam terus je nak makan. Itu yang pagi tadi rasa tak nak kejutkan diorang sahur walaupun diorang dah pesan.

Apapun, usia Abbas yang dah masuk 6 tahun pada tahun ni, rasanya tiada masalah untuk menggalakkan dia belajar untuk berpuasa penuh.  Macam Azziz pulak, bak kata mr hubby..


Mr hubby : Memang tak harap untuk diorang puasa sekarang ni tapi tak pe lah..at least diorang belajar sahur tu macam mana.

.





Tuesday, July 24, 2012

Dah nak 2 pagi pun masih main block lagi..

.















.

Friday, July 20, 2012

Abbas cabut gigi


.

Sesi tanya-menanya..

Bersedia untuk diberi bius..

Sangat kagum bila Abbas boleh releks saat dentist tengah bagi bius..



Lepas bius..nampak macam Abbas dah rasa lain je kat tempat yang diberi bius tu..

Operasi mencabut gigi bermula..

Selesai sudah cabut gigi..

Free je ni..
.
.

Thursday, July 19, 2012

Ramadhan 2012

.


Dikesempatan ini, saya ingin mengambil peluang untuk mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan yang bakal tiba nanti.

Saya juga ingin memohon maaf kepada semua yang mengenali diri ini dan kepada semua pengikut blog ini atas segala salah dan khilaf. 

Semoga Ramadhan kali ini kita lebih meningkatkan kualiti amalan kita. 
InsyaAllah..

.

Door handle tag

.


Abbas : Mama..teacher suruh bagi ni kat mama.

Me : Apadia? (sambil belek-belek paper yang diberi).



-Please Wake Me Up For Sahoor-
door handle tag yang dibuat dikelasnya..



 InsyaAllah, Ramadhan yang bakal tiba ni nanti kita sahur sama ye Abbas. :)



JF Home Appliances

.

































Okey..ni entry khas untuk sesiapa yang ingin mencari kelengkapan dapur dan bilik mandi. Terutama bagi yang tengah sebuk-sebuk nak pindah rumah sama seperti owner blog ni.

Macam biasalahkan, kalau kita ni nak beli apa-apa barang kelengkapan dapur macam oven, microwave, hood and yang sewaktu dengannya, komfem nak kena buat survey dulu kan.

So masa kitorang duk survey, JF ni adalah tempat yang sangat berbaloi untuk membeli kelengkapan dapur. Pulak tu, free gift yang diberi pun bukannya sikit. Lebih dari 5 barang diberi percuma. Tapi kalau ada yang singgah kat JF ni tapi beli sebiji sink tab, tak logiklah diorang tu nak bagi free gift kan.

Di pendek cerita, boleh lah cuba survey kat JF ni yang terletak di Taipan USJ. Berdekatan dengan CIMB.
.
Related Posts with Thumbnails