Pages

Monday, October 29, 2012

Raya Haji 2012

..
 Anak buah..Daniaa Nurliss..kalau ikut tahun memang beza setahun dengan Maryam and kalau ikut bulan bezanya cuma 2 bulan lebih je..tapi badan dia lagi montel dari maryam..



 Mr hubby layan Maryam yang memang suka berpot-pet dengan kitorang..

 Sekarang ni Maryam memang suka nyakat Alli..sampai jari kaki Alli pun digigitnya..





 Cubaan nak main air la tuh gamaknya..

Ni my abang ipar..Kuching mari..

 Maryam and Nurliss dengan my cousin..





Dah besar dah Abbas.. :)

Tengah duk nak upload gambar..baru perasan yang satupun tak ada gambar Azziz untuk raya haji kali ni. Gambar empunya blog ni tak yah nak cakaplah..memang nan hado.

Raya haji kali ni me sambut di kampung belah mak di Melaka. Keluar rumah pukul 9 malam and sampai kampung pukul 1 pagi. Tolak berhenti dinner dalam 40min so total masa perjalanan kami mengambil lebih kurang 3jam 20minit. Biasanya lebih kurang sejam setengah boleh sampai.

Perrghh..memang steady! Dengan Alli yang muntah dalam kereta lagi. 

Sekarang ni pulak kiddos tak berapa sihat. Sakit 3 serangkai iaitu demam, batuk dan flu datang menyinggah. Alli pulak bila dah start batuknya datang memang muntahlah jawabnya.

Kesian bila tengok Alli muntah.

Get well soon my dear kiddos!

.

Thursday, October 25, 2012

Salam Aidiladha

.


Image dari Maxis..

Selamat Menyanbut Hari Raya Aidiladha dari me sekeluarga. Mana yang balik kampung tu, hati-hati dijalan raya ok. Peringatan untuk diri sendiri juga.

Eh! kiut pulak gambar ni.. :)






.

Sunday, October 21, 2012

Aktiviti di Terengganu

.


 Pantai Batu Burok..



 Tak tahulah apsal tetiba picas boleh jadi cam ni..kat fon ok je tapi bila dah tepek ni terus jadi camtu..



 Aisya..sepupu bebudak ni..

 Maryam dengan satay ikannya..

Semalam hari ke dua kat TGG kitorang pergi masuk bandar sebab nak hantar repair bag baju yang terkoyak. Harap-harap lepas ni bag tu tak terus koyak lagi sebab me sangat sayang dengan bag tuh.

Kemudian terus menuju ke Pantai Batu Burok bawak kiddos dengan sepupu diorang lepak-lepak sambil makan satay ikan, jagung, sotong gelek and of coz air. Karang mau kering anak tekak.

Petang tadi pulak pergi lepak makan sotong dan ikan celup tepung dengan keropok lekor kat port biasa kitorang. Cuma bezanya kali ni tak bawak kiddos main sand. Mood lepak main sand tak berapa nak datang pulak kali ni.


 Bayangkan hari ni hari bekerja (kat ganu hari ahad memang waktu bekerja) and cuaca pulak hujan jetapi ramai orang datang. Belum lagi time cuti umum. Kat sinilah tempat kitorang makan sotong celup tepung. Murah dan berbaloi-baloi..

 Sotong pertama..sekor tu RM8..

Baru lepas potong..

Sotong yang kedua..RM8 jugak..

 Ikan celup tepung..sekor RM2..

 Keropok lekor..feveret Abbas ni..RM2..

 Hujan-hujan pun nak jugak pekena air kelapa..


Bila balik sini memang aktiviti makan sotong celup tepung tu lah aktiviti yang akan kitorang buat. Bab makan memang tak boleh nak dipisahkan..hahahahaa..

Tapi masa dah sampai kat tempat tu and bila bukak pintu kereta,..







::









::









::









::









::









::







 

Pesen tidur Maryam kali ni..nampak nau penat main sakan..dengan belum tidur siang lagi.. :)


.

Friday, October 19, 2012

Ada di Terengganu

.


 Awal pagi di LCCT..



 Alli suka sangat duk nak menarik dan menolak bag tu..

 Abbas tolong tengokkan Alli..

 

 Flight pukul 7 pagi..tapi lebih kurang  pukul 7.30 baru berlepas..



 Kemain suka pulak Alli ni..



 Baru sampai di Lapangan Terbang Sultan Mahmud..







Hari ni hari pertama di Terengganu. Cuaca hari ni pun kejap-kejap hujan and of coz lah sekarang ni sejuk. Banyak syiok wooooo..

Yang lain semua dah tidur. Maklumlah kul 4 lebih pagi tadi masing-masing dah bangun. Alli pulak tadi muntah selambak kat tilam. Habis kena tukar cadar. Nampak gaya kena teruskan ubat dia.

Okey lah..

Selamat Berhujung Minggu!

Thursday, October 18, 2012

Kena chickenpox

Hello hello uolsssss!

Okey..hari ni hari ke 4 me kena chickenpox. Alhamdulillah start petang semalam dah mula kurang miangnya. Kalau tak, malam sebelum tu kemain nak karuk je badan ni. Muka ni tak yah nak cakaplah..side pipi kanan memang terlebih ayampoknya berbanding yang kiri.

Punca asalnya dari Abbas yang dapat chickenpox dari schoolnya. Lepas seminggu Abbas tak pergi kelas, Maryam pulak yang amik alih chickenpox tuh. Time tengah Maryam kena chickenpox, Azziz pulak turut kena which is lagi banyak dari Abbas and Maryam.

Pastu jumaat lepas mr hubby dah start demam. Sekali ahad tu me perasan kat tangan dia dah naik biji chickenpox tu. Malam tu jugak pergi klinik. Padahal dua hari sebelum tu dah pergi klinik bawa Maryam.

Now turn mr hubby, me and Azziz sekali and doc komfemkan memang chickenpox. So mr hubby dapatlah mc seminggu. Actually me pun dah mula demam masa petang sabtu. Bila makan panadol, dah sihat. Pastu ngam-ngam 4 jam lepas tu terus demam balik. Itu yang malam tu pergi klinik sekali dengan mr hubby dan Azziz.

Sempat jugak belek-belek tangan ni kot-kot ada keluar biji chickenpox. Fuhh! lega..tak ada. Sekali esoknya tu pulak ada 2 biji keluar kat lengan. Amik kau! Sampaikan Kak Long pun kena chickenpox. Dia kena memang teruk lah jugak.

Pastu biasanya chickenpox dapat mc seminggu ni tidak, boleh doc tu bagi mc 2 hari je kat Kak Long. Masuk hari kedua mc tu dia terus pergi renew mc sebab makin banyak biji chickepox tu keluar and time tu pulak dapat tahu yang doc salah bagi ubat. Apadaa..

Tadi pun Kak Long pergi jumpa specialist. Memang specialist sangat terkejut tengok dia. Siap tanya kenapa tak gi jumpa doktor. Tak jumpa apanya. Doktor siap bagi salah ubat tuuuu..Memang nak kena blacklist klinik tu lah. Haaishh..

Specialist siap tambah mc lagi 3 hari and set kan temujanji lagi sekali.Pastu katanya kalau ada sakit perut, kena warded sebab chickenpox tu dah tumbuh kat dalam perut. Hopefully lepas ni kalau sakit perut pun sebab nak berak je lah..kahkahkahkah..

So sekarang ni Alli sorang je yang tak kena. Harap memang vaksin chickenpox yang Alli amik masa dia setahun hari tu dapat bertindakbalas sebagai perisai bagi menghalang chickenpox. Waaachaaaaaaa!

Tapi hari tu doc yang tengok chickenpox Abbas tu ada bagitahu yang kalau Alli kena pun memang sikit je sebab dia dah amik vaksin dari awal. Entahlah..tengoklah macam mana. Inipun hari-hari duk belek badan dia tengok kot-kot ada tanda chickenpox nak keluar.

Kat rumah ni total orang yang duduk is 9 orang. Enam orang kena chickenpox and lagi 3 orang tak ada masalah dengan chickenpox. Yang 3 tulah mak, ayah dan Alli.

Ilmu baru untuk hari ni yang me tahu..chickenpox untuk orang dewasa tak sama dengan chickenpox kanak-kanak. Pastu kalau ada biji ayampok yang timbul macam nanah jerawat tuh jangan duk gatal nak picit sebab ia belum matang lagi.



.

Aktiviti kat rumah baru


.
Ini hasil dari kudrat mr hubby and ayah..

Itu memang saya..konon beriya datang lepas lunch nak mencangkul tapi hasilnya seciput je.  Ok ni pic hasil kerja mr hubby. Sempat pulak ngada-ngada nak amik picas tengah mencangkul. Alang-alang dah ada, meh sini tepek kat dalam blog..

Dah terang lagi bersuluh..mr hubby..

Antara hasil dari tangan mr hubby..

Bahagian ni pulak ayah yang handlekan. Tapi serius mr hubby sendiri cakap yang kudrat ayah lagi kuat dari dia. Risau jugak kot-kot karang ada yang pengsan pulak. Tapi Alhamdulillah ayah ok. Oh ayah saya tak amik kontrak mencangkul so jangan nak offer job ye..kahkahkah..

Mr hubby beli sebanyak 760 keping rumput dan yang ini lebih kurang separuh daripadanya yang belum siap diletakkan diatas tanah. Fuhhhh!..

Sekarang ni kalau datang sini, kiddos memang kena duduk main dalam ruang tu sebab kat luar tak berapa nak bersih lagi. Bagi bebudak ni selongkar toys box. Tapi kejap je pastu karang kejap je dah ada kat luar..

Yang ni pulak kemain xcited dapat pegang penyapu. Bila orang lain nak amik terus menangis..

Ni Alli nak start ronda dengan penyapu tu lah..


Itulah antara progress rumah baru kitorang. Rumput pun memang dah nampak perubahan sikit. Ada yang segar and ada yg kering. Tapi yang kering tu me tak risau sangat coz rumput tu akan hijau nanti. Lepas ni kena fikir jenis pokok bunga yang nak ditanam pulak. 

Waktu cuti sabtu ahad je pukul 7 pagi mr hubby dengan ayah terus ke sini memulakan tugasan.
 
Plan asal memang nak upah orang je buat dari A sampai Z tapi last-last buat sendiri je. Ayah pun tak ada masalah nak tolong kitorang. Dapat jugak kerja disiapkan dengan cepat. Tapi kalau tak guna kudrat ayah, memang keluar duit upah orang la jawabnya. Iyalah..tak dapat me bayangkan kalau mr hubby dapat buat semua tu sorang diri.

Terima kasih ayah!






Related Posts with Thumbnails