Pages

Monday, February 10, 2014

090208..Azziz dah 6 tahun

.
9 Februari 2008

Genap Azziz 6 tahun. Dari hari ke hari asik countdown dia punya birthday. And bangun je dari tido pagi tadi..


Azziz : Alli..today birthday Abang Azziz

Alli : Birthday Abang Ayish. Kek birthday yuyu? 
        (birthday Abang Azziz?. Kek birthday to you?)

Azziz : A'ah


Punyalah kemain xcited bila tiba birthday dia sampai bagitau Alli. 

Kalau last year ada buat bbq masa birthday dia tapi kali ni tak buat. Ialahkan..kira tak adil lah jugak kalau every year bila tiba birthday Azziz mesti ada bbq. So maybe this year turn abang dia tak pun adik-adik dia punya birthday baru kitorang buat bbq.Tengokalah nanti macam mana.

Tapi kali ni me and mr hubby ada bagi dia sambut birthday dengan kawan-kawan dia kat sekolah. Sama macam masa Abbas kat GA dulu. Tapi kena tunggu Jumaat sebab GA biasa buat untuk sambutan birthday ni pada hari Jumaat. So nak kena standby goodie bags untuk kawan-kawan dan teacher dia. Itu kira entry lain pulak.

Untuk syarat hari ni adalah birthday Azziz, kitorang memang ada belikan kek untuk kitorang makan sekeluarga, Actually lebih pada diorang empat beradik makan. Nanti kek untuk sambutan kat sekolah tu lain pulak.

Merayau lah jugak kitorang mencari kedai kek kat sini. Actually kat sini tak sama macam tempat umah lama kitorang which is senang je nak tau kat mana ceruk kedai kek. Mungkin sebab kitorang tak habis xplore area sini kot. Last year punya kek pun beli dekat Berry's (tempat biasa kitorang beli kek).

Area sini memang ada kedai kek terdekat macam Kings and kedai kek bla..bla..bla..  Tapi rasa tak kena dengan tekak tambah pulak macam antara yakin dan tak yakin je tahap halal diantara kedai tersebut. Itu yang saja merayau cari kedai kek siang tadi. Last-last kek yang kitorang beli tu ibarat betul-betul ikut syarat birthday Azziz. 

Tapi untuk sambutan kat sekolah nanti, me tetap beli kek kat Berry's.


Rasa dah okey..tapi deko macam kureng sikit..asalnya tak ada gambar angry bird tu. Kira macam kek yang deko biasa je. Kitorang pun tanya kot-kot dia boleh letak ke tak angry bird tu. Dengan yakinnya dia cakap boleh. Sekali result mcm ni yang kitorang dapat. Macam benyek je..

Haaa..ini memang wajib ada!..Bezanya biasa ada orang lain yang tolong ambilkan tapi kali ni kena pakai self timer..
















Untuk birthday Azziz kali ni dia mintak 3 hadiah iaitu belikan dia tali pinggang, makan Shin Ramyun (Korean food) dengan minta nak pergi playground kat Setia City Mall di malam hari.

Harusss lah ok sebab hadiah yang dia mintak tu tak over! Hahahahahahaha




Ini Shin Ramyun..memang dia mintak belanja dia makan ni masa birthday dia. Errrr..bukan selama ni pun me and mr hubby yang belanja ke? :)



Hadiah ke-3 je belum bagi lagi.
Ok..insyaAllah nanti dapatlah Azziz hadiah yang ke-3 tu. :)




Happy Birthday Azziz..!
Moga panjang umur..murah rezeki..sihat selalu..serta berjaya di dunia dan akhirat.

.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails