Pages

Friday, May 4, 2012

Fried Duck

Bahan-bahan
Itik - me guna dalam 12 ketul
2 sudu besar kicap masin
2 sudu besar madu
1 sudu teh garam
1 biji bawang besar - diblend / ditumbuk
3 ulas bawang putih - diblend / ditumbuk
Minyak untuk menggoreng
Daun sup untuk hiasan - x bubuh pun okey je




  • Bersihkan dan toskan itik yang hendak digoreng.
  • Gaulkan kesemua bahan kecuali daun sup dengan rata.
  • Panaskan minyak dalam kuali.
  • Gorengkan itik kedalam kuali sehingga masak dengan menggunakan api yang sederhana besar.
  • Setelah masak, angkat dan terus masukkan ke dalam microwave dan masakkan itik tersebut lebih kurang selama 5 minit dalam suhu mid low.
  • Selepas 5 minit, asingkan itik tersebut ke dalam pinggan yang lain dan bolehlah hiaskan dengan daun sup.
  • Sedia dihidangkan! :

P/s : sedap jugak cicah itik ni dengan sos nasi ayam. Tapi bukan dari jenis sos nasi ayam yang manis tu. :)

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails