Pages

Tuesday, June 14, 2011

Sumber Kalsium

Baru je lepas makan tengahari. Menu hari ni kari daging untuk me and mr hubby and sup campur yang lengkap dengan sumber protein dan vitaminnya untuk kiddos. Burrrrpp..Alhamdulillah. Oh untuk sayurnya pula cukup sekadar ulam kobis untuk tekak ni.

Time macam ni pulak biasalah..Maryam sedang syiok tidur and abang-abangnya pulak kalau tak main puzzle, akan melukis. Kalau tak melukis, mewarna pulak. Yang penting sambil tengok channel kegemaran mereka.

Sekarang ni me and mr hubby duk fikir mana nak dapatkan sumber kalsium yang cukup untuk Lil' Princess. Ini sebab dia dah tak breastfeeding lagi and kenalah gantikan dengan susu tepung.

Tapi yang menjadi masalahnya sekarang ni is dia tak nak minum susu tepung!

Dah bagi cuba susu dutch lady 123 yang perasa coklat pun dia tak nak. Ingatkan bila tak nak yang perasa vanila or honey, nak lah jugak dia minum perasa coklat tapi tak adanya. Abbas and Azziz tak ada masalah pun bagi susu tepung bila diorang berdua dah stop breastfeeding.

Bagi Anmum pun tak nak. Punyalah semangat papa nya buatkan penuh satu botol tapi yang ditelannya rasanya tak sampai penuh satu sudu teh pun. Last-last buang macam tu je. Nasib baiklah Anmum tu cuma sample je. Kalu beli terus yang setin tu?

Ada satu lagi susu Dugro sedang elok parking kat dapur. Nak bagi pun malas sebab macam dah tau komfem Maryam reject punya. Tapi manalah tau kot-kot yang Dugro ni boleh pulak dia minum kannnnn. Takpe..akan dicuba nanti.

Jangan haraplah nak campurkan sikit milo kat dalam susu tu sebab memang milo pun dia tak minum.

Apa yang yang menjadi pujaan tekaknya is ribena. Bangun pagi biasa budak minum susu tapi dia minum ribena. Lepas lunch pun minum ribena. Kalau dicampur dengan minum petang, makan malam dan waktu dia main? Dah berapa hidangan dah tu. Kalau boleh nak masuk tidur pun nak minum ribena.

Baru-baru ni mr hubby ada sarankan bagi Maryam makan Fernleaf Calcium. Kalau dia yang makan sorang takpe lagi. Ini karang abang-abangnya yang lebih sudu dari kuah. Kalau tak dibagi kat abang-abangnya nanti, tak sampai hati pulak sebab before this memang belikan untuk kiddos bila tiba time shopping barang dapur.

Kang mahu Abbas and Azziz duk puas fikir apsal sebelum ni selamba je boleh makan. Sebab sekarang ni kalau beli Fernleaf Calcium tu pun sebab utamanya sebagai ganti sumber kalsium Maryam. Bukan sebab baru lepas shopping barang dapur.

Macam kelmarin i bagi 1 cup untuk Abbas share dengan Azziz and 2 cups lagi untuk Maryam. Tapi ibarat 3 cups tu lah diorang kongsi bertiga.

Me : Ni for Maryam..Maryam tak minum susu..kesian Maryam

Abbas : Abbas pun tak minum susu.

Me : Dulu masa Abbas kecik macam Maryam, Abbas dah minum susu.

Abbas : Why Maryam tak minum susu?

Me : Maryam don't like susu.

Azziz : Dady don't like lulu??? (baby don't like susu??)
           Baby = Maryam

Me : Ye la..kalau baby tak minum susu, baby tak ada kalsium. So nanti baby tak strong macam Abbas and Azziz.

Perbualan tidak habis disitu sahaja. Abbas siap tanya "susu tu manis ke tak manis?"..and tanya-tanya jugak and jawab-jawab jugak tapi mulut tetap nganga suruh suap Fernleaf Calcium (FC) tu.

Bila dibuat kira-kira, sebulan kena peruntukkan lebih kurang 120 cup FC tu. Itu untuk 4 hidangan sehari which is 1 cup untuk 1 hidangan. Kalau hidangan tu termasuk untuk abang-abangnya? Komfem dah kena beli xtra cup lagi. Setiap set lengkap dengan 4 cup bersamaan dengan RM3.89. So total nya is RM***.**..(kira sendirilah ye..hehehehe)
 
Kalau nak diikutkan lebih mahal dari susu yang biasa abang-abangnya minum. And bila difikir balik, baik peruntukkan tu khas untuk beli susu sebab FC ni memang ada rasa manis.

Haaishhh..poning palo den duk mikirkannya..

Nak gantikan dengan keju pun Maryam tak nak. Nasib baik Maryam tak ada masalah dengan sayur. So dapatlah jugak dia sumber kalsium dari sayur yang memang jelas kaya dengan sumber kalsium.

Cuma i think budak kan memang minum susu dan mengikut usianya sekarang ni, dia memerlukan 500mg kalsium per day and bolehkah dia peroleh sebanyak 500mg sehari dari sayur yang dia makan tu?

Ni kena fikir ni..



P/s : Saat entry ni hampir dipublish, Abbas and Azziz telah membuka fridge dan mengambil FC sambil buat muka kesian dan berkata.."Abbas tak minum susu pun."



.

2 comments:

raFida oThMan ( fiEda ) said...

hahaha....bleyh jd duta fernleaf daaa...

Sue said...

fiEda: hahahahahaha..iyalah tu..

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails