Pages

Friday, January 21, 2011

Resepi Daun Bawang Putih

Bahan-bahannya
1/2kg daun bawang putih-dipotong selebar 3cm
1 biji bawang besar-dihiris
3 ulas bawang putih-dihiris
1 sudu besar sos ikan
1 biji lobak
1 sudu teh serbuk pati ikan bilis
1 cawan air
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis



  • Tumiskan bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau.
  • Masukkan lobak merah serta serbuk ikan bilis.
  • Masukkan air dan biar sehingga mendidih.
  • Bubuh garam secukup rasa.
  • Kemudian dimasukkan pulak daun bawang putih.
  • Masukkan sos ikan dan kacau rata.
  • Boleh dihidangkan.

Mungkin ada yang panggil dengan panggilan yang lain dan ada juga yang panggil daun ni dengan panggilan sayur kucai bawang.

 Inilah rupa daun bawang putih tu..

4 comments:

Cikgu Nurin said...

Sue,akak memang suka daun ni...tambah lagi kalau buat makaroni goreng,letak carrot,tamabh daun ni...perghh..rasa dia yang liat liat tu....huii...lari diet...

kasihredha said...

nanti akak nak cuba le..
akak biasa goreng leeds.
rasanya lebih kurang leeds ke sue?

Sue said...

Cikgu Nurin : Ni kira first time sue masak sayur ni..masa kecik dulu mak sue biasa beli sayur ni..tapikan rasanya payah jugak nak jumpa sayur ni sebab kat tempat yg sue pergi beli pun cuma ada satu tempat je yg jual..

Sue said...

kasihredha : kak kasih..maksud akak yang chinese leeks tu kan? actually lebih kurang je rasanya..

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails