Pages

Saturday, July 6, 2013

Sukaneka & Report Card

Hari ni sekolah Abbas ada buat sukaneka hanya untuk pra sekolah, murid tahun satu dan dua. Yang tahun 3,4,5 dan 6 ahad ni baru buat. Tak tahulah kenapa kena asingkan macam tu sebab seingat aku, (rasa mcm lagi friendly je bila guna perkataan 'aku'..kekekekekeke..) zaman aku dulu tak adanya nak asing bagai ni. Cuma acara je di asingkan. Hari dan masanya tetap sama dengan student dari tahun 1 hingga 6. Sekarang lain pulak. Tak kisahlah..

Pukul 7 pagi dah kuar rumah bawak sekali Azziz dan Maryam. Alli tinggal kat rumah sebab kebetulan mak dan ayah ada dirumah. Atuknya pun memang suruh tinnggalkan Alli kat rumah sebab kesian kat cucunya kena bangun awal.

















Masa mama dia darjah satu, mama dia masuk acara isi air dalam botol and dia pulak masuk acara bawak bola yang diletakkan dicelah peha. Bola pulak bukan stok yang kecik. Memang standard saiz punya.

Apapun rumah hijau dapat nombor tiga. So kira gangsa lah. Rumah merah yang dapat nombor empat pun dapat hadiah. Agaknya cikgu-cikgu tak sampai hati tengok murid yang kalah tak dapat hadiah pastu tengok je kawan lain dapat hadiah. Karang ada yang nangis pulak kan. Bagus jugak idea macam tu.

Setel pasal sukaneka terus balik rumah. Abbas dah xcited nak tunjuk medal dia kat atuk and neneknya. Katanya komfem nenek and atuk hepi sebab dia dapat hadiah.

Petang tu pulak terus pergi sekolah agama Abbas. Hari ni jugak ada kena amik report card kat kelas. Alhamdulillah..Abbas dapat keputusan yang baik.

Actually aku sendiri tak tahu date examnya. Yang aku tahu kalau tak silap dalam bulan Mac memang Abbas ada ujian kat sekolah agama. And time tu lah aku stopkan aktiviti riadah dia buat sementara waktu. Beberapa minggu lepas ujian tu result pun keluar.

And kalau tak silap jugak masa bulan Mei, Abbas ada story kat aku yang dia ada buat exam kat kelas. (biasanya bila amik dari skolah memang mama dia ni pot pet tanya itu dan ini). Respon aku masa tu macam "oh ok".

Ialahkan..bulan Mac baru ada test pastu takkan bulan May ada lagi test. Masa tu pulak memang Abbas tak study langsung macam yang aku suruh time dia nak amik test bulan Mac tu. So aku tak terfikir langsung memang real punya exam.

Tup-tap tup-tap ada satu hari tu Abbas tunjukkan aku result exam sekolah agama dia. Masa tu aku dah rasa macam " berapa banyak punya result yang dia dapat ni?". "Dulu tu result apa pulak?"

Kebetulan pulak result exam sekolah rendah baru start keluar satu persatu so tiba-tiba terselit pulak result exam sekolah agama. Kompius pulak aku time tu.

Rupa-rupanya exam yang Abbas amik bulan Mei tu is peperiksaan pertengahan tahun. Dan yang bulan Mac tu kira ujian je. Itupun aku tahu bila satu hari tu dia tunjukkan aku satu kertas mesej. Belek-belek punya aku tengok date kat mesej tu dah nak hampir sebulan berlalu.

Time tu aku dah "uh? kenapa baru sekarang Abbas tunjuk kat mama??".."ni mesej Abbas nak exam". Aku ni memang tak check sangat apa-apa kertas nota yang Abbas dapat. So maknanya mesej kat atas sekeping paper tu dah lama bersepuk dalam bag dia. Dan result pun dah keluar!

Selama ni bila tiap-tiap hari aku check bag untuk tukar buku memang aku tak adalah nak check sangat apa-apa pasal mesej ni. Kalau dulu zaman dia kat Geniud Aulad memang hari-hari aku check sebab message book yang disediakan pun memang betul-betul buku.

Bukannya macam sekarang ni yang hanya sekeping kertas. Itupun bukan saiz A4. Boleh jadi itu kertas yang Abbas buat main lukis-lukis jugak kan. Pastu habis lukis terus sepuk dalam bag.

Abbas ni pulak biasanya bila dapat kertas mesej tu dia akan bagitahu awal-awal. Tapi time tu tak ada pulak dia bercerita pasal kertas tu.

Ini result exam dah dapat baru aku terkial-kial baca mesej tu. Lepas ni aku kena pastikan yang aku kena alert pasal kertas mesej tu.


.
 P/s : Syukur dia dapat jawab soalan examnya dengan baik dan diharapkan agar Abbas dapat kekalkan pencapaian dikedua-dua sekolahnya dengan baik serta terus tingkatkan prestasi yang memberangsangkan. InsyaAllah





0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails