Pages

Monday, June 27, 2011

Chinese Muslim Food

Pagi tadi cuaca memanglah nyaman je. Dengan bunyi hujan berserta dengan angin yang sepoi-sepoi bahasa membuatkan mata ni nak terus sambung buat taik mata je. Tapi urusan breakfast kena dibuat so harussssslah bangun.

Pagi tadi just buatkan pancake as a breakfast. Abbas ni dari semalam nak makan pancake so pagi ni kena buatkan terus. Memang menambah dia makan. Kalah mr hubby. Before this bila buat pancake makan dengan honey memang tak adanya dia heran tapi bila tadi makan dengan pancake syrup memang habis 3 keping dimakannya.

Azziz seolah-seolah berada dalam keadaan keterpaksaan untuk menghabiskan pancake tu and Maryam tidak sama sekali lah nak makan. Okey..tekak masing-masing.

Jumaat malam hari tu pulak kitorang pergi dinner kat chinese muslim restaurant area Taipan USJ. Asalnya nak makan kat kedai yang namanya kalau tak silap Al-Munawarrah. Tapi tutup pulak.

Kat restoran tu memang terang-terang ada jual itik gantung. And of courselah itik tu halal. Kalau tak, takkan lah nak jual kat restoran chinese muslim pulak. So sesiapa yang berhajat nak makan itik gantung / panggang, boleh try pergi kat situ.

Disebabkan restoran yang asalnya kitorang nak pergi tu tutup, kitorang terus ke restoran chinese muslim yang lagi satu ni. Namanya Restoran Al-Jazeera Sdn Bhd.

Sampai-sampai je kat restoran tu kitorang terus dihidangkan dengan chinese tea. Bukan free tapi harganya RM2 untuk satu teko. Bab free refill tu tak sure pulak sebab satu teko tu memang dah cukup untuk kitorang 5 beranak. Mungkin disebabkan ianya chinese tea so istilah kejap-kejap kiddos nak minum air tu memang tak adalah. Itu yang cukup je.


Chinese tea..RM2.00..

Menu malam tu is Mixed Vegetable, Stir Fried Pepper Mutton, Dried Seaweed and White Egg Soup dengan Beef Noodle Soup Lanzhou Style. Tak lupa 3 pinggan nasi putih. RM1 untuk sepinggan.

Mixed Vegetable..RM8.00..

Stir Fried Pepper Mutton..RM20.00..

Dried Seaweed and White Egg Soup..RM8.00..

Beef Noodle Soup Lanzhou Style..RM5.00..

Suka sangat dengan mixed vegenya dengan lauk kambing kat situ.

Untuk lauk seaweed tu memang kitorang terkejut masa lauk tu sampai kat meja kitorang sebab portionnya yang banyak. Siap kena tapau bawak balik lagi sebab tak luak sangat pun lauk tu. Kalau yang datang makan kat situ 10 orang dewasa pun dah cukup untuk order semangkuk. Tak payah nak order banyak.










Hirup..jangan tak hirup.. :)..

Bila masuk bab noodle pulak, bila dah kena dengan tekak kiddos memang komfem habis je.

Sebelum nak balik tu, singgah lepak makan durian kat area USJ. Best pulak beli durian kat sini sebab penjual tu akan kopek durian tu and dia sendiri yang akan decide samada durian tu elok atau tak.



Tak suka durian..tapi dapat jugak Abbas habiskan seulas..

Maryam memang suka makan durian..

Tak adalah macam penjual-penjual durian yang lain yang bila kopek kulit sikit and nampak isi cantik je, terus je beriya cakap "huihhhhh..cantik isi ni". Memanglah cantik tapi bila sampai rumah and bukak kulit tu habis, sekali kat bahagian yang lain busuk. Yang tawar pun ada.

Tapi kat tempat yang kitorang makan tu, secara fizikalnya memang nampak isinya cantik tapi penjual tu tetap tak jual kat kitorang sebab katanya "ini tawar". Bayangkan kitorang beli 2 biji and yang dibuangnya adalah dalam 3 biji sebab alasanya tawar, masam and yang sewaktu dengannya lah.

Bila adanya penjual yang macam ni which is tak amik untung semata-mata, tak mustahil kalau next day tu pelanggan yang sama akan datang beli lagi macam yang kitorang buat.

Mula-mula tu terfikir jugak mungkin sebab kitorang lepak makan kat situ and thats why lah penjual durian tu kena bagi durian yang elok. Tapi next day tu pulak kitorang beli tapau lagi 4 biji and yang dibuangnya 5 biji.

So conclusionnya is? Sangatlah berpuas hati!

2 comments:

kasihredha said...

owhh sungguh sedap
walaupun cuma menatap pics...dapat bayangkan kesedapannya

Sue said...

kasihredha: tengok pun dah boleh bayangkan ye kak Kasih..hihihihi..

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails