And baru semalam pergi cuci mata dekat bazar ramadhan. Semalam memang tak masak untuk berbuka sebab dah tak tahu nak masak apa. Itu yang petang semalam terus pergi bazar ramadhan.
Macam biasalah bila sebut bazar ramadhan je, komfem pelbagai jenis menu ada dijual. Air yang berwarna-warni pun ada. Dapatlah semalam beli air tembikai susu dengan air jagung.
Tapi seriously mr hubby and i tak faham kenapa ada beberapa peniaga yang berniaga atas dasar keuntungan semata-mata which is sangatlah tidak berbaloi untuk kita as a pembeli membeli apa yang diorang jual.
Actually semalam memang i sendiri tak tahu nak beli apa untuk berbuka. Bukan sebab terlalu rambang mata tapi tekak ni sendiri yang tak tahu nak telan apa. Last-last beli murtabak daging 2 keping. Bukan i makan sorang tapi kongsi sekali la.
Macam biaslah bila kita beli murtabak ni, mesti penjual tu tanya nak daging or ayam. So semalam i pilih daging. Tapi bila sampai rumah and time dah potong 4 murtabak tu, serius berderai terus murtabak tu. Manjang nak angkat sekeping, komfem berderai. Yang banyak jatuhnya is kentang dan bawang yang dipotong dadu. Tak sure pulak mana bahagian daging yang duk sibuk tanya "nak ayam ke daging?". Baik cakap "akak nak murtabak kentang dengan bawang tak?".
Okey..fikir positif..maybe daging tu dah jadi sebati atau melekat pada telur dan terus melekat pada kentang dan bawang tadi tu. Tapi apsal bila i beli murtabak kat pasar malam yang biasa i pergi, tak ada masalah pun dengan murtabak yang dibeli tu. Istilah berderai memang tak ada langsung lah kan. Memang padat isinya.
Pastu pencicah kari tak yah cakap lah..memang tangkap cair punya and kuah pencicah yang yang ada bawang merah tu pun memang setakat ikut syarat je. As long as ada kaler merah and ada bawang sikit pun jadilah. Seriously memang tak faham konsep meniaga apa lah yang dipraktikkan. Sampaikan mr hubby pun makan tak sampai 2 kali ngap lah.
Nasib kuih feveret i di bulan puasa okey rasanya. Nak tahu kuih apa? Kuih lopes lah..:)
Okey..Dalam 5 hari ni jugak, selama 4 kali Abbas telah bangun sahur dan baru sekali berpuasa penuh.Hooorrrayy...!
Okey lah tu. Budak 5 tahun baru belajar apa erti puasa.
Actually Abbas start belajar nak join papa and mama nya puasa sekali masa umurnya 3 tahun but separuh hari lah. Itupun dia berhajat tak nak buka puasa padahal mama and papanya dah risau. Ialahkan..baru umur 3 tahun tapi still cuba nak tahan.
Last-last berbuka juga dengan sebiji pisang yang dibeli dekat 7-Eleven masa kitorang tengah pusing-pusing cari baju raya.
Then last year pun Abbas cuba juga puasa penuh tapi tak berapa nak penuh pun sebab lagi beberapa minit je nak azan maghrib, dia terus ngap mee goreng yang sedia terhidang kat depan mata dia. Nampak sangat tekak dah terliur and perut dah tak tahan lapar masa tu.
Mr hubby still rewardkan dia dengan jam Ben 10 walaupun kalau nak diikutkan "puasa penuh, Abbas dapat reward", tapi kira okey lah sebab lagi beberapa minit je waktu berbuka dia dah terkandas. Umurpun baru 4 tahun lagi. At least cubaan untuk berpuasa penuh tu memang ada.
And this year pulak, mr hubby dah kena rewardkan Abbas dengan jam robot pulak sebab Abbas telah berjaya berpuasa penuh masa Ramadhan ke-2 hari tu.
Bila sebut pasal reward ni, mr hubby memang terapkan konsep reward dalam sesuatu perkara yang harus diberi reward. Macam puasa ni lah jugak. So apalagi, Abbas pun ajak sekali Azziz bangun sahur and puasa penuh.
Abbas : Azziz, Azziz want reward tak?
Azziz : Want.
Abbas : Then Azziz kena fasting lah. Azziz cannot drink susu, cannot eat rice. Nanti papa reward Azziz lah.
Bila sebut je tak boleh minum susu, Azziz dah macam tak keruan pulak sebab dia jenis yang bangun tidur terus minum susu. Tapi bila sebut je pasal reward, terus okey je nak puasa. And reward yang dia nak is jam hot dog atau lebih tepat lagi jam Mickey Mouse.
Dia panggil Mickey Mouse tu hot dog sebab theme song untuk cerita MM tu tajuknya Hot Dog. So dari kecik sampai lah sekarang memang duk lekat je perkataan hot dog tu.
Sahur..Abbas dan Azziz nak telur masin jugak..
So sahur yang ke 4 baru bangunkan Azziz. Mula-mula tu senang je nak kejutkan dia tapi bila dah lama lepak kat hall sementara tunggu mama dia siapkan lauk-pauk, terus dah start nak merengek sebab mengantuk. Ni yang den tak gomar ni.
Lepas je makan, terus lepak depan tv tengok Disney Junior pulak.
Hari yang dua beradik ni bangun sahur, diaorang tak dapat puasa penuh pun. Yang Azziz ni lepas sejam bangun tidur terus makan kek gara-gara tak tahan tengok Maryam makan kek depan dia. Abbas pulak dah nak pukul 3 petang baru buka. Katanya tak tahan nak puasa and nak sambung esok pulak..
Hahahahahahaha..Tak kisahlah..Dah besar nanti kena puasa jugak okey.
2 comments:
selamat berpuasa sue :)
kasihredha: selamat berpuasa kak!
Post a Comment