Pages

Tuesday, March 6, 2012

Kenapa agaknya?

Kenapa??????

Kenapa Maryam tak sihat sepenuhnya lagi?

Kenapa dia masih lagi demam?

Apa masalahnya?

Okey..itulah yang bermain dalam fikiran ni.

Selepas 9 hari berada dirumah, Maryam mula start demam balik. Bukan suhu yang biasa tapi suhunya yang agak tinggi sehingga pernah sekali tu mencecah 40.2! Ada jugak terfikir yang termometer rosak tapi tak jugak sebab panas badannya memang terasa sangat.

Kali ni graf suhu Maryam memang jelas menunjukkan perbezaan yang ketara. Kemain tinggi lagi grafnya menaik.

Takkan nak duduk wad lagi? Cukuplah selama 32 hari kami berkampung di wad.

Last week ada bawa dia pergi Darus Syifa'. Dengan berbekalkan 2 botol air yang telah dicampur dengan daun baiduri serta doa dan juga sebotol lagi air yang dibacakan doa which is untuk diminum. So yang 2 botol tu hanya untuk digunakan sebagai air mandian Maryam selama 3 hari.

Selain dari doa, itulah salah satu usaha yang me and mr hubby cuba lakukan untuk melihat dia sihat SEPENUHNYA seperti sediakala.

And sehingga ke hari ni jugak Maryam masih lagi demam. Tapi yang peliknya demamnya hanya bermula selepas maghrib sehinggalah keesokan paginya. So meaning that siang hari dia tidak lah terlalu flat sangat macam waktu malam.

Dah lah tu..2-3 hari lepas mulutnya banyak dengan ulser. Kat gusi pun ada! Ingatkan dia kena penyakit tangan, kaki dan mulut tapi paed cakap tak sebab tanda kat tangan dan kakinya normal je.

Kesian je bila tengok dia nak makan atau minum. Kita ni yang dah tua bangka pun bila kena ulser yang sebiji tu pun dah sakit nak makan. Inikan pulak Maryam yang banyak dekat bibir dan gusi dia.

Berkemungkinan juga punca Maryam demam kali ni disebabkan ulcer dia tu. Yang pastinya bukan disebabkan kencing tikus lagi. Lagipun paed cakap sekarang ni antibodi Maryam belum lagi kuat macam sebelum ni. So senang sangat lah kalau dia nak kena sakit.
 


 Bergambar bersama Dr Yasmin..paed yang rajin menjawab segala soalan yang ditanya..

Siang tadi pulak bawa Alli jumpa paed yang memang best, Dr Ling. Kali ni jumpa bukan sebab appointment dia tapi disebabkan Alli yang dah 3 hari demam. 

Dalam hati ni "entah-entah kena tahan wad lagi"

Tapi tak..paed cuma bekalkann 3 jenis ubat untuk Alli yang perlu dicompletekan dalam tempoh 4 hari. So kalau lepas tu dia still demam, terus pergi hospital lah jawabnya.

Masa check up tadi, lung Alli still ada bunyi sikit. So macam biasalah..teruskan ubat-ubatan yang dibekalkan untuk dia. Dari yang jenis oral hinggalah ke inhaler.

Sekarang ni pun me and mr hubby memang dah jadi doktor kat rumah. Hari-hari duk kunci jam untuk bagi ubat kat Alli dengan Maryam. Tak kiralah 3 pagi ke..4 pagi ke..bila sampai je waktu makan ubat memang kena bagi. 

Esok pagi pulak Alli ada appointment dekat Hospital Putrajaya pasal dia punya urine infection yang dulu tu. Actually dah okey tapi esok kena buat USG nak tengok kidney Alli. Hopefully semuanya normal.


Bersama Dr Ling..ini of course paed yang rawat Alli..sangatlah friendly!



P/s : Sekarang ni dah mula basuh semua makanan / minuman yang jenis bertin and dah takut nak minum air tin / botol yang tidak dibasuh terlebih dahulu.

.

2 comments:

kasihredha said...

alahai kesiannya maryam
belum tahu apa puncanya ye

Rozita said...

Harap harap maryam demam biasa jer...nothing serius, Insahallah. Bersabar ye Sue..

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails