Pages

Sunday, March 25, 2012

Tentang kitorang

1.21am..weekend and still tak tidur lagi. Yang mr hubby duk sibuk kat dapur buat kerja dia and me dah ada kat atas and of course sedang menaip.

Hari ni breakfast roti canai. Okeyy..itupun sibuk nak bagitahu ke? Yang pastinya bukan roti canai segera mahupun buatan tangan sendiri. Tapi mamak mari juga!

Lunch pulak masak simple je. Kali ni saja buat menu ala-ala korean food version tekak melayu. Dah lama sangat kimchi yang beli dekat Mydin duk terperap dalam fridge so barulah hari ni start guna. Tapi tak sesedap kimchi kat Korean restaurant. Namun konsep wrapping tetap ada.

Malam tadi pulak dinner McD. So kira hari ni dapur kerja half day je lah.

Cerita pasal buah hati pulak..

Sehingga disaat ini, Alhamdulillah kesihatan Maryam dah kembali normal. Selera makan pun dah back to normal. Bila time nak suap makan nasi, kemain banyak je dia makan. Dia pun dah tak perlu nak jumpa paed lagi. Syukur sesangat!

Sekarang ni pulak dia dah jadi peminat Hello Kitty. Asalnya dia kenal dengan Hello Kitty ni pun bila Cik Han nya belikan set mainan Hello Kitty untuk dia masa hari jadinya tahun lepas.

Baru-baru ni ada belikan baju Hello Kitty untuk dia, kemain xcited dia. And cam biasalah budak, selang sehari nak pakai.

Kebetulan hari tu masa pergi JJ, ada promotion quilt cover set Hello Kitty. Dah siap pegang nak beli and Maryam pun dah suka. Tapi letak balik sebab less nya cuma 30%. Tapi set Princess 50% pulak. Bila tanya  Maryam, dia tetap pilih Hello Kitty.

Biasanya set cadar ni memang sentiasa ada diskaun so me and mr hubby nak tunggu sampai 50%. So next time kalau ada, adalah. Kalau tak ada, tak adalah. Tapi kalau cadar Angry Birds memang ada diskaun 50%. Siapa berminat pergilah beli. Itupun kalau still ada jual lagi. Ngeeeeeeee..memang kiut!

Alli pulak..
Alli masih lagi ada appointment dengan paed. Tapi ubat cegah asthma dah stop and inhaler pun jez guna satu jenis je.

Sekarang ni pun Alli dah start dengan solid food since dia 6 month. Solid food yang pertama of course lah dari air tangan mamanya. Beriya lah me buatkan bubur campur carrot. Pastu kasi kisar hancur-hancur. Tapi muka kelat je dia rasa pasal nasi bubur tu ada rasa pedas cili disebabkan mamanya dah buat sambal belacan guna pengisar tu malam sebelum dia start solid food.

Last-last bagi dia cerelac je. And nasib baik ada sediakan stok cerelac kat rumah.

Sori ye Alli..

Abbas..
Next week dia ada rombongan ke Kidszania. Mula-mula tu xcited jugak dia nak pergi bila mamanya duk bercerita pasal kidszania tu. Tapi lepas tengok kat tv, terus je dia tak nak pergi. Katamya dia takut bunyi-bunyi bising. Tapi kalau me ikut, baru dia nak pergi. Ayooo..ini rombongan sekolah. Bukan rombongan surirumah.

Sangup nangis masa nak tidur pasal tak nak pergi trip tu.

And Azziz pulak..
Sampai sekarang dia tak tidur lagi! Malam ni dia nak tidur dalam baby cot. Ni sebab pagi tadi dia tengok Abbas tidur dalam baby cot la ni.

Tabiat hisap jari masih lagi tak boleh hilang. Tak tahulah apsal susah sangat nak buang tabiat tu. Letak cili masak sudah..cili padi sudah..halia sudah..bawang putih sudah. Konon biar dia rasa tak best bila hisap jari. Tapi tak jalan jugak.

Mr hubby : Why Azziz hisap jari?

Azziz : Because Azziz thirsty.

Agak-agak itu jawapannya atau dia ni saje loyar buruk??

And dia dah mula lena kat dalam baby cot sambil kedengaran bunyi sroot sroot. Komfem hisap jari!

.

2 comments:

kasihredha said...

Alhamdulillah maryam dah sihat.
Semoga Alli pun akan segera sihat semula :)

Hisap jari tu habit...kadang2 kalau terlalu lama takut perkembangan rahang atas dia ke depan.

Sue said...

kasihredha : Alhamdulillah..harap Alli pun akan sihat sepenuhnya..itulah kak..kemain susah nak buang habit Azziz tu..

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails