Pages

Wednesday, August 8, 2012

Malaysia Boleh!

Alhamdulillah..dah masuk ramadhan ke 19. Persiapan hari raya untuk kiddos pun dah selesai. Tahun ni rasa kejap je dapat setelkan keperluan kiddos. Tak macam tahun lepas. Nak beli kasut Maryam je punyalah dari satu kedai ke satu kedai nak mencari yang sesuai.

Persiapan untuk diri sendiri pulak memang ala kadar je. Cukup apa yang ada.

Okey..sekarang ni tengah menunggu pukul 1 pagi sebab nak tengok final basikal olimpik 2012. Bukan sebab nak tengok samada boleh dapat free single scoop ais krim Baskin Robin atau tak tapi sebab nak tengok sendiri Malaysia bermain difinal game.

Macam masa final badminton hari tu, walaupun Malaysia kalah tapi to me game malam tu memang best. Tak dinafikan memang sedih and frust terutama bila tengok kekecewaan Dato' Lee Chong Wei tu sendiri. Tapi adatlah permainan, ada kalah and ada menang. And malam tu Malaysia kalah dengan bermaruah!



P/s : Sangat teruja nak tengok saat jalur gemilang dan lagu negaraku berkumandang semasa penyampaian hadiah. Atlit manakah yang dapat berbuat demikian agaknya? 


2 comments:

Suraya Baharun said...

malaysia boleh!!hehehe..kalah pun ada ais krim jugak...tapi tak kuasa nak berebut untuk satu scop ice krim...hehehehe..

kasihredha said...

sesak nafas tengok badminton malam tu....sedihhhhh sgt bila tengok Dato' LCW sebak waktu nak bagi pingat tu...

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails