Pages

Monday, September 24, 2012

Pucuk Ubi Goreng

Bahan-bahannya
Pucuk ubi-dibuang tangkainya & diramas bersama garam hingga lecur. Kemudian dibasuh dan
                 ditoskan / diperah buang airnya.
4 sudu besar cili mesin / cili boh
Segenggam ikan bilis
Minyak untuk menumis
Garam secukup rasa

Bahan Untuk Dikisar
6 batang serai
1 biji bawang besar
6 ulas bawang putih

 
  • Panaskan minyak dan masukkan ikan bilis. Goreng hingga separuh garing.
  • Kemudian masukkan kesemua bahan yang telah dikisar sehingga sedikit garing.
  • Masukkan garam secukup rasa.
  • Selepas itu masukkan pula pucuk ubi yang telah siap dibasuh dan ditoskan / diperah tadi.
  • Kacau rata dan biar sehingga pucuk ubi agak kering.
  • Siap!

Pucuk ubi yang telah siap diramas dengan garam..



P/s : bila mak nak masak menu ni, me sangatlah suka!

.

5 comments:

Marsita Yahya said...

Sedap ni makan ngan nasi panas2.

Unknown said...

Marsita : Betul tu!:)

Azian Elias said...

tak pernah makan, buat lagi lah.. sure sedap kan exotic food..

Unknown said...

Azian Elias : Kak Yan..cubalah buat..manalah tahu kot-kot kena dengan tekak kak Yan kan..

KakNi said...

nom nom nom sekejap jer licing abis tu!

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails