Pages

Thursday, October 18, 2012

Kena chickenpox

Hello hello uolsssss!

Okey..hari ni hari ke 4 me kena chickenpox. Alhamdulillah start petang semalam dah mula kurang miangnya. Kalau tak, malam sebelum tu kemain nak karuk je badan ni. Muka ni tak yah nak cakaplah..side pipi kanan memang terlebih ayampoknya berbanding yang kiri.

Punca asalnya dari Abbas yang dapat chickenpox dari schoolnya. Lepas seminggu Abbas tak pergi kelas, Maryam pulak yang amik alih chickenpox tuh. Time tengah Maryam kena chickenpox, Azziz pulak turut kena which is lagi banyak dari Abbas and Maryam.

Pastu jumaat lepas mr hubby dah start demam. Sekali ahad tu me perasan kat tangan dia dah naik biji chickenpox tu. Malam tu jugak pergi klinik. Padahal dua hari sebelum tu dah pergi klinik bawa Maryam.

Now turn mr hubby, me and Azziz sekali and doc komfemkan memang chickenpox. So mr hubby dapatlah mc seminggu. Actually me pun dah mula demam masa petang sabtu. Bila makan panadol, dah sihat. Pastu ngam-ngam 4 jam lepas tu terus demam balik. Itu yang malam tu pergi klinik sekali dengan mr hubby dan Azziz.

Sempat jugak belek-belek tangan ni kot-kot ada keluar biji chickenpox. Fuhh! lega..tak ada. Sekali esoknya tu pulak ada 2 biji keluar kat lengan. Amik kau! Sampaikan Kak Long pun kena chickenpox. Dia kena memang teruk lah jugak.

Pastu biasanya chickenpox dapat mc seminggu ni tidak, boleh doc tu bagi mc 2 hari je kat Kak Long. Masuk hari kedua mc tu dia terus pergi renew mc sebab makin banyak biji chickepox tu keluar and time tu pulak dapat tahu yang doc salah bagi ubat. Apadaa..

Tadi pun Kak Long pergi jumpa specialist. Memang specialist sangat terkejut tengok dia. Siap tanya kenapa tak gi jumpa doktor. Tak jumpa apanya. Doktor siap bagi salah ubat tuuuu..Memang nak kena blacklist klinik tu lah. Haaishh..

Specialist siap tambah mc lagi 3 hari and set kan temujanji lagi sekali.Pastu katanya kalau ada sakit perut, kena warded sebab chickenpox tu dah tumbuh kat dalam perut. Hopefully lepas ni kalau sakit perut pun sebab nak berak je lah..kahkahkahkah..

So sekarang ni Alli sorang je yang tak kena. Harap memang vaksin chickenpox yang Alli amik masa dia setahun hari tu dapat bertindakbalas sebagai perisai bagi menghalang chickenpox. Waaachaaaaaaa!

Tapi hari tu doc yang tengok chickenpox Abbas tu ada bagitahu yang kalau Alli kena pun memang sikit je sebab dia dah amik vaksin dari awal. Entahlah..tengoklah macam mana. Inipun hari-hari duk belek badan dia tengok kot-kot ada tanda chickenpox nak keluar.

Kat rumah ni total orang yang duduk is 9 orang. Enam orang kena chickenpox and lagi 3 orang tak ada masalah dengan chickenpox. Yang 3 tulah mak, ayah dan Alli.

Ilmu baru untuk hari ni yang me tahu..chickenpox untuk orang dewasa tak sama dengan chickenpox kanak-kanak. Pastu kalau ada biji ayampok yang timbul macam nanah jerawat tuh jangan duk gatal nak picit sebab ia belum matang lagi.



.

4 comments:

Lia said...

chickenpox ni mmg senng berjangkit kan.. get well soon ye :)

Rozita said...

Memang teruk penangan chickenpox ni ye... satu keluarga kena. Sib baik ali dah ada perisainya. Semoga semua cepat sembuh...

Unknown said...

Lia : Itulah habis ramai yg kena kat rumah..thanks ye!

Rozita : Thanks!

mona said...

salam ziarah ^_^

sy aritu guna kaedah letak daun semambu atas tempat tidur tp daun semambu tu membuatkan bdn kite jd rasa miang2 (pd sy la huhu) sy tak tahan betul tidur beralaskan daun tu mase kene c.pox bulan 4 aritu, so sy remove daun tu dan mase tu cuma bertawakal supaya sy sembuh sendiri tanpa bantuan daun tu. sebab tak tahan sgt2 gatal bdn bile kene daun tu. alhamdulillah tak kena kat anak2 kalo x lagi haru nak menjage diri sendiri lg, nk jg anak lg... huhu

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails