Pages

Tuesday, December 25, 2012

Luahan rasa


Lama dah tak sembang-sembang kat blog nih. Asik tepek picas je. Oklah tu..at least ada jugak kenangan yang bila ditengok kembali akan buatkan diri ini senyum sorang-sorang. Oh yang sedih pun ada tapi itulah hakikat kehidupan. Adanya sedih dan ada yang gembira.

Tahun 2012 pun nak melabuhkan tirainya dan 2013 akan menyusul pula. Nak cerita mengenai tahun 2013 pun tak guna jugak sebab bukannya nak kena buat persiapan apa-apa pun. Cuma tahun depan jadual harian akan ada sedikit padat. Mana yang fikir pasal azam tu, good luck ok! Semoga tercapai.

Tapi bila diimbas kembali detik awal tahun 2012 memang ada sedikit menyentuh hati dan perasaan me sebagai seorang ibu tatkala (perrghh..lama juga tak guna perkataan tatkala tu..) my Lil' Princess disahkan positif dengan Leptospirosis dan tatkala juga doc mengeluarkan pendapat bahawa berkemungkinan dia menghidap kanser!

Terkejut, tergamam, sedih, sebak dan takut sememangnya menyelubungi hati dan perasaan ni. Tapi itu semua telah berlalu dan kini Alhamdulillah..my cute Lil' Princess, Anggun Maryam Putri telah sihat sepenuhnya!

Terima kasih pada yang mendoakan kesihatannya.


*now mulut dia asik pot-pet je tau..pastu suka nyanyi lagu ultraman Mebius.. :)


Itu cerita sedih. Cerita gembiranya pulak adalah apabila kehidupan harian dikelilingi oleh insan-insan yang disayangi..ngeh ngeh ngeh..

Sekarang pulak nak cerita pasal hari ini.

Pagi tadi pergi sekolah Abbas sebab nak belikan buku sekolah dia. Total is RM120.++ tak termasuk buku teks sebab buku teks memang pinjaman. Baju sekolah, beg, alat tulis, kasut dan yang sewaktu dengannya dah kira harga lain. Ini baru darjah satu. Belum masuk U lagi. So to my dear kiddos, please belajar elok-elok supaya dapat masuk U berserta dengan biasiswa. :)

Macam biasalah kiddos ni..bila cerita pasal "Abang Abbas nak go school..", komfem ada je suara-suara kenit yang yang sangat teruja nak pergi school jugak.

"Azziz pun nak go school"

"Aiyam oso nak go tool" 
(Maryam also nak go school)

Kemudian lepas lunch me, mr hubby and Alli pergi Ikea. Yang lain tak ikut sebab lebih afdal diorang stay kat rumah nenek dulu. Tapi macam biasa lah bebudak ni. Kalau tak bawak memang peluang diorang nak dapatkan sugus laici memang tinggi.

Ni bukan nak cerita pasal barang yang dishoppingkan di Ikea tapi nak cerita pasal telekung. Kenapa masih ada segelintir kaum hawa yang susah sangat nak bawak telekung sendiri dari rumah ek? Or me sorang je yang berperasaan begitu.

Rasanya ada kat sini yang ke surau shopping mall pernah dengar ayat "telekung sini ke?" or mungkin jugak ada kat sini dengan sendirinya bertanyakan soalan tersebut.

Bukannya apa..kadang-kadang memang tak faham kenapa tak boleh nak bawak telekung sendiri. Tak susah pun. Lipat je macam biasa pastu masuk dalam bag. Tak pun beli je satu kemudian simpan je dalam kereta. Bila nak keluar, sah-sah telekung tu memang ada sekali dengan kita.

Bila masuk maghrib pulak, dah lah waktunya singkat pastu ramai yang nak solat so mana-mana kaum hawa yang tidak berpakaian yang sesuai untuk mengerjakan solat terpaksalah duk tunggu turn nak pakai telekung Ikea.

Bayangkan kalau sekali masuk (ni yang tak bawa telekung sendiri) 12 orang pastu telekung yang disediakan pihak surau cuma 5 helai je. Yang lagi 7 orang tu nak buat apa pulak kalau bukan asik memerhatikan mana-mana orang yang dah siap solat sebab nak guna telekung tersebut.

Macam tadi, tempat memang kosong nak solat tapi perempuan ni kena tunggu dan perhatikan orang yang dah siap solat sebab nak tunggu telekung.

Rasanya bukan kali pertama kita-kita ni lepak kat mall so pandai-pandai sendiri lah terutama yang dah terang-terang memang kena solat kat luar so bawak je lah telekung dari rumah.

Ini tidak..orang tu belum sempat nak bukak kain dah sibuk tanya telekung sini ke? Tau pun nak cepat kejar time solat tapi tak ada rasa inisiatif nak bawak sendiri.

Tak dinafikan bahawa dulu me pun juga begitu. Tapi bila dah rasa pengalaman nak kena tunggu turn, dapat telekung yang kainnya singkat ditambah pulak dengan haruman telekung tersebut, baik me bawa sendiri.

At least telekung yang memang khas disediakan di surau tersebut dapat digunakan oleh orang yang tertinggal telekung dalam kereta (ni kira kes parking jauh) serta orang yang telekungnya tidak suci.


Maaf..bukan niat untuk menyinggung perasaan sesiapa. Sekadar pandangan peribadi berdasarkan pengalaman dan pemerhatian saya.

Buat semua readers, selamat tahun baru 2013. Semoga 2013 lebih baik daripada 2012 serta lebih diberkati, dirahmati dan diredhaiNya.


.





2 comments:

Ibuhani said...

Slmt thn bru! Smoga tahun 2013 sue n keluarga lebih baik dr 2012. Slmt mmbsrkn anak2 dgn sabar ye dgn kebrktn Allah SWT. Smoga kita jd org yg lbh baik. Pd yg mls bwk tlkg tu..skrg ni kn ada tudung yg solat ready. Bwk jer stokin dlm handbag. Bkn besar pn stokin tu. Boleh jer selit kt mn2 ke klu mls bwk handbag kn.....

cikbibcome said...

Happy new year, semoga hari hari yang berikutnya akan jadi hari yang lebih baik, insya allah

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails