Pages

Thursday, December 15, 2011

Jom sihat!

Okey...berblogging sambil melayan Alli yang dah ngantuk nak tidur.

Yang lain dah pergi main basikal dengan atuk diorang. Komfem balik karang habis selumur muka masing-masing dengan hingus sebab sekarang Abbas, Azziz dan Maryam dah diserang flu dan batuk. Demam pun ada jugak tapi bila dah bagi ubat, terus cergas je. Itu yang boleh main basikal tu.

Alli pun ada jugak menunjukkan tanda-tanda batuk dengan hidung yang kurang selesa. Harap Alli dikelilingi oleh pengawal peribadi yang menghindarkan dia dari terkena flu dan batuk dari abang-abang dan kakaknya.

Sekarang ni pun Alli dah 3 bulan lebih. Latest berat Alli ialah 6.5kg. Kata paed "over dari average". Itu hari berat dia dah sampai border obesiti dah. Hamboiiii..ku semangat! Yang penting dia sihat!

Untuk masa sekarang ni pulak Alli kena makan ubat antibiotik setiap malam sehinggalah paed sendiri yang suruh stop. Ini gara-gara air kencing Alli yang before this ada infection. So kalau nak keluar mana-mana yang memerlukan kitorang stay untuk beberapa hari, memanglah kena bawak ubat Alli.

Next year bulan march pulak nanti dah kena pergi hospital lagi untuk buat ultrasound bagi tujuan nak pastikan kidney Alli okey. Tarikh tu lah yang tak sabar ditunggu dan takut untuk ditunggu.

Tak sabar sebab nak pastikan kesihatan Alli dapat dipantau dengan lebih awal lagi dan takut pulak untuk mendengar apa yang akan dikatakan paed hasil dari ultrasound tersebut.

Tapi so far alhamdulillah Alli memang nampak sihat and dia ni bukan jenis baby yang banyak ragam. Cuma dia ni boleh dikatakan kerap muntah la jugak kalau nak dibandingkan dengan abang-abang dan kakaknya. Lebih-lebih lagi bila dia overload susu. Kadang-kadang tu dah macam air pancut keluar dari mulut dia.

Dipendekkan entry..
 
Alli pun dah tidur so empunya blog ni nak masak nasi goreng.  :)


.

Wednesday, December 7, 2011

Saba Restaurant

Hari tu ada pergi try makan makanan arab dekat Saba Restaurant, Cyberjaya. Kalau nak diikutkan perjalanan dari rumah ke sana lebih kurang dalam setengah jam je. Tapi dek kerana tak pernah sampai lagi kat restoran tu dengan ditambah lagi mencari locationnya, terus boleh jadi satu jam lebih perjalanan. Tambah sikit lagi, dah boleh sampai kampung Melaka dah. Nasib baik time tu perut tak lapar sangat.

Perrgghh!
Memang ramai betul yang lepak makan kat situ. Susahlah nak tengok meja kosong. Kebetulan masa kitorang sampai, ada satu meja kosong yang cukup untuk kitorang. Dekat pulak tu dengan tempat diorang buat air. Takpelah..daripada perut start lapar, jangan banyak cakap, duduk je lah.


Time nak pilih menu..Abbas tak ketinggalan jugak..



Mr hubby memang boleh jadi jurucakap ubat gigi.."putih dan kuat"..sangat sesuaiiiiiii..

 Mr hubby tengah tanya pandangan waiter..

Ni kira first time me and mr hubby pergi makan dekat Saba. So bila nak order tu, kena tanya pendapat waiter tu sendiri. Nasib baik tanya, kalau buat bodoh sombong, jawabnya banyak yang kena tapau bawak balik rumah sebab portion sepinggan nasi yang kitorang order memang besar.

Kalau untuk kitorang malam tu termasuk adik ipar dua orang, memang kitorang order 3 menu je. Itupun memang kena tapau bawak balik jugak.


 Ni baru bangun tido..

 Mandi Chicken..

 Kabsah Lamb..

 Haaaaa..ini Abbas yang order..Mix Barbeques..ada beef, lamb, chicken, fries, cili hijau..datang sekali dengan roti,,rasanya roti pita kot..

Teh O yang dicampur dengan daun pudina..



 Mix vege ni lebih kurang macam dalcal..self service..isilah berapa banyak yang nak..

 Pelanggan memang keluar masuk..agak-agak sebulan berapalah untungannya..







 Mr hubby dengan adiknya yang bermurah hati belanja kitorang malam tu..thanks!

Peace..


Pergilah cuba! :)

 
CyberJaya
4800 Suite 0-2, Ground Floor, Block A1, Jalan Perdana,
CBD Perdana, Cyberjaya, 63000 Selangor. 

 
Kula Lumpur
1-01 Dataran, Setiawangsa, Jalan Jelatek,
Setiawangsa, 54200 Kula Lumpur



P/s : Lambnya lembuttttttt..

Tuesday, December 6, 2011

Maryam turns 2

.
.
Kek angry bird untuk birthday Maryam kali ni..









Alli..tengah nangis nak susu..

Ayah & Mak..



Bila abang bertemu dengan adik..harus bergosip..







Auntie..





Abang Mie & Kak Long..









Jeng..jeng..jeng..



Nurrliss-sepupu Maryam..kalau ikut tahun, beza setahun dari Maryam..kalau ikut bulan, cuma beza 2 bulan lebih je..tapi dia lagi besar dari Maryam..

Kak Nie & BIL..

Cik Han..SIL..







Maryam dengan atuk..

Alhamdulillah..umur Maryam dah pun masuk 2 tahun. Semoga Maryam menjadi anak yang solehah, berakhlak mulia, bijak serta menjadi anak yang sihat dan juga sentiasa dimurahkan rezeki.

We love you Maryam!



Location : Hartz Chicken Buffet, Sunway Pyramid
.
Related Posts with Thumbnails