Pages

Wednesday, December 7, 2011

Saba Restaurant

Hari tu ada pergi try makan makanan arab dekat Saba Restaurant, Cyberjaya. Kalau nak diikutkan perjalanan dari rumah ke sana lebih kurang dalam setengah jam je. Tapi dek kerana tak pernah sampai lagi kat restoran tu dengan ditambah lagi mencari locationnya, terus boleh jadi satu jam lebih perjalanan. Tambah sikit lagi, dah boleh sampai kampung Melaka dah. Nasib baik time tu perut tak lapar sangat.

Perrgghh!
Memang ramai betul yang lepak makan kat situ. Susahlah nak tengok meja kosong. Kebetulan masa kitorang sampai, ada satu meja kosong yang cukup untuk kitorang. Dekat pulak tu dengan tempat diorang buat air. Takpelah..daripada perut start lapar, jangan banyak cakap, duduk je lah.


Time nak pilih menu..Abbas tak ketinggalan jugak..



Mr hubby memang boleh jadi jurucakap ubat gigi.."putih dan kuat"..sangat sesuaiiiiiii..

 Mr hubby tengah tanya pandangan waiter..

Ni kira first time me and mr hubby pergi makan dekat Saba. So bila nak order tu, kena tanya pendapat waiter tu sendiri. Nasib baik tanya, kalau buat bodoh sombong, jawabnya banyak yang kena tapau bawak balik rumah sebab portion sepinggan nasi yang kitorang order memang besar.

Kalau untuk kitorang malam tu termasuk adik ipar dua orang, memang kitorang order 3 menu je. Itupun memang kena tapau bawak balik jugak.


 Ni baru bangun tido..

 Mandi Chicken..

 Kabsah Lamb..

 Haaaaa..ini Abbas yang order..Mix Barbeques..ada beef, lamb, chicken, fries, cili hijau..datang sekali dengan roti,,rasanya roti pita kot..

Teh O yang dicampur dengan daun pudina..



 Mix vege ni lebih kurang macam dalcal..self service..isilah berapa banyak yang nak..

 Pelanggan memang keluar masuk..agak-agak sebulan berapalah untungannya..







 Mr hubby dengan adiknya yang bermurah hati belanja kitorang malam tu..thanks!

Peace..


Pergilah cuba! :)

 
CyberJaya
4800 Suite 0-2, Ground Floor, Block A1, Jalan Perdana,
CBD Perdana, Cyberjaya, 63000 Selangor. 

 
Kula Lumpur
1-01 Dataran, Setiawangsa, Jalan Jelatek,
Setiawangsa, 54200 Kula Lumpur



P/s : Lambnya lembuttttttt..

6 comments:

raFida oThMan ( fiEda ) said...

bestkan.. aku n hsbd mmg ske mkn situ.berbaloi-baloi! :) byk lg rest arab yg sedap2 kat kl ni.tp aku prefer gi sini je...murah + kenyang giler + dekat dgn rmh aku.huhu~ buat aku terliuq je...

kasihredha said...

akak selalu ke sini :)
sebab suka nasi khamsa dan baklavanya

dalila said...

tak pernah lagi makan2 sana... nk kena masuk dlm list ni...

Unknown said...

fiEda : hang terliuq ka?? pi la ajak hubby hang pi dinner sana..hihihi

kasihredha : ingatkan hari tu nak try jugak baklavanya tapi masa tu pulak ada ulser..so tak berapa nak enjoy..

Dalila : masuk jgn tak masuk..hihihihi

raFida oThMan ( fiEda ) said...

harus la...chikcekn kabsah & shish tawouk! nyum3..

Rozita said...

Akak selalu ke sini. Suka makan kabsah lamb dan baklava. Sedappp.

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails