Pada mulanya agak risau juga kalau-kalau ada orang yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan atas bancian yang sedang giat dijalankan ketika ini dengan mengatakan " saya wakil dari Jabatan Perangkaan ingin membuat bancian".
Ditambah pula dengan respon masyarakat (kes yang tidak memberi kerjasana) yang takut akan maklumat peribadi akan diketahui oleh orang yang tidak bertanggungjawab serta risau kalau-kalau golongan ini mengambil kesempatan dengan mencuri barang di dalam rumah.
Macam hari tu sewaktu ada wakil dari Jabatan Perangkaan ni datang nak buat bancian, risau juga kalau-kalau orang tu tipu ke..tapi bila tengok perwatakannya yang boleh dipercayai serta waktu yang dia datang pada waktu orang balik dari tempat kerja. (Time ni boleh dikatakan agak busy sikit orang keluar masuk rumah masing-masing + anak-anak jiran yang baru balik dari sekolah). Itu yang boleh layan soalan-soalan nya. Benda ni tak adalah nak ambil masa lama pun. Tup-tap tup-tap..segala macam jenis soalan habis di jawab. Ialahkan, dah nama pun pembanci tu sedang menjalankan tugas. Bukannya bermesyuarat tingkap.
Dipendekan cerita, bancian kali ni adalah yang kelima semenjak diperkenalkan pada tahun 1970 dan objektif bancian pada tahun ini adalah bertujuan untuk mengumpul maklumat perangkaan yang menyeluruh berkaitan penduduk dan perumahan negara disamping menyediakan maklumat yang meluas tentang bilangan penduduk dan isi rumah serta ciri-ciri demografi, sosial dan ekonomi termasuk bilangan tempat kediaman mengikut jenis, ciri dan kemudahan asas yang disediakan.
Disamping itu ia juga bertujuan..
- menyediakan data asas penduduk dan perumah di pelbagai peringkat geografi sehingga ke kawasan yang keci.
- Mendapatkan maklumat terperinci berkaitan migrasi dalaman dan antarabangsa untuk melihat pola imigrasi.
- Asas kepada penyediaan geran daripada Kerajaan Pusat kepada Kerajaan Negeri.
- Input kepada anggaran dan unjuran penduduk semasa.
Selain dari tu, responden boleh mengisi dokumen secara online melalui www.statistic.gov.my. Butir-butir pengenalan (ID) akan dibekalkan ke dalam Kit Banci bagi membolehkan responden mengekses ke sistem e-Census.
*untuk tujuan kawalan, pengisian sendiri soal selidik hanya melibatkan kawasan tertentu sahaja iaitu kawasan bandar besar atau kawasan yang susah diekses*
4 comments:
area rumah ni belum ada yg dtg lagi..
rumah lia dah datang..
LiAnA : selamat menjawab soalan-soalannya..(mcm nak jawab exam pulak..hehehe..
IdzaLia: Syabas atas kejasama anda!..:)
Post a Comment