****************************************************************************
Sekarang ni hubby dah rendahkan ketinggian baby cot Maryam atas sebab Maryam yang mula menunjukkan aksi-aksi yang membahayakan. Dia dah boleh berdiri kat dalam baby cot tu. Bukan setakat aksinya sahaja malah Maryam juga jenis yang suka masukkan barang ke dalam mulutnya. Apa yang ada depan matanya pasti akan dimasukkan ke dalam mulut. Pernah satu malam tu Maryam hampir nak makan lipas yang dah mati. Nasib baiklah mak long nya nampak.
Warna pensel milik abang-abangnya pun dia masukkan ke dalam mulut. Habis berbelang macam misai kucing pipinya dek kerana warna pensel tuh. Yang dia tahu hanya senyum sahaja. Aish!..terus je mama nya cair dengan senyumannya.
0 comments:
Post a Comment