Pages

Tuesday, July 5, 2011

Stir Fried Mutton

Bahan-bahanya
1/2kg daging kambing-dipotong kecil, digaul dengan garam dan digoreng sedikit garing dahulu
1 batang daun saderi-dipotong 3cm
2 biji cili hijau-dipotong menyerong
1 sudu besar minyak bijan
1 sudu besar kicap masin
1/2 sudu kecil pati ikan bilis
4 sudu besar air tepung jagung
Minyak untuk menumis

Bahan Untuk Dihiris
2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
3cm halia



  • Panaskan minyak dan tumiskan kesemua bahan yang telah siap dihiris beserta dengan cili hijau dan daun saderi sehingga naik bau.
  • Masukkan daging kambing yang telah siap digoreng tadi. Kacau rata.
  • Kemudian masukkan pula pati ikan bilis, minyak bijan dan kicap masin.
  • Masukkan air tepung jagung dan kacau rata. 
  • Biarkan sedikit kering dan barulah siap diangkat dan bolehlah dihidangkan.

2 comments:

kasihredha said...

waduh2 sedapnya..
lapar2

Sue said...

kasihredha : kak, sesekali pekena kambing masak mcm ni mmg best jugak!

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails