Petang tu lah start amik kek, beli air batu, keluarkan barang-barang untuk bbq and buat apa yang patut. Dalam pukul 6 barulah start bakar arang and bermulalah operasi seterusnya.
Memang tak ada istilah masak-masak didalam rumah. Cukup sekadar ayam, lamb, sosej, sotong, keli, dan pari yang dibakar plus thousand island salad. Ingatkan nak beli je air kotak tapi tak jadi and malam tu kitorang minum air lemon. Sedap jugak sesekali tukar selera dari air limau ke air lemon.
Operasi lap mengelap..
Birthday boy..
Kiddos merasmikan sosej terlebih dahulu..
Kek pilihan Abbas sendiri..
Birthday boy disamping kek nya..
Maryam suka betul dia tengok kek tu..
Macam biasa..gambar keluarga..
From me..
Dari Cik Han nya..
Dari Mak Ngah nya..
Dari Mak Long nya..
Dari Alang nya..Azziz pun dapat sekali..
Disebabkan hanya menggunakan kamera fon, gambar untuk suasana di malam hari ketika berada diluar rumah memang tak dapat nak amik disebabkan pencahayaan tak berapa nak cukup..hihihihi..
Thanks pada yang telah memberi hadiah sempena birthday Abbas kali ini.
HAPPY BIRTHDAY ABBAS!..harapan mama and papa agar Abbas peroleh kesihatan yang baik, jadi insan yang bijak, insan yang berguna dunia dan akhirat dan kami sentiasa doakan yang terbaik untuk Abbas..We love u!
2 comments:
happy birthday abbas.. semoga jadi anak yg cerdik dan soleh ye.. wahh dapt banyak hadiah tu..
Lia : Thanks Auntie Lia!.. :)
Post a Comment