Pages

Wednesday, July 25, 2012

Nak sahur jugak

Alhamdulillah..dah masuk hari ke-5 Ramadhan. Syukur masih diberi kesihatan yang baik bagi meneruskan puasa kali ini.

Puasa kali ni memang sambut dekat rumah orang tua tersayang. Maklumlah sekarang ni kitorang sefamili dah menumpang rumah mak sementara menunggu rumah kitorang boleh diduduki.


 Sahur dihari pertama, ada lauk sayur cendawan, ikan bilis goreng kering..sup ekor dan kangkung goreng tapau dari kedai pun ada..

Abbas..ngantuk la tuh..hari pertama sahur tapi tak puasa..

Setakat ni Abbas baru je puasa sehari setengah. Dia dapat puasa penuh masa ramadhan ke-2 and masih ingat lagi hari tu dah nak pukul 6 barulah nampak dia dah mula letih. Tapi Alhamdulillah dapat juga dia bertahan sampai waktu berbuka. 

Semalam pulak dapat bertahan separuh hari je. Tapi tak sangka jugak yang dia boleh bertahan sampai dah nak pukul 2pm sebab pagi tu dia tak bangun sahur. 

Bukannya dia malas nak bangun tapi me saja tak kejutkan dia.

Alih-alih bila kejutkan dia bangun nak pergi sekolah, kemain menangis dia sebab mama nya tak kejutkan dia sahur. Sanggup tak breakfast sebab tekad nak berpuasa jugak!.

Kadang-kadang Abbas n Azziz buat bangun sahur ni nampak macam satu aktiviti makan malam yang sangat diorang teruja nak buat. Macam hari tu, boleh pulak Azziz menangis sebab dia nak sahur.  Padahal pukul 1 pagi pun belum lagi.

Tapi bila bangun tido, tak sampai berapa jam terus je nak makan. Itu yang pagi tadi rasa tak nak kejutkan diorang sahur walaupun diorang dah pesan.

Apapun, usia Abbas yang dah masuk 6 tahun pada tahun ni, rasanya tiada masalah untuk menggalakkan dia belajar untuk berpuasa penuh.  Macam Azziz pulak, bak kata mr hubby..


Mr hubby : Memang tak harap untuk diorang puasa sekarang ni tapi tak pe lah..at least diorang belajar sahur tu macam mana.

.





4 comments:

Suraya Baharun said...

insyaAllah adik abas boleh buat...sian dia sampai tertido kat kerusi..:)

mamyharraz said...

salam ramadhan :)

betul tu..latih ank berpuasa dr awal..kalau dia tak larat tak mengapalah..sekurangnya dia mencuba kan :)

semoga abbas kuat semangat utk teruskan puasa :D

salam kenal dr mamyharraz ;)

Ibuhani said...

ala Abbas.....msh mood tdo lg tu! Byknya lauk sahur dia...

Sue said...

suraya : masih lagi dalam percubaan..

mamyharraz : salam ramadhan..itulah bila dia tak dapat habiskan, memang suruh dia buka je terus..

Ibuhani : memang masih mood tido lagi tuh.. :)

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails