Pages

Wednesday, July 25, 2012

Geram & Sabar

Hari ni sesungguhnya lebih mengajar untuk menjadikan diri ini lebih sabar dan sabar. Ye..saya tengah bersabar ni dan dalam masa yang sama juga dalam hati ni sungguh gerrrrrrraammmmmm!

Okey..sekarang ni memang bersiaran dari KPJ Selangor Specialist disebabkan Alli yang ditahan wad due to Acute Bronchitis dia yang datang balik.

Disebabkan single bed dekat wad kanak-kanak penuh (actually wad kanak-kanak tengah penuh sekarang ni), Alli diletakkan di wad lain untuk four bedded dimana bilik ni memang khas untuk kanak-kanak sebab wad paed kat tingkat 2 dah penuh.

Yang membuatkan dalam hati ni geram is patient sebelah ni. Actually lebih kepada penjaga pesakit. Memang tak ada kesedaran sivik langsung. Boleh bayangkan tengah malam tadi ringing handphone dia punyalah kuat ditambah pulak dengan bunyi ala-ala shuffle.

Fikirlah sikit yang dalam ni bukannya dia sorang yang duduk. Adalagi pesakit serta penjaga lain yang nak rehat. Dah lah tu, bila cakap kat handphone kemain kuat.

Itu baru pasal handphone yang masih lagi boleh diterima. Tapi belum lagi pasal dia duk berpot-pet dengan anak dia lagi. Kot ye nak bersembang, memanglah tak salah langsung tapi agak-agak lah volume suara tu. Bila bising je katil sebelah, Alli siap terjaga pastu terkebil-kebil mata sambil mendengar bunyi bising tu.

Please lah..ini hospital dan bukannya tempat riadah. Dah lah dalam ni ada pesakit dengan usia 7 bulan dengan lagi satu yang baru lepas buat operation malam tadi. Rasanya lagi 2 penjaga kat depan ni agaknya meluat dengan atitude orang yang tak ada kesedaran sivik ni.

Macam tadi..ntah mana pergi lah si minah ni. Boleh pulak dia tinggalkan anak perempuan dia dalam usia lebih kurang 9 tahun untuk jaga anak dia yang sakit tu. Dah lah tu anak dia yang sakit tu melalak nak mak dia. Mahu tak haru dengan kebisingan suara budak tu kat dalam bilik ni.

Kalau melalak sebab sakit tu, memang faham lah tapi ini melalak sebab mak dia dah keluar. And saat menaip entry ni, dengan selamba duk bergosip dengan tak kontrol volume suara tu. Anak-anak lain yang lepak sini tak yah nak cakaplah. Macam-macam pitching ada kat sebelah ni.

Agak-agak nak buat macam rumah sendiri, pergilah masuk single ward.

Habis cerita!


kaf lam ya nga lerr..


.

3 comments:

Suraya Baharun said...

memang bagsa diaorg ni cam tu..kalau cakap sedepa bleh dengar...pas2 tak pernah pk kat org lain..sabau je la...dugaan bulan pose..

kasihredha said...

sabar ye sue

p/s : cuba sekali lagi ye sue...tekan setting...pastu tekan posts dan comment...ada comment location...dan pilih embedded...save.

seingat akak ini je yg akak buat sue.

Unknown said...

suraya : mmg sabau je lah kan..

kasihredha : ok..sabar..hihihi..nanti sue cuba buat balik setting tu..

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails