Pages

Monday, August 2, 2010

Abbas 4th Birthday

31 July hari tu genaplah umur Abbas 4 tahun. Seperti tahun-tahun sebelum ni, sememangnya tiada buat birthday party. Sekadar buat makan-makan untuk keluarga sahaja.

Walaupun buat untuk keluarga sahaja, persiapan tetap diadakan and bila bab nak buat persiapan ni memang teruja sangat. Tiga hari sebelum tarikh birthday Abbas dah pun tempah kek. Tahun ni Abbas sendiri yang pilih design untuk kek nya. Katanya nak kek robot. So kek nya untuk tahun ni ada gambar transformer bumblebee. He's so excited bila tengok kek nya dah siap. Tak habis-habis duk tanya " Abbas nak eat cake boleh tak?"


Tahun ni juga neneknya ada sponsor pulut kuning siap dengan seni dekorasi yang tertera nombor 4 kat pulut tu hasil dari susunan telur puyuh. Selain dari tu ada juga di sponsor ayam panggang, sambal sotong (makan dengan pulut kuning) dan cendol. Laksa Sarawak pun ada..sponsored by my sister.

 Nampak la jugak nombor "4" tu.. :)

Pada mulanya ingatkan nak beli pizza dan satay sekali tapi memandangkan dengan jenis menu yang di sponsor, terus cancel nak beli pizza. Cukup setakat beli satay je. Itupun memang berlebih sehingga boleh dijadikan sebagai breakfast dan dinner kami sekeluarga.

 Birthday boy..




 

HAPPY BIRTHDAY ABBAS!..semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki..jadi anak yang soleh, sihat, bijak dan berakhlak mulia! 

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails