Pages

Monday, May 9, 2011

Latest

Rasanya dah nak semingggu cuaca agak panas sikit. Kalau sidai baju kat luar tu memang kejap je lah dah kering. And bila cuaca panas macam hari ni, yang i perasan komfem muka i akan gtaal-gatal. Bukan gatal-gatal yang naik ruam merah tu tapi orang kata gatal resdung. Bila bab menggaru tu, dah rupa macam garu lengan je.

Menu hari ni pulak talapia merah goreng cili dengan sayur kobis masak lemak. Burrrrrp! Alhamdulillah..selesai sudah lunch hari ni. lepas ni pulak ingatkan nak buat milo ais. Bila cuaca panas macam ni kalau pekena air kelapa ke..air batu campur ke..memanglah terbaik. Akan tetapi disebabkan kat rumah ni tak ada air kelapa dan air batu campur, pekena milo ais pun dah kiro okey jugak.

Maryam pulak baru je lepas tidur and abang-abangnya tengah sibuk duk main blocks. Masing-masing beriya tengah buat rumah yang ada aircond dan sink. Sekarang ni pun Abbas dan Azziz dah ada aktiviti baru iaitu main puzzle.

Elok sikit mengadap puzzle ni. Dapat juga diorang ni aktiviti baru lagi berfaedah selain dari lebih mengeratkan hubungan kekeluargaan. Ialahkan..bila mr hubby balik kerja je and kalau time tu Abbas dan Azziz tengah layan puzzle, dia pun turut join buat puzzle. Lepas join buat puzzle dengan Abbas, join Azziz pulak. Memang best pulak bila buat aktiviti puzzle ni. Seriuosly dah lama tinggalkan akiviti ni. Itu yang macam syiok tu..hihihihihi..

Pernah sekali tu sampaikan dari ada yang duduk bersila boleh ke menyangkung. Pastu sambung bersila balik and pastu meniarap pulak. Lepas meniarap sambung baring pulak. Kalau lepas tu terus buat air liur basi memang tak dapek den nak nolong.

Ingatkan bila keluar nanti nak pergi tengok puzzle yang ada 200pcs tu sebab i memang berhajat nak beli tapi tak nak lah gambar yang susah. Cukuplah gambar yang senang je. Belia tua macam i ni kekadang memori tak sehebat mana  pun untuk ingat balik susunan puzzle yang asal. Pastu nak kena make sure yang satu pun takkan hilang sebab bila puzzle tu dah hilang sekeping, memanglah dah tak cantik.

Hmmm tengoklah macam mana nanti.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails