Pages

Wednesday, May 25, 2011

Penang

Ituhari kitorang pergi Penang. Saje je gi jalan-jalan kat sana.

Cadangan asal nak bertolak dalam pukul 9-10 pagi tapi itu hanyalah sekadar cadangan asal. And yang sebetulnya pukul 10 lebih baru keluar rumah. Itupun bukannya direct pergi tapi menyinggah beakfast kejap kat mamak. Dengan singgah petrol station lagi last-last pukul nak 11.30 baru gerak.


Duduk diam-diam..mama nak amik gambar..

Sampai area Butterworth dah pukul 3 lebih and sampai je kat rumah yang kitorang nak stay tu terus je makan. Kitorang stay satu malam dekat rumah geng kopibin session.

Rehat jap pastu terus pergi lepak kat pantai area RnR Bagan Ajam. Ini memang sangatlah dinanti-nantikan oleh kiddos sebab diorang nak main sand and itu yang diorang main dengan jeans sebab memang asalnya tak terfikir main sand kat situ.








Yang kuning tu lah Penang Port..




Cuti-cuti kali ni memang dah rancang nak lepak kat pantai main sand so sand bucket dah standby terus bawa dari rumah.

Malam tu pulak kitorang pergi makan mee udang dekat Sg Dua. Kalau lalu kat kawasan sini memang ada beberapa buah kedai yang memang ada jual menu mee udang ni and lupa pulak nama kedai yang kitorang makan tu.

Kat kedai tu, udang memang boleh pilih sendiri mengikut harga yang ditetapkan and itu tak termasuk harga setelah mee tu siap dimasak. And untuk pilihan udang tu pulak, diorang just masak untuk nasi goreng udang dan mee udang je. Ketam bunga pun ada tapi rasa lain pulak kalau order mee ketam.


 100g = Rm9.00..12 ekor kat atas tu untuk RM42.++..perrgghhhh!..

 Ada kelapa fresh..

 Ni hasil mee udang nya..

 Ni pulak hasil nasi gorengnya yang mewah sungguh..mana tak mewah kalau udang 100g untuk RM9.00 kan..makan bukak mata and bayar tutup mata..ngahahaha..

Kat situ memang ada jugak kedai yang jual masakan panas and satay. So still ada pilihan lain kalau sesiapa yang tak makan mee or seafood.

Bila sebut seafood ni, tengah malam tu mr hubby start gatal-gatal and nasib baik time tu ubat allergy mr hubby dah bawa sekali ikut bercuti dengan kitorang. Kalau tak, mahu mengeletis dia malam tu. Yang peliknya before this dia okey je makan seafood tapi sekarang ni terus jadi gatal-gatal.

Macam semalam, dia tak perasan yang dia makan sambal belacan and sekali hambik kau..selesai makan terus naik gatal-gatal. Terus gi klinik amik enjet. Haaishhh..

Okey..
Masa second day kitorang kat Penang, mulakan dengan breakfast roti canai di pasar pagi Penaga and barulah terus gerak naik feri menuju ke Tanjung Bungah. Kitorang stay semalam hotel kat situ-Corpthorne Orchid Hotel.


Dalam feri..



Ingatkan bila sampai hotel boleh terus check in tapi tak adanya. Mula-mula tu kata boleh masuk pukul 2 and itupun bergantung pada bilik yang ada. Kemudian beriya je kata bilik boleh siap dalam pukul 3 and pastu nanti akan inform kat kitorang. Sampa sudah tak jugak call kitorang.

Nasib time tu kak Fadh and Ali dah dapat bilik so dapatlah jugak rehat kejap sementara nak pergi Toy Museum and mengisi perut.




Toy Museum ni memang tak jauh pun dari tempat peginapan kitorang. Jalan kaki je pergi situ. Me and mr hubby dah teruja nak bawa masuk kiddos tengok muzium toy ni and kiddos apalagi, pantang disebut perkataan toys, kemain sukalah.

Tiket masuk RM10 untuk adult and RM6 untuk child. Akan tetapi................... rasa memang tak berbaloi masuk dalam muzium tu sebab ntah apa-apa ntah muzium tu.

Masuk je dalam tu dah bau benda tak best. Lebih kurang bau macam kayu yang lembab. Nak cerita detail memang malas tapi cukuplah i katakan yang diorang ni agaknya tak jaga muzium tu dengan sebaik mungkin. Bagi yang bawa stroller memang kena hati-hati sebab ada antara laluan kat situ tak berapa besar sangat.

Memang tak lama pun kitorang kat dalam tu. Azziz pulak lepas tengok kat area yang khas untuk permainan yang berunsurkan seram macam toys dalam cerita Chucky tu, terus minta dukung and tutup muka tak nak tengok terus.

Toys memang banyaklah sebab dah nama pun muzium toy kan.


























Next tu baru terus gi lunch kat area Island Plaza. Lepak kat Dome sampai perut kenyang.


Time ni cuaca agak panas..orang putih duduk kat dalam tapi orang yang tak berapa putih macam kitorang ni lepak kat kat luar..ngahahahahaha..

 Bagus jugak bila ada disediakan aktiviti khas untuk kanak-kanak ni..dapat sikit kiddos duduk diam..

Azziz berhajat nak bawa kaler pensil tu balik jadi hak dia..tapi tak adanya..itu Dome punya..menangis punya pasal, last-last dapatlah jugak sebatang kaler tu..

Spaghetti bolognese..

Spaghetti spicy olio..

 Fish N Chips yang tak adapun tartar sauce nya..hmmmmmmmm..

Sos black peppernya kali ni tak best..ada rasa sikit creamy yang tak boleh nak tekak nak terima..

Settle segala urusan yang tak rasmi kat area Island Plaza tu terus balik hotel. Masa untuk merehatkan badan yag penat ni.

Masa time ni lah yang rasa tensi je berdiri depan kaunter hotel tu. Dah lah tak call pastu still tak sure lagi samaada bilik dah siap or belum. Tensi-tensi pun apa boleh buat? duk pot-pet pot-pet je lah kat telinga mr hubby. 




View from our room..

Fuhh! serius best sangat dapat merehatkan badan ni. Dah lah program lepas tu nak bawa kiddos main sand. Kalau boleh nak tidur je. Tapi itu kalau boleh lah. Kalau tido, kesian pulak kat mr hubby yang kena handle kiddos. So memadai lah dapat rehat kejap. 

Tapi yang peliknya kiddos ni rileks je tak penat. Azziz tu setakat mulut je cakap "tired" tapi sampai bilik terus je ada idea nak yang nak dibuatnya dalam bilik tu.

Main hantu kak limah lah..main lompat atas katil lah..penat apa kalau macam tu.

 Ini yang  baru dikatakan baju yang sesuai untuk bermain sand ditepi pantai..







Dah puas bagi kiddos main sand, terus sambung main air kat kat dalam bath tab pula pastu barulah masing-masing duk mengadap honey star. Lapar lah tu. Nasib baiklah mama diorang ni memang dah faham sangat situasi yang akan berlaku selepas main sand.

Bila dah sampai Penang ni, mesti try nasi kandar la kan. So malam ke dua kat Penang tu, kitorang pergi makan nasi kandar Line Clear (sila sebut dalam loghat Penang okey). And itulah kali pertama i makan nasi kandar. Tak kiralah nasi kandar Line Clear ke..tak berapa nak clear ke..itulah yang pertama kali.


 Nasi kandar pertama ku..main order je..last-last tak habis pun..

Rupanya nasi kandar ni rasa dia lebih kurang sama macam makan nasi lauk kari kat mamak kot. Tapi mr hubby bubuh segala macam kuah kat nasi dia tu. Agaknya itu cara makan nasi kandar. Ntah lah..






Mai makan nasi kandaq!.. :)

Lepas makan and sampai je bilik, terus uruskan kiddos and zzzZZZZZZZZZZZZZZZZZzzzzzzzz..

Memang penat!.

Next day pulak nak pergi Alor Setar jumpa mak cik sebelah mr hubby and barulah terus balik Shah Alam.

4 comments:

Lia said...

cuti2 ye akak.. best tu.. lia lama tak mkn mee udang.

Sue said...

Lia: cuti2 cenggitu je..hehehehe..

kasihredha said...

cantiknya view dari bilik tu...bestnya main pantai kan.

Sue said...

kasihredha: view mmg cantik..yg bestnya kiddos la..kita yg tua ni pun tumpang sekaki gak..hehehehehe..

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails