Pages

Monday, May 30, 2011

Ikan Bawal Goreng Cilipadi

Bahan-bahannya
2 ekor ikan bawal-digoreng dahulu
1/2 cawan air
1 biji bawang besar-dipotong bulat
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis


Bahan diblend
1 biji bawang besar
6 ulas bawang putih
4 biji cili merah
4 biji cilipadi

*kalau nak pedas lagi berapi, boleh tambahkan cili padi tu lagi..i guna cili padi kampung yang saiz kecik tu. So 4 biji tu memang dah terasa pedasnya walaupun bukan pedas berapi.. :)




  • Panaskan minyak dan tumiskan kesemua bahan yang telah siap diblend tadi sehingga naik bau dan jugak sedikit garing.
  • Masukkan air dan kacau rata.
  • Bubuh garam dan gula secukup rasa.
  • Masukkan bawang besar yang telah dipotong bulat serta ikan bawal dan gaul rata.
  • Tutup api dan siap!

2 comments:

Lia said...

ikan bawal ni klu goreng dan mkn panas2 sangat sedap dan rangup. tu yg nak buat bertambah nasi tu.. heheehee

Sue said...

Lia: teringat pulak masa kecik dulu makan ikan talapia goreng panas2 cicah dgn sos.. :)

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails