Lain kedai yang kitorang tempah meja and lain kedai yang kitorang makan. Ini sebab kedai yang kitorang dah tempah tu dah nak habis udangnya so harus lah kitorang beredar ke kedai yang lain. Cepat betul udangnya habis. Padahal time tu baru pukul 8 lebih.
Sampai je kedai yang ke-2 ni punyalah ramai orang nak makan kat situ. Memang penuh and tak ada meja makan yang kosong pun. Kedai tu memang besar tapi still tak ada meja kosong. Agaknya semua orang duk lari dari makan kedai yang first tu sebab udang dah habis kot. Ntahlah..
Nak tak nak kitorang kena pegi tunggu kat meja makan situ and tunggu orang habis makan dulu. Ni kira kitorang lah yang dah chop meja tu. And orang lain sila cari meja yang lain pulak ye.. :)
Meja dah dapat tapi kerusi pulak tak cukup. Me and 2 orang kakak pergi order seafood and yang lain mainkan peranan cari kerusi and cari punya cari last-last barulah dapat cukupkan korum kerusi. Serious memang ramai orang time tu.
Ni masa nak pilih spesis seafood..kena beratur ye..
Memang besar kerapu ni tapi kitorang tak order pun..
Lepas pilih seafood, kena tunggu pulak diorang masak. Dah lah ramai orang time tu so memang dah jangka food pun akan sampai lambat jugak. So siapa yang memang perutnya lapar, silalah banyak bersabar.
Disebabkan air yang sampai dulu, basahkan tekak dulu and kembungkan sedikit perut dengan air sementara tunggu food sampai. Dalam pukul 10 lebih macam tu barulah turn food kitorang sampai. Nasib baik time tu kiddos tak peel.
Oren & tembikai..
Sotong goreng tepung..
Pari bakar..ada sekeping tu pulak tak dibakar dengan betul..tapi lupa pulak nak komplen..datang dengan 2 jenis pencicah. Yang satu tu air asam and lagi satu tu lupa pulak. Okey jugak air asamnya.
Cencaru bakar..memang sesuai cicah dengan air asam..
Kailan ikan masin..
Tom yam udang..manis and tak surelah pulak manis udang or manis terlebih letak gula.kompius jap..hihihihi..
Chilli crab..biasa je..manis sikit..Tapi i tak makan sebab malas nak mengopeknya. Rasa kuahnya je..
Kepah masak serai..ini memang tak dinafikan memang sedap!..
Kangkung goreng belacan..
Okey, masa untuk merumuskan karangan..ngahahahaha..
Meja untuk kitorang makan tu tak ada alas meja langsung. Katanya alas meja dah habis. Kalau meja makan tu nampak elok tak apa. Ini tidak. Dengan kesan kikisan apa ntah.
Siapa yang duk menumpang dagu kat meja tu, komfem siku akan hitam dek kikisan hitam yang melekat kat siku tu. Tapak tangan tak yah nak cakaplah. Terutama tapak tangan Maryam dengan sepupunya.
Then bila air sampai, gelas pulak tak dibawa and barulah sibuk-sibuk nak tanya "nak gelas berapa?". Lepas tu bila gelas dah sampai boleh pulak bagi gelas yang macam baru je lepas dibasuh. Patutlah amik masa nak hantar gelas kat kitorang.
Kalau dilap dulu tak apa lagi. Tak adalah nampak sangat gelas tu tak selera untuk digunakan. Ini stok main celup-celup la ni agaknya. Kalau tak, takkan lah tak berkilat gelas tu.
Pastu barulah abang i bawa gelas yang kilat lagi kering dan lagi bersih. Gelas yang baru basuh tu terus kitorang suruh pekerja kat situ angkut balik.
Pastu asalnya udang yang kitorang amik tu memang nak buat 2 menu. Satu masak cili and lagi satu buat tom yam. Tapi tak boleh pulak malam tu sebab katanya "malam ni ramai orang so kitorang dapat masak satu benda satu masakan je". Haa..ye lah tu. Anggap je lah yang i order dari meja lain and kakak i pulak order dari meja yang lain. Bukannya susah pun.
Tapi kitorang minta buat ketam tu dua jenis lauk. Satu sup ketam and satu lagi masak cili. Ialahkan, takkan nak bagi kiddos makan ketam cili pulak. Dah lah lauk protein yang lain pun kira pedas jugak. Lagipun sekurang-kurangnya tak adalah nasi kiddos ni kering je.
Secara keseluruhannya i boleh bagi 3 dari 5 bintang. Mungkin disebabkan malam tu ramai sangat yang serbu makan kat situ and mungkin disebabkan tu jugak pengurusannya tak berapa nak bagus sangat. Malam-malam yang lain jangan ditanya ye sebab itulah kali pertama i pergi.
Total bill untuk 12 orang pada malam tu ialah RM200.30. 12 orang tu termasuk 2 orang yang berstatus kanak-kanak dan 2 yang masih berstatus baby lagi. Tapi kitorang dapat diskaun 30 sen. :)
- Ketam (rasanya dalam 7 ekor kot..2 ekor masak sup dan 5 ekor masak cili)
- 4 ekor sotong bersaiz besar
- 2 keping ikan pari
- 2 ekor ikan cencaru
- Sepeket kepah (rasanya setengah kilo kot)
- Kailan ikan masin
- Kangkun goreng belacan
- 2 cawan kopi panas
- 1 cawan teh tarik
- 1 jug air oren
- 1 jug air tembikai
- Nasi putih
Fuhhhh!..memang jauh nak ke Jeram kalau bertolak dari rumah Shah Alam. Lebih kurang 52km!
3 comments:
ramai blogger dah kesini...akak je belum
iskk.. ada ke patut bg gelas mcm tu kan.. nak mudah aja.. sedap ye menu2 tu.. haiyakk terus lapar lak..hehe
kasihredha : nampak gayanya akak kena try..hehehehe
Lia : itulah..menu kepah tu mmg sedap..
Post a Comment