Pages

Wednesday, June 1, 2011

Kenduri Kahwin

Ahad lepas ada jemputan kahwin dekat Anjung Felda KL. My friend yang kahwin.

Biasanya bila ada jemputan kahwin yang melibatkan kengkawan, komfem sessi perjumpaan ala-ala gathering turut diadakan. Al-maklumlah bila masing-masing dah ada kehidupan sendiri, bila nak jumpa tu memang payah sikit. Ada je bertembung dengan program yang dah dirancang.

Yang penting jangan sampai tetamu lain tak dapat nak duduk makan sebab ala-ala gathering yang dilakukan tu sudah. Harus ada sikap timbang rasa sikit. Dah lah datang kat wedding orang pastu nak sembang lama-lama sampaikan tetamu lain pun tak dapat nak duduk makan.


 Selamat Pengantin Baru..

Macam hari tu pukul 2 lebih baru sampai kat majlis kahwin tu so time tu tak peak sangat pun. Itu yang memang me and kengkawan buat table tu macam hak milik sendiri.






Dari Anjung Felda kitorang sambung lagi ke Fullhouse area Jalan Yap Kwan Seng pulak. Tak semua yang join pun. Yang dah nak kena balik, terus balik je. Yang tak reti nak stop gossiping macam kitorang ni, memang tak reti nak balik.






















Time ni Abbas ikut mak longnya  pergi KLCC..balik dari Fullhouse baru jemput diorang berdua..

Sesekali bila jumpa macam ni memang ada je benda yang boleh dijadikan bahan untuk bergosip. Dari hal anak-anak sampailah hal-hal semasa. Masing-masing duk berkongsi apa saja cerita yang boleh dikongsi.

Tak tahulah lagi bila dapat berkumpul gosip lagi. Bila ada yang nak buat perjumpaan, kalau si A ni datang, si B pulak tak datang. Dengan ada yang dah duduk luar KL lagi.

Tapi masing-masing faham yang bila masing-masing dah ada kehidupan sendiri, untuk berkumpul sekali gus memang payah sikit.

































So gunalah perkhidmatan internet sebaik mungkin.


P/s: Dah nak balik baru terfikir status halal Fullhouse tu..aduh!

2 comments:

Lia said...

cantik bajuk pengantin perempuan tu ye.. sesekali jumpa reramai best kan akak... ^__^

Unknown said...

Lia: itulah..bila sesekali jumpa..mmg ada je bahan yg nak dibualkan..

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails