Pages

Saturday, November 12, 2011

Raya Haji 2011

So macam mana dengan raya haji uolsss??

Raya haji kali ni kitorang sambut kat Terengganu. Actually awal-awal lagi mr hubby dah beli tiket flight balik sana masa Air Asia ada buat tiket murah. Bila beli tiket murah ni, memang ada time-time tertentu je. Jangan haraplah suka-suka hati nak pilih hari dengan masa yang sesuai.

Tiket murah yang mr hubby beli tu kena pulak flight yang paling awal sekali so haruslah bangun pukul 4 pagi. Kiddos memang tak mandi la time tu. Cukuplah lap-lap muka je. Pagi Khamis lagi kitorang dah ada kat Terengganu.

Petang tu kitorang plan nak lepak makan sotong kat tepi pantai. Aktiviti wajib di Kay Tee..Mesti nak pergi lepak tepi pantai. Maklumlah kat Kay Ell tak ada pantai. Itu yang manjang balik Terengganu je nak singgah pantai. Bebudak xcited nak main sand and mak budak xcited nak makan sotong celup tepung.






Tapi tak sampai 10 minit kitorang sampai, hujan pun turunnnn... So apalagi nak ditunggu.....cepat-cepat masuk kereta and lepak kat kedai je.

Kali ni memang tak best makan sotong sebab kedai yang biasa kitorang beli tu tutup and terpaksalah kitorang pekena kat kedai yang satu-satunya bukak time tu. Pilihan celup tepungnya memang banyak tapi tak fresh.

Hari ke tiga kat Terengganu, mr hubby ajak pekena nasi padang. Ni kira first time me try makan nasi padang. Memang penuhlah meja dengan lauk-pauk yang dihidangkan. Ialahkan..dah nama pun nasi padang so konsep makannya lauk yang banyak dihidangkan atas meja.

Siapa yang pernah makan komfem tahu macam mana konsep makan nasi padang. Kalau ikut nafsu, memang nak rasa je semuanya. Tapi kitorang berjaya melawan nafsu itu (statement takut kena bayar mahal la ni..huhu).




 Harga dikenakan untuk setiap lauk yang diambil..

Cerita pasal raya haji pulak, masa raya ke dua dibuat majlis aqiqah dan cukur jambul untuk Alli dan sepupunya yang beza hanya 3 minggu. Tapi yang sebenarnya rambut Alli memang dah dicukur masa umur dia 3 minggu lagi.


 Alli dipagi raya haji..see, rambut Alli baru je start nak tumbuh banyak..

Sebelah paginya awal-awal lagi Abbas and Azziz dah bangun nak tengok lembu kena sembelih. Very excited..first time in their life. Seumur hidup Mama dorang pun tak pernah tengok live..tengok kat video je. Tengok sembelih ayam live adalah..Actually Mr hubby yang teruja nak dorang berdua tengok..new experience untuk dorang katanya.






 Bunga rampai..

 Bunga telur..



 Alli dengan sepupunya Akram..

 SIL..xcited nak ambil gambar dua hero tu..

 Time ni orang surau baru sampai..

Buat sembahyang hajat sekali untuk SIL yang nak ambil SPM..

 Mr hubby..Walaupun tanpa DSLR, gaya tetap kena ada..

 Tok Ki dengan berhati-hati cuba untuk mengunting rambut cucunya..











Balik je dari tengok lembu pagi tu, macam biasalah dorang berdua ni..amik kertas dan pensel pastu terus melukis apa yang disaksikan. Dah puas mengeluarkan idea lukisan lembu masing-masing, pastu mama diorang pulak duk kutip kertas tu bersepah dekat lantai.

Memang itulah hobi diorang berdua sekarang ni. Kejap-kejap melukis. Lepas melukis buat jet kertas. Dah jadi jet, main baling-baling jet. Pastu mama diorang pulak kutip sambil pot pet-pot pet. Bila dah pot pet-pot pet, dipanggilnya Angry Mama.




Abbas : Papa..tadi Azziz naughty. Pastu mama jadi Angry Mama.

Mr hubby : Same like Angry Bird ke?




Image by google..


.

2 comments:

kasihredha said...

salam aidil adha

Sue said...

kasihredha : salam aidiladha..

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails