Pages

Tuesday, November 1, 2011

Fruit Tart

Sebelum ni memang pernah cuba buat fruit tart dekat sini . Bezanya kali ni tart shellnya tu tak beli direct dari kedai bakeri tapi cuba buat sendiri yang diperoleh dari My Resepi.

Bahan-bahan untuk tart shell
250gm butter
120gm gula halus
2 biji kuning telur
440gm tepung gandum
1 sudu teh esen vanilla

  • Adun semua bahan hingga menjadi doh.
  • Gelek diatas papan pencanai setebal 5mm.
  • Ambil sedikit doh yang telah dicanai tadi dan tekapkan ke dalam acuan dan trim ditepinya menggunakan pisau.
  • Cucuk ditengahnya dengan garfu dan bakar didalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu selama lebih kurang 15 minit / sehingga masak dengan suhu 175c.


Bahan-bahan untuk filling
300ml susu segar
3 biji kuning telur
20g tepung gandum
20g tepung kastard
1 camca teh esen vanilla
2 camca besar marjerin / mentega

  • Panaskan susu hingga menjadi suam.
  • Dalam satu bekas yang lain, satukan kuning telur, gula, tepung gandum dan tepung kastard. Kacau gunakan whisk hingga berkrim.
  • Tuangkan susu yang suam tadi sedkikit demi sedikit sambil terus mengacau.
  • Tenggekkan bekas berisi adunan tadi keatas air yang mendidih (kaedah double boiler) dan terus mengacau hingga adunan menjadi pekat dan licin.
  • Matikan api dan masukkan esen vanilla serta marjerin / mentega dan kacau hingga sebati.
  • Alihkan ke dalam bekas yang lain.







Bahan Lain
Buah kiwi
Buah peach 
Strawberry

*Boleh guna buah-buahan segar yang lain mengikut citarasa sendiri. Tapi jangan guna buah yang bila dipotong menjadi lebam macam epal tu.

CARA PENYEDIAAN
  • Letakkan filling ke dalam tart shell tersebut dengan menggunakan piping bag / sudu kecil.
  • Susun buah kiwi, peach dan strawberry diatasnya.

*Bagi yang inginkan fruit tart kelihatan berkilat, boleh gunakan apricot glaze atau piping jelly.



Ini model untuk fruit tart mama diorang..

.

2 comments:

Lia said...

boleh lia try fruit tart ni.. selalunya lia beli aja.. tq for sharing.. ^__^

Sue said...

Lia : cubalah..puas makan sebab buat sendiri..

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails