Pages

Wednesday, January 25, 2012

9 hari di KPJ

Khamis malam minggu yang lepas Alli dimasukkan ke hospital disebabkan Bronchitis.

Kalau nak diikutkan lebih kurang seminggu lebih Alli kena batuk but me and mr hubby tak bawa jumpa doc sebab kitorang nak elakan Alli amik ubat diawal usianya. Lagipun kitorang ingatkan dia cuma batuk biasa je plus pernah jugak paed cakap "kesian jugak kalau kecik-kecik dah makan ubat". But kalau dah tak ada pilihan, kena jugak makan kan.

Bila tengok batuk Alli makin tak berkurangan, me dah mula start risau sampaikan suruh mr hubby balik waktu lunch time sebab memang kesian bila tengok time dia batuk. Sekali tengok dah rupa orang tua batuk plus jenis batuk yang berkahak. Mahu tak risau.


Sebelum masuk wad..Alli dah demam..

Itu yang khamis malam bawak Alli pergi klinik and seperti yang dijangka, Alli dirujuk ke hospital. Sampai hospital pulak, dia diberikan nebulizer. Itupun sudah dijangkakan.


Main cak-cak dulu sebelum start nebulizer yang pertama..

Alli tak selesa..



Selesai nebulizer..tunggu time nak masuk wad..

Dalam baby cot..

Malam masuk wad tu pulak, Alli dah start demam balik and esoknya Alli kena buat x-ray, blood test dan phsio + seduk kahak.


Nebulizer kedua di awal pagi..

Kesian pulak tengok Alli. Baru je dia nak lena lepas buat physio + sedut kahak, dah terjaga sebab nak buat x-ray. Habis x-ray, dah kena buat blood test pulak. Selesai semua, terus masuk wad balik and Alli terus tidur. Pastu mama dia jadi dugong atas katil sorang-sorang. Nak tengok tv, cerita tak best. Last-last layan lagu aishiteru kat handphone pastu feeling sorang-sorang.


Phsyio yang pertama..Agaknya Alli pun duk pelik tetiba ada orang tepuk dada dia.. :)

Tepuk belakang pulak..lepas tu barulah start sedut kahak and tidak dibenarkan amik gambar sewaktu sedut kahak dijalankan..

Nampak sangat penat dan mengantuk lepas selesai x-ray, blood test, physio and sedut kahak..

Result x-ray dengan blood test tu keluar petang hari yang sama. Alhamdulillah..semuanya okey which is tak ada jangkitan kat paru-parunya. Cuma ada kelihatan satu spot. Kata paed itu adalah kahak. Tapi nebulizer dengan ubat-ubatan memang still diteruskan.

Muntah tak yah nak cakap lah. Bila muntah pulak, memang keluar lendir kahak tu sekali.

Malam kedua penginapan kami di wad kanak-kanak KPJ Selangor Specialist, paed ada pesan supaya jangan biarkan Alli nangis-nangis. Katanya pasal saluran udara Alli yang sempit ke apa ntah. Lupa dah.

Kebetulan malam tu pulak Alli start nangis and bunyi tangisan dia pun jenis yang macam orang sakit tekak menangis. Memang kesian tengok dia. So me and m hubby buat keputusan jadi pakar physioterapy pulak. Sorang tepuk belakang Alli and sorang lagi tolong jolokkan jari ke mulut Alli untuk buat dia muntah. Yes! Kami berjaya buat Alli muntah and bila muntah, kahak pun keluar sekali.

Hari ketiga..
Macam biasa, sambung lagi buat physio + sedut kahak and paed tambahkan satu lagi jenis ubat antibiotik untuk Alli. Nebulizer masih lagi diteruskan.

Sementara Alli dekat wad, mr hubby lah yang amik alih tugasan wifenya. Dari bab membasuh, mandikan kiddos dan urusan yang sewaktu dengannya. Ala-ala macam cerita mr labuci gitu. Cuma tak ada jahit manik.

Dia lah yang membasuh baju, menyidai dan mengangkatnya bila dah kering. Lepas tu bertimbun atas katil tunggu masa nak lipat. Bab lipat tak boleh bagi mr hubby handle sorang sebab belum melepasi piawaian wife dia ni.

Ada jugak dia masak nasi goreng. Abbas kata "terbaek!". Okey..lepas ni sekali sekala boleh suruh mr hubby sediakan breakfast untuk kitorang anak-beranak.

Hari keempat..
Paed mula stopkan ubat demam dan kurangkan satu ubat untuk nebulizer. Tapi physio + sedut kahak tetap kena buat. Aduh! Kesian bila tengok tiub dimasukkan ke dalam hidung dan mulut Alli.

Sedut kahak kali ni dah kurang sikit warna kuningnya which is lebih kepada warna putih. But still banyak lagi and lung Alli still ada bunyi lagi. Nampak gaya memang tak boleh nak discharge lagi.


 Kalau tengah tidur memang senang je nak bagi nebulizer..tak adanya lah Alli nak gerak sana sini..

 Oh abang physio ni kata masih banyak lagi flamenya..hmmmmm..

 Tidur beralaskan sekali dengan inco pad..bila muntah terus buang je alas tu..tak yah nak panggil nurse tukar cadar..

 Satu baby cot penuh dengan 3 adik beradik ni..

Hari kelima di wad..
Malamnya Abbas join mamanya jaga Alli sebab mr hubby dah nak kena outstaion esok paginya. Kalau nak diikutkan memang mr hubby tak pergi tapi disebabkan paed kata "maybe esok boleh keluar", itu yang outstation terus on je. Kenalah Abbas ponteng kelas sebab mr hubby dah pergi outstation and masa tu pulak ingatkan esoknya Alli akan discharge so kira okeylah kalau sehari tak masuk kelas.


 Abbas teman mama dia makan..

 Abbas ni bila idea datang mulalah nak buat itu ini..yang dia pegang tu ialah roket..okey lah..

Main cakap-cakap dengan Alli..

Hari keenam..
Dalam pukul 4.30am bunyi nafas Alli memang kuat and rupanya hari tu result kesihatan Alli tak memberangsangkan and Alli tak boleh lagi keluar. Masa tu mula tanya paed kot-kot Alli ada asthma tapi kalau nak diikutkan my family and belah mr hubby memang tak ada penghidap asthma. Hmmm..

Entahlah..kalau nak diikutkan Bronchitis dengan asthma memang lebih kurang sama je simptomnya. Cuma kalau Alli dah umur setahun barulah boleh tahu sama ada dia ada asthma or tidak. Paed pulak bagi Alli ubat cegah asthma.

Okey..
Mr hubby dah pergi outstation. Kepala ni dah terpikir pasal kelas Abbas lah..nak uruskan adik-adiknya lagi lah.

And sementara tu 2 malam lah Azziz dan Maryam yang join mama diorang jaga Alli dekat wad sementara mr hubby outstation. Abbas kena duduk umah atuk sebab ada sekolah.Thanks to mak long and neneknya yang masuk kerja lewat sebab hantar Abbas masuk kelas.

And macam biasa jugak, physio + sedut kahak masih diteruskan sehinggalah hari ke lapan. Fuhh! Lapan kali buat physio + sedut kahak tu sememangnya..........................................................


Hari kesembilan..
Selepas lebih kurang 71 kali nebulizer dibuat, 8 kali physio + sedut kahak, x-ray, blood test and ubat-ubatan yang diambil, Alli dah boleh discharge. Alhamdulillah..

Lepas tu me mula perasan yang Alli dah tak senyum bila ada orang agah or bermain dengan dia. Masa tu "Alamak..ni apa kes pulak". Tapi jawapan yang diberikan paed masa tu tersangatlah lega walaupun ada sedikit sedih. Katanya itu kesan dari physio yang dibuat. Kiranya mempengaruhi psikologi dia.


 Alli..ready untuk keluar wad..

And saat entry ni dibuat..Alli dah mula memberi senyumannya yang kiut tu. Walaupun belum lagi 100%.


 Gambar beberapa minggu sebelum masuk wad..Sangat suka dengan gambar ni..:)


P/S : Semoga anak-anak mama memperoleh kesihatan yang baik. Amin



.

3 comments:

Lia said...

comey ali senyum.. harap cepat sembuh ye.. ^_^

LiAnA said...

aduhh kesian Alli.. moga sentiasa sihat yer..

Sue said...

Lia : thanks Lia!

LiAna : Thanks akak!

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails