Pages

Monday, April 30, 2012

Resepi Pavlova

  
Bahan A
4 biji putih telur - pada suhu bilik
1/2 cup gula halus
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh cuka makan
1 sudu besar tepung jagung
Baking paper
  • Putarkan putih telur tadi sehingga gebu (soft peak). Bagi memastikan ianya telah gebu, sekiranya bowl diterbalikkan, putih telur tu takkan jatuh.
  • Kemudian masukkan gula sikit demi sedikit sambil terus mengacau adunan tersebut.
  • Putar sehingga ianya sehingga kental. 
  • Seterusnya masukkan pula tepung jagung dan teruskan putar selama 2-3 minit.
  • Kemudian, barulah masukkan esen vanilla dan cuka makan ke dalam bowl tersebut dan gaul sebati dengan menggunakan spatula. Guna sudu pun okey je..
  • Tuangkan adunan tadi ke dalam tray yang telah siap diletakkan greese paper.
  • Selepas tu boleh terus masukkan kedalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu.
  • Bakar pada suhu lebih kurang 120C selam lebih kurang 1jam.
  • Setelah masak, biarkan seketika didalam oven yang pintunya dibiar sedikit renggang sebelum dikeluarkan bagi mengelakkan pavlova tersebut retak. 
 *mungkin setiap oven berbeza-beza, so pepandailah adjust suhunya..hihihi.

*pavlova yang telah masak akan berwarna keperangan. Luar permukaanya lebih crispy dan tekstur didalamnya adalah lembut.

*sewaktu mengasingkan pavlova dari baking paper, perlu berhati-hati bagi mengelakkan ianya retak.

Putih telur yang telah digebukan..

Dicampurkan dengan esen vanilla dan cuka..

Adunan putih telur tadi diletakkan keatas baking paper dan sedia untuk dibakar..adunan ni memang untuk sebiji pavlova..tapi saje je bagi pada 4 bahagian..


Setelah pavlova masak, boleh terus sediakan bahan untuk toppingnya.

Bahan Untuk Topping
250ml whipping cream - khas untuk kek & desert (me guna brand Rich's)
Buah strawberry, anggur, buah campuran dalam tin.

  • Potong buah strawberry dan anggur pada beberapa bahagian dan ketepikan.
  • Dalam bowl yang lain, pukul whipping cream sehingga kental. Lebih kurang 10 - 15 minit.
*boleh guna buah kiwi, peach dan sebagainya. Ikut tekak masing-masing. Tapi jangan pulak guna buah yang senang lebam macam epal tu. 

*boleh kurangkan kuantiti whipping cream tu.




Whipping cream yang telah siap diputarkan..

Proses menyapu whipping cream dan juga meletakkan buah-buahan..

Susunlah mengikut kreativiti memasing ye..



Hasil deko dari Pavlova yang pertama dibuat..hmmm, sedap jugak desert ni..
.
Cara Penyediaannya
  • Sapukan whipping cream pada pavlova yang telah siap dibakar tadi dan hiaskan dengan buah-buahan. 
  • Akhir sekali boleh disejukkan dulu didalam fridge sebelum dimakan. 


P/s : Lepas ni nak cuba buat dalam foil cup pulak! :)

4 comments:

kasihredha said...

dah lama teringin nak buat ni..tapi asyik tak jadi aje

Sue said...

kasihredha : ni punfirst time sue try buat..mmg sedap desert ni kan!

ARMY'S WIFE said...

menarik la

Sue said...

army's wife : sedap tau pavlova ni..

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails