Pages

Thursday, July 26, 2012

Alli masuk wad

Malam selasa hari tu kemain lambat nak beradu. Biasanya dalam kul 1am dah tido tapi hari tu rasa segar je. Mungkin sebab tido siang hari tu.

Disebabkan mata ni tak nak tido, terus amik handphone and melihat kembali gambar-gambar lama yang disimpan dalam handphone. Pastu cam biasalah, sengeh sorang-sorang bila tengok gambar-gambar kiddos.

Kemudian bila sampai ke gambar Maryam and Alli yang kena tahan wad awal tahun hari tu, terus je rasa sayu dan sebak. Rasa nak mengalir air mata pun ada.

Bila dikenang kembali saat berada dalam situasi tersebut, emosi ni memang banyak terganggu. Tapi itu semua telah pun berlaku dan Alhamdulillah, perkembangan yang positif jelas kelihatan terutama pada diri Maryam.
 
Begitu juga dengan Alli walau hakikatnya Alli kini sedang berada diwad disebabkan sakitnya yang datang balik. Tapi lagi better dari yang first dia kena tahan wad dulu tu sebab dia tak perlu buat fisio + sedut kahak.

Ada jugak me tanya dekat paed mengenai condition Alli ni. Katanya dalam usia Alli yang masih kecil sekarang ni, memang tak mustahil sekiranya sakitnya datang balik.

Hari ni dah hari ke-3 diwad dan sebanyak 9 jenis ubat disediakan untuk Alli. Nebulizer pulak dah nak lebih dari 10 kali. Aduh..tang nak bagi neb ni memang punyalah Alli ni tak suka. Kemain ditepisnya kalau nurse yang buat. Kalau mamanya buat, bukan setakat tepis tapi terus nak digigit benda alah tu.


 Baru je sampai wad..





Baru lepas nangis sebab buat neb..and now dah boleh senyum..

 Sahur yang disediakan pihak hospital..tapi habiskan lauk yang bawa dari rumah..



 Time me nak bagi neb..nak gigit benda tu pulak..





 Dekat lounge area..sukalah Alli dapat bergerak bebas..

 Uwaaaa..nak suruh mamanya keluarkan dari baby cot..

Kata paed dalam sehari dua lagi bolehlah discharge. So kalau kira sehari, Khamis lah dah boleh balik rumah. Tapi kalau kira dua hari, Jumaat lah nampak gayanya.

Harap semuanya okey je dan Alli sihat sepenuhnya. InsyaAllah.

.



5 comments:

Suraya Baharun said...

sian dia...auntie doa semoga adik alli cepat sembuh ye...

Kak Noor said...

Akak pernah mengalami saat-saat sebegini. Semasa usia anak bongsu perempuan 25 hari, dia telah disahkan mengidap acute brochitis. Masuk wad keluar wad, dalam setahun dua tiga kali. Klinik ni tak payah kiralah dua minggu sekali pergi klinik. Pantang selesema dan batuk, sakitnya datang kembali. Tak tahan dengar bila batuknya berpanjangan. Selang satu atau 2 minit mesti batuk. Yang paling tak dapat dilupakan ialah anak akak dibungkus dengan kain bagi menghalangnya daripada meronta untuk menyedut kahaknya. Memang kasihan ..... Bagi akak yang bekerja ini, asyik cuti aje... bila anak sakit. Semuanya berakhir apabila usianya menjangkau 3 tahun ke atas. Sekarang ini dah berusia 9 tahun. Alhamdulillah sekarang ni dah sembuh. Cuma bila selesema tu cepat-cepatlah pergi klinik. Jangan tunggu lama-lama. Anak-anak yang mengidap brochitis ini memang sensitif kepada persekitaran seperti habuk, jangkitan daripada orang lain dan dari segi makan pun kena jaga. Menjaga seperti menatang minyak yang penuh.

Unknown said...

Suraya : Amin..insyaAllah auntie! thanks! :)

Kak Noor : Betul tu kak noor..itu yg paed cakap..memang usia Alli sekarang ni memang kebarangkalian utk kena balik memang ada..

Ibuhani said...

Knk2 seusia Alli mmg sng dijangkiti kuman n kahak tu sbb dia x pndi nk buang sndri. Insyaallah besar sikit kuranglh tu. Smoga Alli cpt sembuh ye.....

Unknown said...

Ibuhani : InsyaAllah kak..harap lepa sni bila dia dah besar, dah tak ada masalah bauk dia tu..

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails