Pages

Wednesday, June 11, 2014

Sydney - DAY 1

Alhamdulillah..

Penerbangan 8 jam Air Asia D722 selamat mendarat di Kingsford-Smith International Airport, Sydney jam 9.45am 9 Jun 2014.

Pengalaman pertama melepasi kastam di Aiport Sydney agak megujakan. Setiap apa yang dibawa masuk WAJIB dideclarekan termasuklah makanan dalam tin dan megi. Anjing pengesan akan ‘memeriksa’ setiap bag penumpang yang diasingkan oleh petugas kastam dan Mr hubby adalah salah seorang yang diminta beratur untuk pemeriksaan.

Masa tu me tak kena beratur untuk pemeriksaan tersebut sebab dalam form declare tu memang tak ada bawa makanan. Yang bawanya Mr hubby..so dia yang declarekannya.

Anjing tu akan check bag setiap orang dengan cara lalu-lalu tepi bag tu. Yang tak syioknya is air liur anjing terleleh kat bag laptop. Dah jadi satu kerja pulak nak kena samak. Sebaik lepas je dari pemeriksaan tu, Mr hubby terus keluar ambik tanah kat pokok bunga bawak masuk toilet untuk samak bag tadi.

Then kitorang sampai hotel dalam pukul 12pm dengan menggunakan perkhidmatan shuttle bus. Actually bukannya bas. Van je pun which is memang dari rumah lagi dah beli online siap-siap.

Lepas check in and buat apa yang patut lepas tu baru start misi berjalan-jalan. Bermula dengan Hyde Park kemudian cari makanan dan seterusnya ke Opera Sydney House.


Hyde Park..









Sydney Tower..






Perut dah lapar and nak pusing-pusing carik kedai makan pun tak tahu kat mana yang halal. Ialah, first day sampai so kira makan apa yang ada jumpa dulu. Restoran yang kitorang jumpa is yang jual kebab. Actually sini memang banyak kedai kebab. Dalam tu ada sekali jual pizza.


Pizza for me..

Kebab kambing for Mr Hubby. Besar saiznya..







Masa hari pertama sampai tu suhu lebih kurang 16C and pakej dengan hujan. Sangatlah sejuk. Hujung jari pun dah rasa kebas. Nasib ada bawa sarung tangan Elsa Frozen...hahahahaha..

And hari tu jugak adalah hari terakhir untuk Vivid Fiesta yang bermula dari 23 May. Vivid Fiesta ni ialah festival cahaya, idea serta muzik. And kalau nak tau detail apa itu Vivid Fiesta, jangan malu-malu..silalah google.


Harbour Bridge..







Burung ni memang jinak and banyak ada kat area Opera House tu..

Permandangan kota Sydney diwaktu senja..





Dah puas lepak dekat Opera Sydney House kitorang teruskan misi mencari makanan untuk dinner pulak. Pusing punya pusing finally kitorang pilih makan Nando's. Nandos kat sini memang halal tau.

Sakit jugak kaki ni berjalan. Dari hotel ke Hyde Park dan Opera Sydney House tu memang jalan kaki je dengan jaraknya lebih kurang 2KM dari hotel kitorang. Itu baru 2KM pergi. Tambah dengan 2KM balik hotel?

Memang lotih kaki den ni ha!

P/S : Hanya me and Mr Hubby je ke Sydney and kiddos stay dekat rumah nenek diorang.  :)


0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails