Pages

Saturday, June 21, 2014

Sydney - DAY 4

Masuk dah hari ke-4 di Sydney.

Kitorang mulakan program ke Paddy's Market untuk beli souvenir. Kat sini memang ada jual pelbagai souvenir yang murah kalau nak dibandingkan denagn kedai-kedai yang ada jual souvenir di Sydney.

Dah namapun masuk kedai souvenir..so tak yah nak story lebih-lebih lah.


Paddy's Market..

Habis je beli souvenir, terus ke kedai makan chinese muslim yang kitorang pergi malam semalam. Kali ni kitorang lunch Chicken Fried Noodle sepinggan. Pastu makan kongsi berdua sebab portion noodle tu memang banyak and dalam masa yang sama jugak boleh jimatkan duit..hahahahaha..

Tak lupa jugak bbq lamb skewer.


Chicken Fried Noodle..


Lepas lunch, terus balik hotel kejap sebab nak kena tinggalkan barang-barang souvenir dulu sebab next program nak ke Bondi Beach. Orang duk cerita kalau pergi Sydney ni kena singgah Bondi Beach. So nak jugak try singgah kannnn.

Sampai je bilik, letak barang and solat terus naik bas tuju ke Bondi Beach. Lebih kurang setengah jam lah jugak.


Bondi Beach..









Bondi Beach ni pantai je. Nama omputih pun 'beach'..so mesti lah pantai. And bila pergi pantai ni, apalagi yang boleh dijangkakan melainkan main dengan air atau main sand.

Agaknya orang duk hebohkan pasal Bondi Beach ni sebab orang-orang tu memang mandi kat pantai tu. Tak macam kitorang yang takat gedik bergambar je. Itu yang masa sampai je Bondi Beach, kitorang rasa macam.. "apa yang specialnya?"

Dah gedik bergambar dekat situ, kitorang naik cruise untuk ke Circular Quay dari Watson Bay. Kat Circular Quay tu pulak akan naik cruise yang lain untuk ke Mainly Beach.

Sampai Mainly Beach dah nak pukul 6.00pm rasanya. So hari dah gelap lah. Time 6.00pm Sydney sama macam time 8.00pm Malaysia - bulan dah keluar. Pantai Mainly tu pun dah tak nampak sangat.









Dekat Watson Bay tengah tunggu cruise nak ke Circular Quay..





Lepas Mainly Beach terus balik ke hotel and habis dah program untuk hari tu. Balik hotel terus kemas segala barang-barang siap-siap sebab esoknya dah  nak check-out. Tak adalah bangun tido nanti nak sebuk-sebuk kemas barang.


Antara souvenir yang dapat dibeli di Paddy 's Market..


0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails