Pages

Saturday, June 21, 2014

Sydney - DAY 3

Dalam pukul 7.30am kitorang dah keluar menuju ke Central Station. Hari ni kitorang menuju ke Blue Mountains dimana perjalanan dari Central Station ke Katoomba Station mengambil masa selama 2 jam. Disebabkan nak kejar train 8.24am ke Katoomba, itu yang pukul 7.30 dah gerak.

Iya..
Jalan kaki lagi..huhuhuhu


Katoomba Station..



Tepat jam 10.20am, kitorang selamat sampai di Katoomba. Destinasi yang nak dituju seterusnya ialah Echo Point.


Sementara tunggu bas..menggedik kejap..

Perjalanan dari stesen keretapi Katoomba ke Echo Point tak mengambil masa yang lama. Macam hari tu, sampai je dekat stesen Katoomba, kitorang naik bas pulak and rasanya tak sampai 10 minit je.

Sebaik sampai didestinasi yang nak dituju dan saat kaki mengatur langkah, mulut terus mengucap " Ya Allah..cantiknya"

Pit stop pertama ni memang terkenal dengan view Three Sisters. Ok..Three Sister ni merujuk kepada formasi 3 batu yang cantik dekat Blue Mountains.

Nak tau lebih lanjut pasal Three Sisters dan cerita lagendanya bolehlah gugel ye..


Three Sisters..yang merujuk pada 3 batu tu..

Kabus yang tebal..






Selesai kat Echo Point/Three Sisters, me and mr hubby seterusnya ke Scenic World dengan menaiki bas jugak. Actually boleh je nak jalan kaki untuk ke Scenic World dari Echo Point. View pun ok plus ada walk way. Tapi cukup-cukuplah me nak jalan kaki lagi. Sejam tau kalau nak jalan kaki.


Oh masa naik train, mr hubby beli tiket unlimited day pass. So dalam satu hari tu lah boleh nak guna transport awam kat situ berulang kali. Tapi teksi tak boleh ok.


Sementara tunggu bas, kitorang pekena kopi dengan bluberry danish dulu. Ialahkan..sejuk-sejuk memang sesuai minum kopi dulu.


Giant Stairway..





Sampai di Scenic World, naik Skyway (Scenic Skyway) pulak. Bertambah luas lagi view yang dapat kitorang tengok kat situ.
 

Dalam  Skyway..



View dari Scenic Skyway..





Katoomba Falls..view dari Skyway..


Seterusnya naik Scenic Railway. Scenic Railway ni merupakan the steepest railway incline in the world. Memang curam!

Scenic Railway ni pun ada ceritanya and jangan malu-malu, silalah gugel kalau nak tau lebih lanjut ye.


Scenic Train..



Haaa..nampak landasan tu..







Memandangkan tiket combo yg dibeli tu untuk unlimited rides, the last ride kat Scenic World kitorang naik Cableway, the steepest aerial cable car di Australia.

Tapi sebelum tu kitorang berjalan kaki melalui Scenic Walkway. Kiranya dekat Scenic World ni ada 4 jenis attractionlah iaitu Scenic Skyway, Scenic Cableway, Scenic Walkway dan Scenic Railway.


 Menggedik di Scenic Walkway..

 Nak naik cableway dah..



Habis dating dekat Blue Mountains, masa untuk pulang ke CBD. Sampai di Central Station dalam pukul tiga lebih.

Destinasi berikutnya Homebush Direct Factory Outlet (DFO). Usha - usha factory outlet kat Sydney selepas dikecewakan oleh Birkenhead semalam. Kat sini jauh lebih baik than Birkenhead. Antara brand yang ada adalah Coach, Oroton, Ralph Lauren, Michael Kors, Tommy Hilfiger, Burberry dan banyak lagilah butik lain kat dalam tu. Ada yang sampai diskaun 60%!.

Habis masa di DFO,  kitorang pun balik and masa untuk mencari dinner. Siang memang tak lunch betul-betul. Takat makan blueberry danish tu je.

Malam ketiga di Sydney, kitorang makan kat kedai chinese muslim. Order nasi dengan chicken kao pao untuk mr hubby and nasi dengan daging yang dimasak bersama jintan. Lupa pulak nama menu tu. Pastu order sekali bbq lamb skewer.

Portion sepinggan yang kitorang order tu memang banyak. Agaknya masakan chinese muslim ni jenis yang portion banyak kot sebab sebelum ni makan kat kedai chinese muslim pun memang penuh pinggan lah.


Mr hubby punya..

For me..

Bbq Lamb skewer..


Okkkk..


End of day 3...






0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails