Pages

Sunday, June 22, 2014

Sydney - DAY 5

.
Hari ni bangun lewat sikit sebab hari ni nak balik jumpa kiddos. Check-out pukul 12.00pm tapi tak terus ke airport sebab flight kitorang pukul 9.25pm. Masih ada masa lagi untuk kitorang ronda-ronda. Nak rehat kat bilik memang dah tak boleh lah kan.

So sementara nak tunggu shuttle bus jemput kitorang kat hotel nanti, kitorang pergi Toys R Us dekat Moore Park (Retail Supa Centre). Pergi situ nak carik toys kiddos lah.  Bila hari-hari Skype, perkara pertama yang diorang tanya is "mama dah beli toys dah?" . Masing-masing dah ada list sendiri.

Kalau dah keluar kata-kata nak beli toys kat bebudak ni, memang hari-hari lah diorang tanya.


Retail Supa Centre dekat Moore Park..
 
Pastu dapat jugak beli beberapa souvenir untuk mak and adik beradik yang lain. Tak lupa kuali leper untuk diri sendiri. Boleh lah nak buat roti jala nanti. :)

Lepas beli barang tu semua, kitorang masih lagi ada xtra time sementara nak ke airport. So hari tu kitorang just jalan santai-santai. Rileks lah sikit kaki ni.

Hari ke-5 dekat sini kitorang lunch dekat kedai chinese muslim tu lagi. Tiga hari berturut-turut makan dekat situ sampai pekerja kat situ siap sediakan wooden chopstik for me. Tak yah nak request pun. Bagussss..

 Kali ni Seafood Fried Noodle share berdua dengan bbq lamb skewer.


 Seafood Fried Noodle..

Pastu gedik-gedik amik gambar dekat Hyde Park. Kata pelancong kannnn..so kenalah amik gambar. Dan-dan tu lah nak bergambar dekat pokok bunga bagai.


See..kalau crop gambar tu dah macam feeling-feeling pergi Keukenhof konon-kononya..hahahahahaha..

Sampai hotel pukul dalam pukul 3.30pm. Itupun masih ada lagi lebih kurang 3 jam lagi shuttle bus nak datang.

Duit AUD pun ada balance sikit lagi. Nak tukar RM balik memang tak lah kan. So kitorang kuar hotel and gi pasaraya kat belakang hotel and dapatlah beli pisang dengan kopi. Pastu masuk balik hotel and duduklah dating dekat lobby hotel sampai shuttle bus datang.




Ok..Sampai sini sahaja entry Sydney. Tak nak lah nak story pasal kat airport lagi. Letih dah nak ingat nama-nama tempat yang kitorang pergi. Susunan ayat pun dah ntah apa-apa. Kejap-kejap preview..kejap-kejap preview..hahahaha

Masa untuk tidur.



P/S : Alhamdulillah..sabtu pagi flight kitorang selamat mendarat di KLIA2.




0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails