Last weekend pergi keluar minum dengan kawan kat JJ Bukit Tinggi. Waktu jumpa dulu, anaknya yang sama tarikh lahir dengan i belum berjalan lagi. Tapi sekarang bila dah dapat kaki, semua pelosok nak diterokai. :) Hubby tak ikut coz dia balik ke kampungnya. Hubby balik naik flight and thats why kami 4 beranak tak ikut. Lagipun balik semalam je.
Sampai je JJ, Abbas and Azziz ikut nenek and mak long diorang pergi lunch and Maryam seorang sahaja yang mengikuti sessi minum mamanya. Habis bergosip dan shopping barang basah, terus balik rumah.
Me with Lil' Princess and Aizan with her son..Time sessi bergambar ni Abbas and Azziz tengah lunch kat KFC dengan nenek and mak long diorang..
For Maryam..from auntie Aizan..
No plastic bag on Saturday.. :)
Esoknya kami pergi ke 101 mall Puchong. Temankan kak long cari barangnya. Ingatkan nak hantar cuci gambar sekali tapi mahal la pulak. Sekeping untuk 4R RM0.70. Memang dah lama tak hantar cuci gambar and kalau tak silap untuk sekeping 4R harganya cuma RM0.50.
Untuk dinner cukup sekadar masak spaghetti alfredo portobello untuk Abbas and Azziz dan nasi goreng kampung untuk mama nya. Bila dah masak pasta, memang senanglah mama diorang nak suapkan. Makan pun tak ambil masa yang lama. Siap suruh tambah lagi.
Actually memang tak pernah buat spaghetti spesis ni tapi bila semalam auntie kat JJ Bukit Tinggi suruh try, sedap lah pulak. Itu yang terus beli sos spaghetti tu! Tengok Abbas and Azziz pun macam syiok je makan.
Abbas siap suruh minta tambah lagi..hihi
Dalam pukul 11.00pm hubby sampai rumah. Lepas salinkan CD and baju budak-budak, terus bawa masuk tidur.
Thanks to auntie Aizan for the cute gown!
0 comments:
Post a Comment