Pages

Tuesday, August 10, 2010

Shopping!

Kehidupan seperti biasa. Dalam tempoh 2-3 hari sebelum ni ada saja perkara yang dilakukan. Yang pastinya i dan hubby dah start shopping barang keperluan untuk anak-anak. Bukannya apa, persediaan awal lebih memuaskan kerana tak perlu nak beratur panjang untuk membayar dikaunter serta tak perlu nak bersesak-sesak dengan orang ketika sibuk memilih pakaian yang sesuai untuk anak-anak.

Biasalah bila time nak menyediakan keperluan hari raya untuk anak-anak, pasti children department ramai orang berbanding dengan department yang lain. And walaupun kami pergi hari sabtu yang lepas, kaum ibu dan bapa yang lain pun dah sibuk membeli baju raya untuk anak mereka. But still belum cukup lagi. Masih ada lagi keperluan untuk Abbas, Azziz dan Maryam yang belum dibeli.

Bab shopping ni memang best. Tapi bab nak menghandle hero yang nombor dua memang geram bercampur kelakar. Geram bila tengok Azziz taknak duduk diam dan yang kelakarnya bila dia boleh pula ambil cermin mata warna biru dan terus pakai and seperti dia berharap agar mama or papanya belikan untuk dia.

Walaupun jalan terencut-encut disebabkan kaki yang baru sahaja terima 4 jahitan, (ya, memang kaki i berjahit kerana terjatuh dekat eskalator IKEA pada malam sebelum kami sekeluarga pergi shopping), tetap enjoy dengan aktiviti shopping dan sempat lagi menghabiskan kemuncak hari tersebut dengan menghadiri coffee bean session di Subang Jaya walaupun yang nyatanya memang penat!

4 comments:

Lia said...

kaki dah ok ke.. semangat shopping tu.. sakit pun tolak tepi ye.. hehehee

Unknown said...

IdzaLia : kaki ni still berbalut lagi..memang seronok buat persiapan untuk anak-anak.. :)

raFida oThMan ( fiEda ) said...

jatuh? smpai kene jahit? aduhhhhhhh...........

Unknown said...

raFida oThMan : ye..memang dah terima 4 jahitan..and dah buka pun jahitan tu..

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails