Pages

Saturday, April 24, 2010

Coffee Bean session

Malam tadi lepak kat coffee bean macam biasa. Kali ni dah beralih angin. Kalau sebelum ni lepak dekat Subang Parade tapi sekarang ni lepak kat USJ sebab kat sini tak crowded macam Subang Parade. Nak handle ahli skuad yang tak berapa nak duduk diam pun senang.


Kali ni tak beli kek..tengok je..

Macam biasa, hanya 2 keluarga yang mengikuti coffee bean session ni. My family and keluarga en Ali. Ali ni kawan hubby time belajar dulu. Wife dia pun satu U dengan hubby.  And ada satu-satu time tu  sampai 3-4 keluarga jugak yang menyertai session ni tapi jarang sekali lah. Bila lepak macam ni banyak lah jugak gosip yang disembangkan.


Loving couple..Mr & Mrs Ali..

So ice latte for hubby  and vanilla ice blended with coffee for me. Malam ni kitorang tak share minuman coz hubby beli regular size. Itu yang boleh ada 2 jenis tu. Biasanya beli satu yang large size. Tak kisahlah size apapun coz apa yang penting is hubby yang bayar. Hihihi


Vanilla ice blended with coffee..slurpp!..

Lepak pun tak lama. Ahli skuad dah tak boleh duduk diam dah. Azziz duk menyakat Abbas sampai dua-dua sekali menangis and Maryam semacam mintak nak balik rumah. Gara-gara tak puas tidur la tuh. Belum lagi esok punya program. Sure tak cukup tidur jugak. Tapi Maryam jenis baby yang tak banyak ragam sangat. Dia cool je. Ahaks!


Hubby menenangkan Abbas yang tengah nangis..

Inilah kerjanya..main straw..

Maryam dengan uncle Ali..

Itulah aktiviti kami sekeluarga malam tadi.

2 comments:

IdzaLia said...

lama tak minum ice blended ni.. ermm.. bestkan lepak2 dgn family dan kwn2 kan.. hihi

Sue said...

IdzaLia : kalau minum time cuaca panas lagilah ummph!

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails