Pages

Wednesday, September 22, 2010

Lil' Princess demam lagi

Kalau nak diikutkan pada mulanya Maryam cuma kena selesema masa 2 hari sebelum raya. Waktu dalam perjalanan ke TGG hidungnya tak habis-habis berhingus. Sebelum sampai rumah PIL, singgah klinik dulu tapi ubat yang diberi still tak berkesan.

Kesian tu sudah tentulah..and macam biasalah bila seorang dah kena, yang lain pun turut ambil bahagian sehinggakan mama & papa mereka pun kena.
.
Lepas munculnya selesema, Maryam kena batuk pulak and sekarang ni tengah demam. Masuk hari ni dah kira seminggu Maryam demam. On - off je demamnya. Batuk tak payah nak cakap lah. Pagi tadi je dah 4 kali muntah gara-gara batuknya.

Sabtu lepas dah bawa pergi jumpa doktor tapi still belum sembuh sepenuhnya lagi. So hari ni lepas maghrib tadi terus bawa Maryam ke klinik yang sama. Kali ni doktor bagi ubat yang lain pula.

Pukul 10.00pm tadi dah start bagi Maryam ubat yang baru doktor bagi and sekarang ni suhu badannya pun dah turun sikit. Hidungnya pun dah tak berhingus. :)


Cepat sembuh ye Maryam! Mama love you!

2 comments:

LiAnA said...

cepat sembuh Maryam....

Sue said...

LiAnA : iu yang diharapkan..alhamdulillah sekarang ni dah tak demam dah..

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails