Pages

Tuesday, September 21, 2010

Minggu pertama Syawal

Syawal pertama tahun ni memang berada di kampung belah hubby-TGG. Memang every year kami akan ikut turn and dua hari sebelum Syawal kami sekeluarga dah ada kat TGG.

Seperti tahun-tahun sebelum ni, pada malam raya satay akan berada di dapur. Tunggu time untuk di hidangkan pada tetamu. Satay ni memang menu utama di raya pertama. Lemang serta nasi impit dengan kuah kacang pun ada. Biskut raya tak payah nak cakaplah..pelbagai jenis, bentuk dan warna ada tersedia. Errk! macam bunyi lirik lagu je..

Persiapan dari segi makanan di TGG berbeza sedikit dengan persiapan di belah i. Biasanya sehari sebelum nak raya, segala macam masakan yang my family sediakan. Selain dari ketupat (pakai segera je..dah lama dah tak guna kaedah anyaman), ada disediakan rendang ayam, daging dan rendang hati bersama perut. Lemang tak payah nak cakap lah. Gerenti ada! Tapi beli je..hihihi..

Selain dari menziarahi keluarga terdekat, tak lupa juga sessi bergambar pada pagi raya. Itu dah kira perkara wajib. :)


Abbas memang teruja time ni..

Lihatlah senyuman ikhlas dari Azziz..

My baby..Maryam..

Di pagi raya pertama..

Raya ketiga dah pergi airport. Bukannya nak jemput sesiapa tapi kami sekeluaga pergi lunch kat sana. Perancangan nak lunch fast food kat bandar Kuala Terengganu je tapi disebabkan tak berminat nak meredah laluan trafik yang sesak time tu, terpaksa lah juga kami makan kat airport. Nasib baik lah harganya tak berapa nak mahal sangat dan location airport ni pun tak perlu nak redah kesesakan lalulintas. Hajat nak beraya rumah member hubby time tu pun terus terbantut dan di tunda pada malam hari.


Lunch kami..nasi lemak..

Memerhati keadaan sekeliling.. :)

Selasa pagi kami dah keluar dari TGG. Alhamdulillah perjalanan kami berjalan dengan lancar. Sebelum sampai Shah Alam, singgah dekat rumah mak cik dahulu sebelum tiba di rumah dalam pukul 8 lebih.

Tak sampai sejam berada di rumah, ada pulak budak-budak nak datang beraya. Dah lah tengah penat time tu. Dengan secara berhemahnya "datang esok lusa boleh tak? Auntie baru sampai rumah".

Ada terfikir jugak time tu. Siapalah parents bebudak tu agaknya. Boleh pula datang nak beraya ( kononnya la..tapi niatnya lain) dalam pukul 9 lebih. Halahai..

Next day pulak kami ke Perak untuk beraya kat kampung i (belah ayah). Tapi kami tidur semalam dahulu dekat Marina Cove Resort. Untuk 1 malam, memang kami selesa stay di situ. Awal-awal lagi dah sediakan peralatan untuk Abbas dan Azziz bermain air dekat swimming pool. Termasuklah sand buckets mereka.


Marina Cove Resort..image by google..

Bersedia untuk berjalan raya..

Tak lama mana pun kami berada di Perak. Lepas je habis beraya dekat rumah saudara, terus balik Shah Alam.  Uruskan segala macam perkara then barulah zzzzzZzZzzz.. :)

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails